omniture

Trina Storage bermula kukuh dalam tahun 2023, tandatangani perjanjian Elementa lebih 100MWj di UK

Trina Storage
2023-02-03 02:07 59

MUNICH, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Trina Storage, penyedia penyelesaian storan tenaga bateri bersepadu secara vertikal, hari ini mengumumkan penutupan kontrak untuk dua lagi projek Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) di UK sejurus selepas penandatanganan projek Swangate 50MW/102 MWj bulan lalu. Kedua-dua perjanjian baharu ini, masing-masing 25MW/58MWj dan 50MW/58MWj, akan turut menggunakan produk storan bateri bersepadu secara vertikal daripada Trina Storage – Elementa.

BESS skala-grid yang fleksibel, selamat dan berprestasi tinggi – TrinaStorage Elementa
BESS skala-grid yang fleksibel, selamat dan berprestasi tinggi – TrinaStorage Elementa

Trina Storage akan menjalankan projek Solar + Storan pertama seumpamanya

Projek 25MW/58MWj yang baru ditandatangani ini terletak di bahagian tengah England. Trina Storage akan menawarkan penyelesaian storan tenaga generasi seterusnya yang berasaskan Elementa, menambah kepada projek fotovolta sedia ada di sana. Bagi Trina Storage, ia akan menjadi projek storan-berserta-solar yang pertama di UK, yang menunjukkan kefleksibelan dan keberkesanan kos penyelesaian storan bateri Elementa.

UK mempunyai sasaran iklim bercita-cita tinggi yang menyasarkan untuk mencapai sistem kuasa sifar-bersih, didorong oleh sumber boleh baharu yang mengambil bahagian yang lebih besar dalam campuran tenaga elektrik negara ini. Aplikasi storan-berserta-solar kini merupakan trend jangka panjang dan lestari untuk menjamin kestabilan grid kuasa. Dengan menggabungkan sistem storan, penjanaan puncak daripada sistem PV boleh dianjak apabila permintaan tenaga mengalami turun naik, lantas meningkatkan lagi kestabilan grid, menjamin penjanaan maksimum dan seterusnya hasil. Di samping itu, penyepaduan solar dan storan dapat membantu mengelakkan pengurangan tenaga boleh baharu, lalu memastikan selanjutnya penyepaduan tenaga boleh baharu yang selamat dan berjaya.

Trina Storage mengambil langkah panjang dalam pasaran storan tenaga

Selain daripada projek penempatan bersama, Trina Storage akan menyediakan satu lagi penyelesaian BESS mandiri 50MW/58MWj kepada penyedia infrastruktur tenaga pintar utama UK, SMS plc. Projek ini akan ditempatkan di Berkeley Gloucestershire, England. Ia merupakan kali kedua Trina Storage dipilih oleh SMS selepas projek pertama mereka di Burwell, Cambridgeshire diserahkan dengan jayanya pada awal tahun 2022. Satu pengiktirafan yang besar daripada pelanggan sedia ada membuktikan sebaiknya keupayaan pelaksanaan Trina yang cemerlang.

Kedua-dua projek akan menggunakan sistem bateri Elementa dalaman Trina, manakala penyelesaian yang diliputi penuh terdiri daripada kejuruteraan Trina yang mantap serta skop perkhidmatan. Trina Storage memacu inovasi teknikal termaju bagi menawarkan BESS disejukkan oleh cecair yang paling canggih, digabungkan dengan prestasi bateri yang dipertingkatkan dan ciri-ciri keselamatan yang lebih baik, lalu menjamin pulangan projek yang maksimum. Penyelesaian BESS yang bertaraf dunia dan amat kompetitif direka bentuk untuk memenuhi permintaan yang semakin melonjak dalam pasaran storan secara global. Trina Storage mengambil langkah yang panjang menerusi rancangan projek yang mantap dengan lebih 5GWj di peringkat global, untuk akhirnya membawa lebih kecekapan kepada grid kuasa moden dan membina dunia yang terjamin tenaganya.

Membina masa depan lebih hijau bersama Trina Storage

Sebagai peneraju storan global, Trina Storage sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Advanced Energy Storage Technology Research Institute bersiap sedia sepenuhnya untuk memperluaskan inovasi teknikal. Asas integrasi turut ditambah kepada kelebihan rantaian bekalan Trina Storage yang tangkas. Pasukan-pasukan tempatan yang profesional ditubuhkan untuk menawarkan sokongan dan perkhidmatan menyeluruh kepada pelanggan kami. Trina Storage terus mengambil langkah yang besar, membuktikan keazaman dan keyakinannya dalam menerajui peralihan tenaga melalui storan.

Mengulas tentang pencapaian yang terkini ini, Terry Chen, Ketua Storan Luar Negara di Trina Storage berkata:

"Kami amat menghargai kepercayaan yang berterusan daripada SMS dan tidak sabar-sabar untuk menjalankan projek storan-berserta-solar pertama kami. Kami akan menawarkan sistem canggih dan perkhidmatan yang disokong oleh pelaksanaan profesional untuk menyokong mereka dan menjamin kejayaan masa depan, komitmen yang berterusan kepada pelanggan kami serta masa depan yang lebih hijau dan lebih lestari."

Latar Belakang Trina Storage

Trina Storage, sebuah unit perniagaan Trina Solar, merupakan penyedia sistem storan tenaga global yang mengkhusus untuk mentransformasikan cara kami menyediakan sumber tenaga. Misi kami adalah untuk memimpin peralihan tenaga boleh baharu melalui storan yang berkesan kos dan untuk menyediakan Solar For Everyone (Solar Untuk Semua) dengan memperluaskan penjanaan solar secara berskala. Memanfaatkan pengalaman solar selama lebih 25 tahun, kami menyampaikan penyelesaian yang berkesan kos dan fleksibel kepada utiliti dan pemaju di seluruh dunia.

Maklumat lanjut tersedia di laman sesawang Trina StorageFacebook dan LinkedIn.

 

 

 

Source: Trina Storage
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts