omniture

OANDA Menang Anugerah Industri Terkemuka: Anugerah 'Broker Paling Popular' TradingView dan Penghormatan 'Terbaik dalam Kelas' bersama ForexBrokers.com

OANDA
2023-02-02 14:35 70

LONDON, 2 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Kami dengan bangganya mengumumkan bahawa komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pedagang sekali lagi melayakkan kami menerima kedudukan broker teratas dalam musim anugerah tahun ini.

Diundi sebagai "Broker Paling Popular" oleh TradingView
Diundi sebagai "Broker Paling Popular" oleh TradingView

OANDA telah memenangi anugerah 'Broker Paling Popular' di TradingView Broker Awards 2022. Kemenangan tersebut memperlihatkan tahun ketiga berturut-turut OANDA diiktiraf oleh komuniti TradingView dan mendemonstrasikan bahawa memenangi anugerah bermula dengan memenangi kepuasan pelanggan.

TradingView ialah salah satu rangkaian sosial yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia untuk pedagang, mempunyai lebih daripada 30 juta pengguna berdaftar di serata dunia.

Kurt vom Scheidt, Ketua Pegawai Operasi dengan OANDA berkata, "Kami berbesar hati menerima anugerah berprestij ini daripada komuniti TradingView. Ini menunjukkan dedikasi kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami melalui platform terkemuka, penentuan harga yang telus dan pelaksanaan yang pantas untuk memperkasa mereka berdagang pada tahap terbaik."

Mengulas tentang anugerah tersebut, Pierce Crosby, Pengurus Besar bersama TradingView berkata, "Pengguna TradingView merupakan peminat utama OANDA dan ia jelas kelihatan! OANDA telah memenangi anugerah sebelum ini bersama kami, namun anugerah khusus ini – Broker Paling Popular – tidak perlu dijelaskan lagi. Pedagang memilih OANDA. Kami teruja melihat OANDA terus meningkat naik melalui TradingView dan amat gembira melihat semua ciri baharu yang akan muncul pada tahun 2023."

Dinilai sebagai 'Terbaik dalam Kelas' oleh ForexBrokers.com

OANDA turut diiktiraf sebagai 'Terbaik dalam Kelas untuk Kemudahan Penggunaan' dan 'Terbaik dalam Kelas untuk Penyelidikan' oleh ForexBrokers.com di Anugerah Tahunan 2023 mereka.

"Untuk pedagang yang aktif, kebolehgunaan platform penting untuk prestasi dan pengalaman perdagangan yang hebat, manakala penyelidikan penting untuk membangunkan strategi dagangan yang berkesan. Diiktiraf dalam dua kategori ini merupakan bukti terhadap fokus kami ke atas keperluan pelanggan," ulas vom Scheidt.

Latar Belakang OANDA
Ditubuhkan pada tahun 1996, OANDA merupakan syarikat pertama yang berkongsi data kadar pertukaran secara percuma di Internet, melancarkan platform perdagangan FX yang membantu mempelopori pembangunan perdagangan mata wang berasaskan web lima tahun kemudian. Hari ini, kumpulan OANDA, yang melibatkan OANDA Corporation dan subsidiari-subsidiari OANDA Global Corporation yang lain, menyediakan perdagangan berbilang aset dalam talian, data mata wang dan analitik kepada pelanggan runcit dan korporat di serata dunia, yang menunjukkan kepakaran yang tiada tandingan dalam bursa asing. 

Dengan entiti dikawal selia dalam sembilan pasaran kewangan yang paling aktif di dunia, OANDA tetap berdedikasi untuk mentransformasikan bagaimana dunia berinteraksi dengan perdagangan, membolehkan pelanggan untuk memperdagangkan indeks pasaran global, komoditi, perbendaharaan, logam berharga dan mata wang pada salah satu platform perdagangan yang paling pantas dalam pasaran. Untuk maklumat lanjut kunjungi https://www.oanda.com/group/ atau ikuti OANDA di LinkedIn.

Latar Belakang TradingView
TradingView ialah rangkaian pedagang dan pelabur yang paling popular di dunia – dikuasakan oleh data waktu sebenar dan perisian analisis yang utama dalam pasaran. Menggunakan platformnya untuk mengikuti aset global, mencari idea dagangan, berbual bersama pihak-pihak lain, mengesan trend dan menempatkan dagangan secara langsung dengan broker. Lihatlah sendiri dengan mengunjungi www.tradingview.com atau muat turun aplikasi mudah alih TradingView percuma untuk iOS dan Android. Untuk laman sesawang atau perniagaan anda, kunjungi https://www.tradingview.com/widget/.

Latar Belakang ForexBrokers.com
ForexBrokers.com, sumber yang terkemuka dalam industri untuk broker dalam talian, dimiliki sepenuhnya oleh Reink Media Group. Sebuah syarikat berpangkalan di Michigan yang ditubuhkan pada tahun 2009, Reink Media Group memiliki dan mengendalikan pelbagai laman sesawang berasaskan kewangan. Organisasi ini berusaha untuk menyediakan sumber, alat dan pendidikan berkaitan untuk pelaburan terarah sendiri yang berjaya. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.forexbrokers.com atau laman sesawang syarikat ini di www.reinkmedia.com.

 

Source: OANDA
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Awards Financial Technology