omniture

Bigo Live Raikan Kecemerlangan dan Kreativiti Penyiar di BIGO Awards Gala 2023 Tahunan ke-4 Diadakan di Capitol Theatre Singapura

BIGO
2023-01-20 09:04 143

SINGAPURA, 20 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Bigo Live, platform siaran langsung global berpangkalan di Singapura, memulakan tahun baharu dengan mengujakan, berjaya melabuhkan tirai edisi keempat acara unggulan tahunannya, BIGO Awards Gala 2023. Kembali dengan format fizikalnya selepas kehadiran maya selama dua tahun, BIGO Awards Gala 2023 diadakan di Capitol Theatre bersejarah di Singapura pada Sabtu, 7 Januari 2023. Majlis tersebut dihadiri oleh 1,000 orang yang terbang ke negara pulau ini dari Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Asia Tenggara dan Selatan. Lebih 270 penyiar Bigo Live dan hampir 100 keluarga Bigo Live diberi pengiktirafan dan penghormatan. Acara tersebut menjadi saksi kepada sejauh mana besarnya bakat yang ditawarkan oleh platform siaran langsung ini dan disiarkan secara eksklusif pada platform Bigo Live yang menyaksikan hampir 4 juta penonton menonton secara global, menggandakan jumlah penonton berbanding tahun lalu, yang membuktikan bahawa platform ini berkembang dari segi kekuatan saban tahun.

Bigo Awards Gala 2023, diadakan di Capitol Theatre di Singapura.
Bigo Awards Gala 2023, diadakan di Capitol Theatre di Singapura.

 

Pengacara-pengacara BIGO Awards Gala 2023 Pamela Oei (Kiri) dan Hossan Leong (Kanan)
Pengacara-pengacara BIGO Awards Gala 2023 Pamela Oei (Kiri) dan Hossan Leong (Kanan)

Bertumpu sekitar tema 'We Live Together' ('Kita Menjalani Kehidupan Bersama-sama'), BIGO Awards Gala 2023 dihoskan oleh pelakon-pelawak Singapura yang terkenal Hossan Leong serta pelakon Singapura Pamela Oei. Acara ini memberi penghormatan kepada kumpulan penyiar Bigo Live yang pelbagai yang telah memikat penonton mereka dengan daya kreativiti dan keaslian, serta mereka yang telah mentransformasikan komuniti mereka dengan mewujudkan kalangan individu yang berfikiran sealiran melalui siaran langsung.

TracTrac memenangi anugerah ‘Penyiar Terbaik Global’
TracTrac memenangi anugerah ‘Penyiar Terbaik Global’

 

BB&BG memenangi anugerah ‘Keluarga Terbaik Global’
BB&BG memenangi anugerah ‘Keluarga Terbaik Global’

Acara yang disertai oleh bintang terkenal selama tiga jam ini mengiktiraf yang terbaik daripada komuniti Bigo Live melalui pelbagai kategori anugerah dan menyaksikan TracTrac dari Amerika Syarikat memenangi anugerah 'Penyiar Terbaik Global', BB&BG dari Vietnam memenangi anugerah 'Keluarga Terbaik Global' manakala Pikalydia dan TBSinger dari Itali memenangi anugerah 'Persembahan Paling Popular'.

Pertunjukan pembukaan BIGO Awards Gala 2023 menampilkan persembahan silap mata oleh Hanyshow dari Mesir
Pertunjukan pembukaan BIGO Awards Gala 2023 menampilkan persembahan silap mata oleh Hanyshow dari Mesir

 

Girls Dance Group dari Thailand mempesonakan khalayak dengan gerak tari mereka yang hebat
Girls Dance Group dari Thailand mempesonakan khalayak dengan gerak tari mereka yang hebat

 

Pikalydia dan TBSinger dari Itali mempersembahkan ‘You Can’t Stop the Beat’ – diundi sebagai persembahan paling popular malam itu
Pikalydia dan TBSinger dari Itali mempersembahkan ‘You Can’t Stop the Beat’ – diundi sebagai persembahan paling popular malam itu

BIGO Awards Gala 2023 turut menampilkan persembahan yang menawan hati dan menarik daripada beberapa bakat terkemuka Bigo Live termasuk Hanyshow dari Mesir, yang memukau semua orang dengan persembahan ajaibnya dan Girls Dance Group (ID BIGO: benne.bn, pimtahontaz, 877593126, 877457653, 876774823). Penonton dalam talian juga berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada kemeriahan acara ini, ketika mereka mengambil bahagian dalam sesi cabutan bertuah sepanjang acara yang disiarkan secara langsung dan memenangi hadiah eksklusif seperti lencana eksklusif, kekulit, hadiah maya Bigo Awards Gala dan telefon bimbit Nova 9 bernilai sejumlah S$1,000,000.

