omniture

Novo Tellus melabur dalam SP Manufacturing

Novo Tellus Capital Partners Pte. Ltd
2023-01-20 08:36 86

Perkongsian baharu mempercepatkan momentum SP Manufacturing sebagai bintang yang sedang meningkat naik dalam ekonomi pembuatan Asia Tenggara

SINGAPURA, 20 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Novo Tellus, dana ekuiti persendirian terkemuka yang memfokuskan untuk membina syarikat-syarikat perindustrian dan teknologi, telah menyelesaikan pelaburan dalam SP Manufacturing ("SP" atau "Syarikat").

Ditubuhkan pada tahun 2012 dan beribu pejabat di Singapura dengan operasi global, SP ialah peneraju yang semakin berkembang dalam mengeluarkan barangan elektronik misi-kritikal untuk pelanggan perindustrian dan perubatan. Syarikat ini berbangga dalam membina perkongsian yang erat dan strategik bersama OEM global yang terkemuka dan menyampaikan himpunan perkhidmatan pembuatan, kejuruteraan dan reka bentuk bersepadu yang bertumpu pada produk perindustrian campuran tinggi dan berprestasi tinggi.

Berhubung dengan pelaburan, Novo Tellus memperoleh pegangan mengawal dalam SP, dengan pemilik keluarga Syarikat ini mengekalkan pegangan yang bermakna dan aktif dalam perniagaan ini.

"Kami berasa kagum dengan pendekatan khusus SP untuk membina perkongsian yang berpanjangan bersama pelanggan global," kata Keith Toh dan Peishan Wong di Novo Tellus. "Hasilnya, SP berkembang 2 hingga 3 kali ganda lebih pantas berbanding perkhidmatan pembuatan elektronik global selama lebih sedekad setakat ini. Kami percaya akan keupayaan SP untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dengan erat secara dalam pesisir di Eropah dan Amerika Syarikat, bahkan turut menyediakan perkhidmatan kejuruteraan dan pembuatan secara luar pesisir di Asia Tenggara dan China, lantas memperlihatkan kekuatan terbaik di mana rangkaian pengeluaran global yang moden berkembang pada dekad yang akan datang."

"Kami berbesar hati untuk bekerjasama dengan Novo Tellus bagi membina masa depan SP," ujar Philip Ong, Ketua Pegawai Eksekutif SP. "Kami mendapati adanya penghargaan serumpun terhadap orientasi pelanggan kami yang kukuh dalam Novo Tellus dan juga tetapan minda yang benar-benar bermaklumat sekitar bagaimana SP berada di kedudukan untuk mendapat manfaat daripada pendorong jangka panjang pendigitalisan dan automasi dalam industri-industri penting kami. Kami berasa kagum dengan rekod prestasi Novo Tellus dalam mengembangkan syarikat-syarikat perindustrian di peringkat global dan berharap dapat mempercepatkan pertumbuhan dari segi pelanggan dan keupayaan kami bersama-sama dalam tahun-tahun akan datang." 

Untuk mengetahui bagaimana SP Manufacturing dapat memajukan pengeluaran dan kejuruteraan elektronik misi kritikal anda, kunjungi sp-manufacturing.com atau hubungi SP secara terus di bawah.

Latar Belakang SP Manufacturing

SP Manufacturing menyampaikan perkhidmatan pembuatan, kejuruteraan dan reka bentuk elektronik untuk industri-industri misi-kritikal. Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dan kehadiran global di Asia Tenggara, Eropah dan China, SP mengembangkan perniagaannya melalui perkongsian yang erat den strategik bersama pelanggan untuk mengilangkan dan merekayasa produk di mana kualiti dan prestasi tidak boleh gagal. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SP Manufacturing, hubungi kami di: sales@sp-manufacturing.com

Latar Belakang Novo Tellus

Novo Tellus ialah sebuah firma ekuiti persendirian yang memfokuskan untuk membina syarikat-syarikat teknologi dan perindustrian yang berkekalan di Asia Tenggara. Firma ini dikenali dengan pandangannya yang mendalam tentang peralihan dalam ekosistem teknologi global dan melalui perkongsiannya yang aktif dan empati bersama pasukan-pasukan pengurusan bagi membina perniagaan yang berkekalan dan pulangan pelaburan yang unggul.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang bekerjasama dengan Novo Tellus, kunjungi novotellus.com

 

Source: Novo Tellus Capital Partners Pte. Ltd
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Acquisitions, mergers, takeovers Corporate Expansion