omniture

Appier capai pertumbuhan pelanggan signifikan di SEA untuk tekankan keupayaan SaaS AInya yang terbukti

Appier
2023-02-01 14:00 43

TAIPEI, 1 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Peruncitan, edagang, teknologi kewangan dan hospitaliti muncul sebagai bidang-bidang yang paling menarik untuk mencapai pertumbuhan masa depan di rantau ini untuk Appier.

Appier (TSE: 4180), sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) kecerdasan buatan (AI) yang terkemuka, hari ini berkongsi pencapaian momentum perniagaan yang baharu di Asia Tenggara, ketika ia memperlihatkan pertumbuhan pelanggan yang kukuh dalam edagang, berserta pengembangan yang selanjutnya ke dalam sektor kewangan, penjagaan kesihatan dan hospitaliti.

Appier melaporkan pertumbuhan yang menggalakkan dalam suku ketiganya pada tahun kewangan 2022, yang dipacu oleh pengembangan geografi dan vertikalnya yang berjaya, berserta pelaksanaan perniagaan yang mantap, sinergi produk dan strategi pemerolehan pelanggan. Ini menekankan jejak global dan kejayaan Appier dalam memenuhi permintaan pasaran untuk tawaran berkuasa AI yang menyokong strategi data pihak pertama jenama-jenama.

Sebagai sebahagian daripada pertumbuhan yang hebat ini, Appier mengekalkan kehadiran yang utama dalam pasaran dalam industri-industri runcit dan edagang, sekali gus turut menyaksikan daya tarikan yang signifikan dengan jenama-jenama dalam sektor kewangan dan hospitaliti. Pelanggan baharu di rantau ini kebanyakannya daripada industri penjagaan kesihatan, hiburan, edagang dan perkhidmatan dalam talian, dipacu oleh strategi transformasi digital yang berkembang pesat dan permintaan terhadap penyelesaian pemasaran omnisaluran tatkala jenama-jenama beradaptasi kepada pasca-COVID kebiasaan baharu. Beberapa jenama yang menyumbang kepada momentum dan pertumbuhan berterusan Appier termasuk:

  • Ancol, Indonesia: Salah satu destinasi pelancongan, hospitaliti, hiburan dan F&B bersepadu yang terbesar di Indonesia
  • BRAND'S Suntory, Thailand: Salah sebuah syarikat produk pengguna yang terkemuka di dunia dan peneraju global multinasional bagi minuman beralkohol dan minuman bukan alkohol termasuk rangkaian makanan tambahan kesihatan dan kesejahteran daripada BRAND'S.
  • NetHub, Vietnam: Penyedia perkhidmatan TV bayar-untuk-tonton di Vietnam yang merupakan syarikat swasta yang pertama dan satu-satunya dilesenkan untuk memancarkan dan menyiarkan siaran televisyen melalui Televisyen Satelit Digital (DTH), Televisyen Terestrial Digital (DTT) dan Televisyen Internet (OTT)
  • Caring Pharmacy, Malaysia: Rangkaian farmasi berkembang pesat yang menawarkan khidmat runding ahli farmasi sepanjang masa, pemeriksaan kesihatan percuma (terpilih) dan produk berkualiti tinggi, berharga kompetitif
  • Senheng, Malaysia: Rangkaian kedai barangan elektronik pengguna yang terkemuka di Malaysia yang memiliki lebih 100 kedai fizikal di Malaysia serta satu kehadiran edagang dalam talian

"Asia Tenggara sentiasa menjadi pasaran tumpuan yang penting untuk kami di Appier. Rantau ini tekal mengatasi seluruh pelosok dunia dari segi pertumbuhan dan menjadi tuan rumah kepada beberapa ekonomi digital yang terbesar di dunia termasuk Indonesia. Kami berbangga dapat bekerjasama dengan beberapa jenama yang terkemuka di Asia Tenggara untuk mentransformasikan strategi digital mereka dan memperkasa mereka untuk menyampaikan pengalaman pelanggan yang unik dan disesuaikan ketika mereka ingin menukar pelaburan pemasaran mereka menjadi pulangan yang boleh diukur," kata Dr. Chih-Han Yu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Appier. "Memandang ke hadapan, ketika jenama-jenama ingin berinovasi dan berkembang untuk memadankan keperluan dan jangkaan pengguna yang berubah-ubah, strategi yang berjaya terletak pada keupayaan membuat keputusan yang lebih bijak dan lebih pantas, yang diperkasakan oleh Appier untuk jenama-jenama melalui AI."

