omniture

GARNIER MALAYSIA MENDIDIK LEBIH 2,000 PELAJAR DI MALAYSIA MENERUSI INISIATIF 'GREEN BEAUTY'

Garnier Malaysia
2023-01-31 15:02 14

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Januari 2023 /PRNewswire/ -- Garnier Malaysia hari ini mengumumkan penutupan program pendidikan sekolah anjurannya dengan kerjasama Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS). Program itu dilancarkan pada Jun 2022 dengan matlamat untuk memupuk generasi Wira Hijau menerusi 'Program Jom Kurangkan Plastik Garnier' yang diadakan di seluruh negara.

Garnier Malaysia Mendidik Lebih 2,000 Pelajar Di Malaysia Menerusi Inisiatif ‘Green Beauty’
Garnier Malaysia Mendidik Lebih 2,000 Pelajar Di Malaysia Menerusi Inisiatif ‘Green Beauty’

Program pendidikan sekolah seluruh negara itu menyaksikan sebanyak 600 sekolah dengan seramai 2,288 pelajar dan 782 guru mendapat manfaat daripada program berkenaan. Kesemua pelajar dan guru tersebut telah dididik mengenai kepentingan kitar semula, upcycling, dan cara-cara untuk menangani pencemaran plastik melalui bengkel maya. Para pelajar ini kemudiannya akan menguji ilmu pengetahuan mereka dan menganjurkan aktiviti kitar semula di sekolah masing-masing serta berjaya mengumpul 56,693kg plastik di sepanjang tempoh kempen berkenaan. 

Ketua Garnier Malaysia, Chris Chan berkata, "Kami sememangnya sangat gembira dengan hasil daripada inisiatif Garnier Green Beauty, dan kami mengucapkan terima kasih kepada rakan kami yang berdedikasi, MNS kerana telah bekerja keras dan membantu kami merealisasikan matlamat untuk mendidik dan memupuk generasi Wira Hijau. Menerusi  bengkel dan sukatan pelajaran yang direka bentuk secara khusus, para pelajar kini mendapat pendedahan dan sedar betapa mudahnya untuk mengamalkan 3R (reduce, reuse, recycle) dan semoga menerusi program ini, kami dapat menjadikan kitar semula lebih menyeronokkan. Kami sentiasa mengutamakan kelestarian dalam apa juga yang kami lakukan, dan Garnier berharap untuk mengubah masyarakat tempatan dan generasi muda kita melalui kuasa pendidikan."

Green Beauty adalah inisiatif global Garnier yang melibatkan pendekatan menyeluruh ke arah kelestarian. Komitmen ini mempunyai sasaran besar iaitu untuk mengurangkan keseluruhan impak alam sekitar Garnier menjelang 2025. Matlamat kelestarian 2025 termasuklah memastikan tiada lagi produk dihasilkan dengan menggunakan plastik baharu, serta melakukan perubahan terhadap proses pembungkusan bagi memastikan semua bahan boleh diguna semula, dikitar semula atau boleh dikompos. Dengan mengambil langkah-langkah hijau pada setiap peringkat rantaian nilai jenama itu, Garnier komited ke arah memastikan 100% tapak industrinya menjadi neutral karbon menjelang 2025. Garnier turut menyasar untuk memperkasakan 1,000 komuniti melalui program Penyumberan Perpaduan (Solidarity Sourcing) mereka.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Green Beauty Garnier, sila kunjungi www.garnier.com.my/green-beauty atau ikuti Garnier Malaysia di Facebook atau Instagram.

Source: Garnier Malaysia
Keywords: Education Corporate Social Responsibility