Pembayaran Kod QR UnionPay diterima di lebih 40 juta peniaga dalam 45 pasaran termasuk pasaran yang paling popular dengan penduduk MY.
KUALA LUMPUR, Malaysia19 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Dengan cuti Tahun Baharu China (CNY) yang akan datang dan kawalan sempadan yang ditarik balik, penduduk Malaysia dijangka melakukan perjalanan di dalam negara dan ke destinasi-destinasi lain. Apabila melakukan perjalanan, pelanggan Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad (ICBC Malaysia) dapat menikmati pembayaran yang pantas, segera dan cekap dengan menggunakan ICBC Malaysia Mobile Banking App mereka untuk mengimbas pembayaran Kod QR UnionPay di lebih 40 juta peruncit lokasi fizikal dalam 45 negara dan wilayah. Kod QR UnionPay diterima di seluruh Malaysia di hampir 150,000 terminal peniaga dan destinasi-destinasi perjalanan popular yang berhampiran seperti China, Singapura, Thailand, Indonesia dan banyak lagi.
Perkhidmatan pembayaran Kod QR ini merupakan hasil daripada kolaborasi antara ICBC Malaysia dan UnionPay International (UPI) - mengintegrasikan pembayaran Kod QR UnionPay bersama ICBC Mobile Banking App dengan lancar. Ini membolehkan pelanggan ICBC Malaysia menggunakan ICBC Malaysia Mobile Banking App untuk membayar dengan selamat kepada peniaga-peniaga yang menggunakan Kod QR UnionPay di peringkat tempatan dan global, lalu mengelakkan susah-payah untuk menukar mata wang asing dan membawa wang tunai yang kekok.
Dengan kawalan sempadan kini ditarik balik, penduduk Malaysia boleh melakukan perjalanan ke China yang menawarkan sumber pelancongan yang banyak. Kod QR UnionPay diterima baik di berjuta-juta peniaga di Tanah Besar China, meliputi rangkaian senario pembayaran yang luas seperti peruncitan, tempat menjamu selera, pengangkutan awam, pelancongan dan banyak lagi. Sama ada melakukan perjalanan di Malaysia atau di luar Malaysia semasa musim perayaan yang akan datang, pelanggan ICBC Malaysia juga boleh menggunakan ICBC Mobile Banking untuk mengimbas Kod QR UnionPay dengan mudah untuk membuat bayaran kepada peniaga. Aplikasi tersebut mengendalikan pertukaran mata wang transaksi secara automatik, maka pelanggan hanya perlu mengimbas dan membayar dengan beberapa langkah serta tidak perlu bimbang tentang pertukaran mata wang.
"Walaupun terdapat banyak dompet mudah alih di Malaysia, hanya segelintir dan dompet yang menggunakan UnionPay mampu melakukan bayaran rentas sempadan kerana Kod QR UnionPay adalah berdasarkan kepada standard EMVCo global, diterima di 45 juta peniaga seluruh dunia yang didayakan dengan Kod QR UnionPay. Justeru itu, kami berasa gembira kerana kini ICBC Mobile Banking App berupaya mengimbas Kod QR UnionPay untuk membuat bayaran, menawarkan kepada pelanggan ICBC cara yang unggul dan lebih mudah untuk membayar apabila melakukan perjalanan sepanjang tempoh perayaan ini, tidak perlu lagi bimbang tentang keselamatan membawa wang tunai di luar negara dan meraba-raba wang kertas dan syiling asing," kata En. David Chong, Penolong Pengurus Besar, UnionPay International South East Asia.
Menurut ICBC Malaysia, "Penduduk Malaysia telah melakukan perjalanan di dalam negara, serantau dan global untuk mengambil kesempatan daripada banyak pasaran yang dibuka. Kami amat berbesar hati kerana berupaya menawarkan kepada pelanggan ICBC Malaysia cara yang pantas, selamat dan lancar untuk membayar ketika mereka melakukan perjalanan sepanjang tempoh CNY ini, menggunakan ICBC Mobile Banking App untuk mengimbas dan membayar dengan Kod QR UnionPay. Dengan penduduk Malaysia yang telahpun bersedia untuk mengguna pakai kaedah pembayaran mudah alih sebagai sebahagian daripada kehidupan harian mereka, kami yakin bahawa mereka akan mendapati kaedah pembayaran ini satu rahmat apabila melakukan perjalanan."
Pengguna boleh menikmati rebat segera sehingga RM 150 di Econsave dan TF Value-Mart di Malaysia apabila menggunakan ICBC Mobile Banking App untuk mengimbas Kod QR UnionPay untuk membayar barang keperluan perjalanan mereka dan banyak lagi. Mereka juga akan dapat menikmati lebih banyak tawaran dan keistimewaan peniaga apabila mengimbas Kod QR UnionPay untuk membuat bayaran di Tanah Besar China, Singapura, Thailand dan banyak lagi destinasi.
Latar Belakang ICBC Malaysia
Industrial and Commercial Bank of China Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai 'ICBC Malaysia' atau 'Bank'), subsidiari milik penuh Industrial and Commercial Bank of China Limited mempunyai pejabat berdaftarnya di Tingkat 10, Menara Maxis, Kuala Lumpur City Center, 50088 Kuala Lumpur, diperbadankan pada 28 Januari 2010 dan memulakan perniagaannya secara rasmi pada 28 April 2010.
Sebagai sebuah institusi kewangan lesen perbankan penuh, digandingkan dengan hubungan yang semakin erat antara China dan Malaysia, Bank ini bergiat aktif dan akan terus menyediakan perkhidmatan kewangan yang berkualiti tinggi dalam segenap aspek kepada pelanggannya, sama ada perdagangan, perusahaan rentas sempadan/pelabur, institusi kewangan dan peruncitan.
Latar Belakang UnionPay International
UnionPay International (UPI) memberi tumpuan kepada perniagaan antarabangsa UnionPay, jaringan pembayaran global yang menawarkan perkhidmatan kepada tapak Pemegang Kad yang terbesar di dunia. Dengan lebih 70 juta peniaga menerima UnionPay di 181 negara dan wilayah, serta 40 juta peniaga dalam 45 pasaran seluruh dunia menerima Kod Respons Pantas (QR) UnionPay, UnionPay merupakan salah satu rangkaian pembayaran yang berkembang paling pantas di dunia.
Sebagai sebuah syarikat dengan jaringan penerimaan global dan rangkaian perkhidmatan pembayaran bertaraf dunia yang luas, UnionPay komited untuk memberi akses kepada nilai dan menjamin penyelesaian bayaran yang disesuaikan mengikut keperluan pasaran tempatan, bagi mengupayakan pilihan dan kemudahan pembayaran pengguna mahupun perniagaannya.
Di Asia Tenggara, UPI mengupayakan ATM, penerimaan POS, pengeluaran kad, e-dompet merentas kesemua 10 negara. Di Malaysia, rangkaian UnionPay Cards dan beberapa aplikasi diupayakan unutk mengimbas Kod QR UnionPay, termasuk ICBC Mobile Banking App. Untuk maklumat lanjut tentang UnionPay Malaysia, kunjungi https://www.unionpayintl.com/my/