Penghibur-penghibur BIGO Awards Gala 2023
Penghibur-penghibur BIGO Awards Gala 2023

Kejayaan BIGO Awards Gala 2023 merupakan bukti kuasa transformatif siaran langsung, menonjolkan visi Bigo Live "untuk menjadi platform kandungan yang memberi inspirasi kepada kehidupan satu bilion orang". Acara ini merupakan sebahagian daripada tradisi tahunan Bigo Live untuk memberi pengiktirafan kepada individu yang menyumbang kepada peranan platform ini dengan menginkubasi bakat dan pembinaan komuniti sambil menggalakkan keterangkuman dan kepelbagaian. Ia turut menunjukkan komitmen platform ini untuk merapatkan jurang antara dunia digital dan fizikal melalui acara-acara hibrid yang interaktif.

"BIGO Awards Gala pada tahun ini merupakan bukti kepada daya kreativiti dan kerja keras yang dilakukan oleh penyiar kami untuk melakukan yang terbaik daripada tahun-tahun yang penuh kemelut sebelum ini. Kami amat berbangga untuk membawa pulang BIGO Awards Gala ke Singapura dan memaparkan yang terbaik daripada bakat-bakat platform kami kepada dunia. Sudah sekian lama kami berharap dapat menghimpunkan orang ramai yang menjadikan komuniti kami seperti mana ia pada hari ini dan tiada apa yang kami minta selain permulaan yang lebih baik kepada tahun baharu ini melalui acara tahunan kami. BIGO Awards Gala menyediakan kepada penyiar dan pengguna kami dengan platform untuk mempersembahkan bakat dan minat mereka dan kami amat berterima kasih kepada mereka kerana menjadi sebahagian daripada perjalanan ini," kata Mike Ong, Naib Presiden BIGO Technology.

Sejak penubuhannya pada tahun 2016, Bigo Live muncul sebagai peneraju industri antarabangsa dan penyumbang penting kepada ekonomi pencipta global dengan lebih daripada 400 juta pengguna merentas 150 negara di seluruh dunia. Sepanjang tahun lalu, Bigo Live mengembangkan kumpulan bakat penyiar dan pencipta kandungannya serta memperluaskan pustaka kandungan premium setempatnya dengan tumpuan kepada tawaran pan-hiburan, perdagangan sosial, permainan dan kandungan muzik melalui pelbagai perkongsian rentas industri dan beberapa aktiviti dalam pasaran secara global.

Sebagai sebahagian daripada usahanya yang berterusan untuk menyediakan kepada penggunanya dengan pengalaman siaran langsung yang menarik dan imersif, Bigo Live melancarkan dan memperkenalkan ciri-ciri unik yang inovatif pada tahun 2022 termasuk 'Virtual Live', ciri didayakan realiti maya dan imbuhan yang membolehkan pengguna mencipta avatar 3D diperibadikan untuk mewakili diri mereka pada waktu sebenar dan 'Community', ciri interaktif yang membolehkan pengguna mencipta, menyertai dan mengurus komuniti dalam talian serta berhubung dengan pengguna lain yang mempunyai minat yang serupa.

Untuk menyertai komuniti global Bigo Live dan menyaksikan beberapa bakat yang paling mengujakan pada platform ini, muat turun aplikasi Bigo Live (tersedia pada iOS dan Android) atau ikuti Bigo Live di Facebook dan Instagram untuk lebih banyak perkembangan terkini.

Untuk memuat turun lebih banyak imej resolusi tinggi, sila teruskan di sini.

Latar Belakang Bigo Live 

Bigo Live ialah salah satu daripada komuniti sosial siaran langsung yang berkembang paling pantas di dunia yang mana pengguna bersiaran pada waktu sebenar untuk berkongsi detik kehidupan, mempersembahkan bakat mereka dan berinteraksi dengan orang ramai dari seluruh dunia. Bigo Live mempunyai sekitar 400 juta pengguna di lebih 150 negara dan ketika ini merupakan peneraju pasaran dalam industri siaran langsung. Dilancarkan pada Mac 2016, Bigo Live dimiliki oleh BIGO Technology yang berpangkalan di Singapura.

 

Source: BIGO
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Multimedia/Online/Internet Social Media Awards Trade show news