omniture

Vantage perkenal Supercar Blondie sebagai Duta Jenama

Vantage
2023-01-19 16:49 74

Supercar Blondie bekerjasama dengan Vantage Markets untuk pendidikan kewangan

GRAND CAYMAN, Kepulauan Cayman, 19 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Broker berbilang aset, Vantage International Group Limited ("Vantage" atau "Vantage Markets") berbesar hati memperkenalkan Alexandra Mary Hirschi, daripada Supercar Blondie, sebagai Duta Jenamanya.

Alexandra Mary Hirschi daripada Supercar Blondie dan Nadine Azzam, Ketua MENA untuk Vantage, di majlis penandatanganan dan sidang akhbar yang diadakan pada 18 Januari di Dubai.
Alexandra Mary Hirschi daripada Supercar Blondie dan Nadine Azzam, Ketua MENA untuk Vantage, di majlis penandatanganan dan sidang akhbar yang diadakan pada 18 Januari di Dubai.

Perkongsian ini merupakan satu peristiwa penting antara broker dalam talian bersama penerbit media sosial, bertujuan untuk memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi menyediakan pendidikan kewangan yang mudah dicapai dan relevan baik pada platform Vantage mahupun melalui saluran pendidikan dalam talian Supercar Blondie, Xplained.

Marc Despallieres, Ketua Pegawai Strategi dan Perdagangan di Vantage, berkata, "Kami benar-benar teruja untuk bekerjasama dengan Supercar Blondie sekali lagi dalam kapasiti yang lebih besar sebagai duta jenama kami. Sikap beliau yang gemarkan cabaran, celik teknologi dan memiliki daya tarikan global menjadikan beliau sebagai padanan yang sempurna untuk kami bagi meningkatkan kesedaran jenama Vantage dalam kalangan khalayak lebih muda dan lebih arif. Saya percaya gaya persembahan beliau yang unik akan membantu memperjelas tentang perdagangan dan menjadikannya lebih mudah didekati dan relevan buat semua."

Penerbit media sosial menarik lebih 1 bilion tontonan setiap bulan dalam kumpulan tersebut, dengan lebih 85 juta pengikut di seluruh dunia. Sebagai suara dan pengaruh yang utama dalam industri maskulin secara tradisinya, Supercar Blondie melahirkan kepercayaan Vantage dalam pemerkasaan wanita, berserta komitmen bersama Vantage ke arah inovasi dan tindakan iklim, yang sejajar dengan perkongsian Vantage bersama NEOM McLaren Extreme E.

Alexandra Mary Hirschi berkata, "Saya benar-benar ingin membawa kandungan yang menarik dan transformatif kepada audiens kami. Salah satu daripada matlamat utama kami pada tahun 2023 adalah untuk memperkasa audiens kami dengan menyediakan bahan-bahan pendidikan kewangan yang mudah diakses. Dengan itu, saya teruja untuk bekerjasama dengan peneraju pasaran seperti Vantage bagi meninggikan standard ke atas pendidikan kewangan dan mengukuhkan literasi kewangan buat semua. Vantage ialah sebuah syarikat berjiwa besar dan seronok rasanya dapat melihat impak yang dapat kita bawakan bersama-sama."

Pengumuman ini menandakan pengukuhan perkongsian antara kedua-dua organisasi yang mula ditubuhkan pada tahun 2022 apabila Supercar Blondie mengambil bahagian dalam inisiatif Blue Carbon di Sardinia, Itali untuk melancarkan secara rasmi perjalanan ESG korporat Vantage dan membawa kesedaran terhadap perubahan iklim.

Latar Belakang Vantage

Vantage (Vantage International Group Limited) ialah broker berbilang aset yang menawarkan kepada pelanggan dengan akses kepada perkhidmatan yang pantas dan hebat untuk memperdagangkan CFD pada tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih daripada 13 tahun, kini entiti Vantage mempunyai lebih 1,000 pekerja merentas lebih daripada 30 pejabat global.

Vantage adalah lebih daripada sekadar broker. Ia menyediakan ekosistem dagangan yang dipercayai, aplikasi dagangan mudah alih pemenang anugerah dan platform dagangan mesra pengguna membolehkan pelanggan memanfaatkan peluang perdagangan. Muat turun Vantage App di App Store atau Google Play.

berdagang lebih bijak @vantage.

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Education Mobile Entertainment Contracts Hispanic-oriented news Licensing/marketing agreements New products/services Financial Technology