omniture

BRAND'S Direct Business manfaatkan penyelesaian Appier untuk perkukuh kehadiran edagangnya dengan strategi pemasaran diperibadikan

Appier
2023-01-19 15:33 72

BRAND'S Direct Business Thailand memanfaatkan kuasa platform sehenti demi penglibatan pelanggan yang lebih baik dalam kesemua saluran dalam taliannya

BANGKOK, 19 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Hari ini, Appier mengumumkan bahawa BRAND'S Direct Business Thailand, subsidiari kumpulan syarikat Suntory, mengguna pakai penyelesaian berkuasa AInya untuk meningkatkan strategi pemasaran dalam talian merentas saluran dalam taliannya. Melalui penggunaan AIQUA, platform penglibatan pelanggan sehenti, BRAND'S Direct Business Thailand mampu untuk meningkatkan pendekatan pemasaran digitalnya dengan mengintegrasikan semua saluran dalam taliannya dengan berkesan untuk menyampaikan mesej diperibadikan dan komunikasi yang relevan kepada pelanggannya sekali gus mengoptimumkan kadar penukaran bagi kempen pemasarannya.

Pandemik COVID-19 memberi tekanan dan permintaan yang signifikan ke atas jenama-jenama untuk mengubah strategi pemasaran mereka memandangkan tingkah laku pembelian pelanggan berubah ke arah semak imbas dan membeli-belah dalam talian. Sebagai penyedia yang utama bagi makanan tambahan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan di Asia, BRAND'S Direct Business Thailand tidak terkecuali - syarikat ini menyedari bahawa ia perlu memacu penglibatan yang lebih diperibadikan dalam saluran dalam taliannya yang mencakupi pemasaran web dan e-mel.

Thailand ialah ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara, serta pasaran e-dagang perniagaan-dengan-pengguna (B2C) yang kedua terbesar di rantau ini. Kerajaan Thai mengumumkan model ekonomi "Thailand 4.0" dengan matlamat untuk mengorientasikan semula dan menambah baik ekonomi negara jauh daripada pembuatan dan ke arah maklumat dan perkhidmatan. Sektor-sektor swasta dan kerajaan amat didorong oleh kerajaan untuk menjadikan e-dagang tersedia kepada penduduk Thai dan trend dalam-pasaran menunjukkan dengan jelas peralihan pasaran ke arah transformasi digital.

Pengguna e-dagang dijangka meningkat sebanyak 19 peratus menjadi 43 juta pengguna menjelang tahun 2023 dan 52 peratus daripada populasi kini telahpun membeli-belah dalam talian. Era pasca-COVID telah memacu pecutan pantas dan penerimaan teknologi yang lebih canggih untuk menyokong inisiatif digital, melangkaui aplikasi tradisional seperti awan dan mudah alih kepada Kecerdasan Buatan (AI) dan analisis data.

"BRAND'S ialah tanda dagangan yang benar-benar dihargai dan disukai oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Dengan terus menghidupkan kesetiaan jenama ini, biarpun dengan peraturan COVID-19 yang berubah-ubah, merupakan tumpuan penting untuk kami dan ini bererti mentransformasikan strategi digital semasa kami untuk beradaptasi dengan keperluan pelanggan kami yang berubah-ubah. Dengan bekerjasama bersama Appier, peneraju industri dalam bidang Teknologi Pemasaran (MarTech), memberi keyakinan kepada kami untuk membina semula pendekatan pemasaran digital kami dengan cara yang lebih bijak dan lebih berkesan untuk mengurus kesemua saluran dalam talian kami dengan lancar. Dengan pandangan lebih pintar yang kini kami peroleh tentang pelanggan kami, kami gembira untuk memulakan peringkat yang seterusnya dalam perjalanan transformasi digital kami bagi memastikan agar kami terus berkembang menurut keperluan pelanggan kami untuk menawarkan penglibatan yang amat diperibadikan bagi memacu kesetiaan jenama yang lebih mantap buat kami," kata Kazuya Udagawa, Ketua Pemasaran, BRAND'S Direct Business Thailand.

Sebagai sebahagian daripada perkongsiannya dengan Appier, BRAND'S Direct Business Thailand ingin mendorong pendekatan pemasaran dalam taliannya, menjamin penyasaran dan komunikasi berkesan yang akan mengubah pengunjung menjadi pelanggan. Ini merupakan keutamaan dalam keperluan sedia ada syarikat ini untuk transformasi digital dan pengurusan fleksibel bagi saluran dalam taliannya.

Dengan awan pemasaran terperibadi AI Appier, BRAND'S Direct Business Thailand berjaya mengintegrasikan semua pandangannya tentang tingkah laku pelanggan berserta data CRMnya, membolehkan syarikat mencipta segmen-segmen audiens sasaran dengan lebih baik. BRAND'S Direct Business Thailand kemudian menggunakan AIQUA untuk mencipta kandungan dan mesej tersuai dan menghantarnya kepada pelanggan melalui saluran dalam taliannya, iaitu melalui pemberitahuan tolak web, tetingkap timbul dalam web dan eDM.

Sebagai platform sehenti, AIQUA memperkasa BRAND'S Direct Business Thailand untuk mencipta, melaksanakan dan memantau kesemua penglibatan dalam talian berbilang salurannya pada satu papan pemuka. Ini dapat membebaskan sumber pemasaran syarikat secara signifikan, membolehkan mereka untuk menjimatkan masa, memperkemas aliran kerja dan mencipta kandungan yang lebih pintar, akhirnya menunjukkan pulangan pelaburan yang ketara untuk pelaksanaannya.

Dengan AIQUA, BRAND'S Direct Business Thailand mencapai hasil yang signifikan untuk kempen pemasarannya yang sedang berjalan. Syarikat ini menyaksikan peningkatan 2.5x dalam kadar terbuka eDMnya dan peningkatan 4x dalam kadar penukaran keseluruhannya, berdasarkan kepada penanda aras industri.

Dengan perkongsian berterusan Appier, BRAND'S Direct Business Thailand memulakan fasa yang seterusnya dalam strategi transformasi digitalnya dan berharap dapat mewujudkan kempen pemasaran bagi membina kesetiaan jenama yang lebih kukuh.

Latar Belakang BRAND'S Direct Business

BRAND'S Direct Business ialah penyedia yang utama bagi makanan tambahan kesihatan, kecantikan dan kesejahteraan di Asia yang berusaha untuk membantu orang ramai merealisasikan masa depan yang lebih cerah, diperkaya dan lebih indah dengan membongkar kebaikan yang wujud dalam alam semula jadi menggunakan sains moden, penyelidikan dan teknologi. Menerusi komitmen kami untuk menggalakkan kesejahteraan keseluruhan dalam kesihatan, kecantikan dan kehidupan positif, unit Suntory Beverage and Food Trading (Thailand) Co., Ltd. BRAND'S Direct Business akan dikendalikan di bawah Suntory Wellness (Thailand) Co., Ltd., (mulai 1 Januari 2023).

Latar Belakang Appier

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, kini Appier mempunyai 17 pejabat merentas APAC, Eropah dan A.S. serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut tentang syarikat.

 

Source: Appier
Keywords: Advertising Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet