omniture

Gabungan Cereka Sains dan Inovasi Industri Berat, Peralatan Jentera XCMG Utama Dipersembahkan dalam Blokbuster Cereka Sains "The Wandering Earth II"

XCMG Machinery
2023-01-30 09:54 12

XUZHOU, China, 30 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Gabungan antara pengembaraan cereka sains (sci-fi) dan inovasi industri berat, kumpulan utama peralatan Jentera XCMG disesuaikan ("XCMG", SHE:000425) dipersembahkan dalam filem blokbuster cereka sains buatan China "The Wandering Earth II" yang diarahkan oleh Frant Gwo, ditayangkan di panggung wayang pada Hari Tahun Baharu Cina dan akan dilancarkan di negara-negara dan wilayah-wilayah termasuk Amerika Utara, UK, Ireland, Australia, New Zealand dan sebagainya bermula hari ini.

A Fusion of Sci-Fi and Heavy Industry Innovation, Flagship XCMG Machinery Equipment, A Fleet of 61 Units Equipment of 42 Models, Features in Sci-Fi Blockbuster “The Wandering Earth II”, which to be Released on Jan. 28th, 2023 in the US, Canada, UK, Ireland, Australia, etc.
A Fusion of Sci-Fi and Heavy Industry Innovation, Flagship XCMG Machinery Equipment, A Fleet of 61 Units Equipment of 42 Models, Features in Sci-Fi Blockbuster “The Wandering Earth II”, which to be Released on Jan. 28th, 2023 in the US, Canada, UK, Ireland, Australia, etc.

Bermula dengan "lif angkasa" yang terbang tinggi merentas bumi dan langit hinggalah "pertempuran udara" yang mendebarkan, peralatan XCMG menempuh perjalanan bermula daripada belakang tabir hinggalah ke pentas dalam prekuel ''The Wandering Earth" 2019, yang menjadi salah sebuah filem bukan berbahasa Inggeris yang mendapat kutipan tertinggi setakat ini. Memanfaatkan portfolio dan penyelesaian produknya yang komprehensif dalam pengangkatan, tolak tanah, jalan raya, kerja udara, sanitasi, keselamatan dan menyelamat kecemasan, XCMG menyediakan rangkaian peralatan jentera operasi dan boleh ubah yang luas untuk UEG (United Earth Government) dalam filem tersebut.

"Sebagai syarikat utama China bagi reka bentuk industri, kami memberikan beberapa cadangan reka bentuk produk dalam tempoh dua hari selepas menerima tugasan tersebut dan memilih penyelesaian yang terbaik bersama pengarah. Seperti yang anda akan saksikan dalam filem tersebut, kami telah mencapai hasil yang ideal. Unit 'peralatan masa depan' yang mengagumkan ini bukan sekadar untuk persembahan sinematik, ia diinspirasikan oleh produk kehidupan sebenar kami yang mencipta kemajuan baharu setiap hari," kata Zhang Han, pereka bentuk industri daripada XCMG.

XCMG menyediakan 61 unit peralatan daripada 42 model, lebih daripada 400 set alat ganti dan alatan bengkel serta 61 set model 3D sepanjang tempoh penghasilan filem, bermula daripada penjadualan, pengecatan, peralatan hingga kakitangan, logistik, serta pelaksanaan di lapangan dan banyak lagi. Sejumlah 319 pekerja XCMG bekerja dalam projek tersebut.

Salah satu peralatan yang paling diidam-idamkan daripada filem tersebut ialah pengorek berjalan ET120, turut dikenali sebagai "mentadak keluli." Direka bentuk untuk operasi menyelamat kecemasan dalam persekitaran rupa bumi yang rumit dan tapak yang dilanda bencana, ET120 boleh "berjalan" di pergunungan dataran tinggi, hutan cerang, gaung, paya dan alpine seolah-olah ia berada di atas tanah yang teguh dan dalam masa yang sama diperlengkapkan untuk memasang pelbagai alat untuk menjalankan tugas-tugas yang berbeza seperti penggalian, pengangkatan, pembalakan, pemadaman api, penghancuran, cengkaman dan penggerudian pada altitud hingga 4,500 meter dan suhu negatif 40 darjah Celsius.

Di samping itu, filem berkenaan memaparkan berpuluh-puluh teknologi inovatif yang dibangunkan oleh XCMG untuk digunakan dalam keadaan ekstrem dan lebih satu pertiga daripada peralatan dalam filem tersebut merupakan model tanpa pemandu dan model tenaga baharu, termasuk AGV.

"'Mentadak keluli' dalam filem tersebut merupakan 'transformer' kehidupan sebenar dan seperti yang anda akan saksikan dalam filem tersebut, XCMG membawakan cereka sains menjadi kenyataan melalui keajaiban kejuruteraan industri kami, maka saya amat berbangga dengan apa yang telah kami cipta," kata Gwo.

Bermula dengan memperkenalkan teknologi produk dari luar negara hinggalah menguasai teknologi teras dengan kepentingan perintis, XCMG, telah mewujudkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang paling canggih melalui kolaborasi global untuk menjadi salah satu daripada tiga pengeluar pembinaan yang terkemuka di dunia.

 

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shenzhen:000425
Keywords: Construction/Building Entertainment Film & Motion Picture Machinery Mining/Metals