Ringkasan tentang jenama: Menyampaikan pengalaman pelanggan yang unik untuk beberapa jenama yang paling menarik di rantau ini

Ancol, Indonesia

Ancol ialah salah satu tempat hospitaliti ulung yang terbesar di Indonesia dan mengurus pelbagai tempat tarikan pelancong, restoran, pasaran, muzium, pusat konvensyen dan hotel. Melalui perkongsian mereka dengan Appier, Ancol memanfaatkan AI untuk memahami keperluan unik dan tingkah laku pelanggannya bagi memacu penglibatan yang lebih tinggi dalam pelbagai peranti pada semua saluran pemasarannya. Ancol akan turut mendapat pandangan yang lebih mendalam tentang pengunjung melalui peta perjalanan pelanggan, kemudian menghantar pemberitahuan diperibadikan untuk mengubah pengunjung menjadi pelanggan. Melalui platform bersepadu tunggal, kini Ancol dapat mengurus pelbagai saluran pemasaran dan kempen serta menyampaikan mesej pemasaran waktu sebenar berdasarkan kepada pensegmenan dan tingkah laku khayalak.

NetHub, Vietnam

Selain Televisyen Satelit Digital (DTH) dan Televisyen Terestrial Digital (DTT), NetHub turut menawarkan kepada pelanggan dengan platform OTT yang memberi akses atas-permintaan kepada mereka untuk filem, rancangan dan rancangan bersiri. NetHub bekerjasama dengan Appier untuk menyediakan kandungan dan cadangan video lebih pintar - dikuasakan oleh AI - pada platform-platform seperti web, aplikasi iOS dan Android serta SmartTV. Perkongsian ini juga merupakan yang pertama untuk Appier dalam pelaksanaannya untuk cadangan berkuasa AI pada SmartTV.

Senheng, Malaysia

Senheng ialah kedai barangan elektronik pengguna Malaysia yang terkemuka yang memiliki lebih daripada 100 kedai fizikal di seluruh Malaysia dan sebuah platform edagang. Tatkala syarikat ini berusaha untuk berkembang mengikut keperluan dan tabiat penggunaan pengguna, ia bekerjasama dengan Appier untuk strategi transformasi digitalnya bagi menawarkan pengalaman Dalam-Talian-Gabung-Luar-Talian (OMO) untuk pelanggannya. Dengan penyelesaian AI yang direka bentuk untuk meramalkan dan menghasilkan senarai segmen pelanggan yang tepat, Senheng berupaya untuk meningkatkan kadar pertukaran dan hasilnya untuk rangkaian luas tawaran produk elektroniknya.

Caring Pharmacy, Malaysia

Caring Pharmacy bekerjasama dengan Appier untuk berhubung dengan audiensnya melalui saluran dalam talian dan luar talian. Dengan integrasi POS luar talian, Caring Pharmacy berupaya untuk memaksimumkan data beraneka daripada kedai runcitnya untuk memperibadikan dan menyesuaikan komunikasi dengan pelanggan mereka merentas kesemua saluran miliknya. Caring Pharmacy turut memanfaatkan BotBonnie, penyelesaian pemasaran perbualan berkuasa AI Appier bagi menyediakan tahap penglibatan yang lebih mendalam bersama pelanggan mereka.

BRAND's Suntory, Thailand

BRAND's Suntory memulakan transformasi platform digitalnya lantaran peningkatan penggunaan dalam talian semasa COVID-19. Dengan gedung dalam talian yang memenuhi keperluan pengguna di Thailand, BRAND's Suntory bekerjasama dengan Appier untuk mengurus emel dan kempen tolak mereka, membolehkan mereka mengkaji semula data prestasi mereka secara holistik. BRAND'S Suntory juga berupaya untuk meningkatkan kadar pertukarannya dengan mesej diperibadikan merentas pelbagai saluran seperti web dan emel.

Latar Belakang Appier

Appier (TSE: 4180) ialah sebuah syarikat perisian-sebagai-satu-perkhidmatan (SaaS) yang menggunakan kecerdasan buatan untuk memperkasa pembuatan keputusan perniagaan. Ditubuhkan pada tahun 2012 dengan visi untuk mendemokrasikan AI, kini Appier mempunyai 17 pejabat merentas APAC, Eropah dan AS serta disenaraikan pada Bursa Saham Tokyo. Kunjungi www.appier.com untuk maklumat lanjut tentang syarikat dan kunjungi ir.appier.com/en/ untuk maklumat lanjut tentang IR.

Source: Appier
Keywords: Advertising Alternative Energies Internet Technology Publishing/Information Service Telecommunications Corporate Expansion