omniture

Kajian Semula Global 2022: GWM Perluas Susun Atur Globalnya, Diperkasa oleh Ekosistem Hutan

GWM
2023-01-23 14:14 75

BAODING, China, 23 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 16 Januari, sebuah dokumentari yang menampilkan GWM telah disiarkan, menggambarkan kelebihan GWM dalam hybrid, kuasa bateri, pemintaran dan susun atur strategik globalnya.

Pada tahun 2022, GWM memajukan strategi globalisasi secara berterusan melalui Forest Ecosystem (Ekosistem Hutan) walaupun di bawah konteks impak faktor-faktor berterusan yang mencabar pasaran automobil global, seperti kekurangan rantaian bekalan dan wabak.

Kajian Semula Global 2022: GWM Perluas Susun Atur Gobalnya, Diperkasa oleh Ekosistem Hutan
Kajian Semula Global 2022: GWM Perluas Susun Atur Gobalnya, Diperkasa oleh Ekosistem Hutan

Ekosistem Hutan (Forest Ecosystem), bertumpukan pada tenaga baharu dan kecerdasan, mempunyai kelebihan sistematik yang unik. En. Jack Wei, Pengerusi GWM, menyebut dalam dokumentari bahawa GWM mendokong konsep pelaburan dan penyelidikan (R&D) "pelaburan jitu dan pencarian berterusan teknologi peneraju". Pada tahun 2022, GWM terus meningkatkan pelaburan R&D teknologi dalam Ekosistem Hutan. Jumlah pelaburan dalam tiga suku pertama melebihi CNY 8.5 bilion, meningkat lebih 64% berbanding tahun sebelumnya (YoY).

Teknologi dalam ekosistem ini yang dikumpul oleh GWM selama bertahun-tahun terus membuahkan hasil. GWM telah membina matriks produk yang terdiri daripada produk-produk tenaga baharu termasuk HEV, PHEV dan EV bagi memenuhi keperluan yang dibezakan dalam pasaran-pasaran global. Pada tahun 2022, HAVAL, jenama SUV GWM, melancarkan secara rasmi strategi tenaga baharu dan memperkenalkan model-model Hibrid dalam beberapa pasaran, seperti Australia, Chile, Pakistan, Afrika Selatan, Thailand dan Brazil serta amat diiktiraf oleh pasaran dan juga pengguna.

Selain itu, GWM telah memperluaskan susun aturnya dalam pasaran kenderaan tenaga baharu yang mewah. GWM WEY, jenama tenaga baharu pintar yang mewah, melancarkan Coffee 01 dan Coffee 02 dengan kombinasi antara kemewahan dan teknologi canggih. Kenderaan-kenderaan ini menggalakkan GWM untuk membangunkan pasaran tenaga baharu Eropah. WEY Coffee 01 dilengkapi dengan sistem HPilot, iaitu sistem bantuan pemanduan pintar termaju, telah memenangi penarafan keselamatan Euro NCAP lima bintang. GWM TANK, jenama SUV luar-jalan premium, melancarkan TANK300 HEV dan TANK500 HEV/PHEV yang meneraju transformasi pengelektrikan industri ini.

GWM turut memperoleh kelebihan sistematik dalam tenaga hidrogen dengan memanfaatkan ekosistem hutan. Ketika ini, ia mewujudkan ekosistem rantaian bekalan bersepadu, termasuk "penghasilan-penyimpanan-pengangkutan-pengisian-aplikasi" hidrogen. Bagi pembangunan tenaga hydrogen pula, GWM telah melabur sejumlah CNY 2.5 bilion dalam kenderaan bateri bahan api hidrogen untuk dihasilkan secara besar-besaran.

GWM mengetengahkan kriteria yang paling mendesak untuk kualiti dan teknologi produknya. Ia sudahpun mempunyai simpanan teknologi teras dan keupayaan rantaian bekalan dalam bidang kepintaran dan tenaga baharu, dan terus kekal meneraju menerusi pelaburan-pelaburan canggih yang penting, ujar Jack Wei.

Beliau juga berkata bahawa teknologi pintar dan tenaga baharu telah membawa potensi pertumbuhan yang besar untuk GWM. Dengan "ONE GWM" ("SATU GWM") sebagai strategi teras, syarikat ini akan meningkatkan pelaburan R&D teknologi pada masa akan datang bagi mempercepatkan transformasi menuju sebuah syarikat teknologi pintar bertaraf global.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Internet Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation Utilities