omniture

Tinjauan CGTN: Pemulihan ekonomi China mendapat keyakinan global yang teguh

CGTN
2023-02-03 14:58 76

BEIJING, 3 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Responden global mempunyai keyakinan yang teguh terhadap pemulihan ekonomi Cina, menurut tinjauan baru-baru ini oleh CGTN Think Tank.

Satu tinjauan menunjukkan bahawa 86.8 peratus daripada responden global mengiktiraf usaha China untuk menyelaraskan pencegahan dan kawalan COVID-19 dengan pembangunan ekonomi serta sosial, manakala hanya 9.03 peratus daripada mereka percaya bahawa ekonomi-ekonom maju menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam menangani pandemik ini.

Ekonomi China menunjukkan tanda-tanda pemulihan yang kukuh, berdasarkan kepada data penggunaan semasa cuti Festival Musim Bunga. Hasil pelancongan domestiknya mencecah 375.84 bilion yuan (kira-kira $55.96 bilion), meningkat 30 peratus berbanding tahun sebelumnya. Pencapaian penting semasa percutian itu mengumpul sebanyak 6.76 bilion yuan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menaikkan anggaran untuk pertumbuhan China kepada 5.2 peratus dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia (World Economic Outlook) terkininya. Walau bagaimanapun, ia meramalkan bahawa pertumbuhan dalam ekonomi-ekonomi maju, termasuk Amerika Syarikat, kawasan Eropah dan United Kingdom, akan jatuh kepada 1.2 peratus pada tahun 2023.

Mengimbau kembali, China merupakan satu-satunya ekonomi utama di dunia yang mencapai pertumbuhan positif pada tahun 2020 dan KDNKnya melangkaui 120 trilion yuan pada tahun lalu, lantas memberi sumbangan yang penting kepada pemulihan ekonomi global.

Menurut Biro Statistik Kebangsaan, harga di China kekal stabil sepanjang tiga tahun yang lalu, dengan indeks harga pengguna meningkat pada kadar purata 1.8 peratus, jauh lebih rendah berbanding di A.S., zon Euro dan ekonomi-ekonomi maju yang lain.

Berdasarkan kepada data yang dikeluarkan oleh Bank Dunia, kadar pertumbuhan ekonomi A.S. dan ekonomi-ekonomi zon Eropah dalam tahun 2020 masing-masing mencapai -2.8 peratus dan -6.1 peratus. Langkah-langkah rangsangan agresif diperkenalkan untuk ekonomi-ekonomi ini sejak dua tahun yang lalu.

Pada tahun 2022, indeks harga pengguna A.S. mencecah paras tertinggi 40-tahun, lalu meningkatkan kos sara hidup orang ramai.

Dalam satu tinjauan, hampir separuh daripada responden dalam ekonomi-ekonomi maju yang utama mengalami kenaikan harga yang ketara, manakala 48.7 peratus daripadanya mengakui bahawa perbelanjaan harian mereka meningkat sejak tiga tahun yang lalu. Namun begitu, hanya 23.24 peratus daripada mereka menyaksikan pendapatan mereka meningkat dalam tempoh yang sama.

Antaranya, 46.77 peratus meramalkan kemelesetan dalam ekonomi-ekonomi maju yang utama pada tahun ini.

Bagi melindungi nyawa dan kesihatan rakyatnya, China mengatasi impak lima gelombang global dengan efektif dan beberapa kluster domestik COVID-19 sepanjang tiga tahun yang lalu.

Tinjauan kumpulan pemikir CGTN menunjukkan bahawa 88.1 peratus responden mengiktiraf pencapaian China dalam usaha pencegahan dan kawalan COVID-19 sepanjang tiga tahun yang lalu. Pelarasan saintifik dan dinamik negara ini terhadap dasar pencegahan wabak diiktiraf sepenuhnya oleh 71.6 peratus responden global.

Dengan dasar anti-wabak yang selari dengan keadaan negaranya, China dipercayai akan menyuntik lebih banyak dorongan kepada pemulihan ekonomi global dalam era pasca-COVID-19.

Pautan: https://news.cgtn.com/news/2023-02-02/CGTN-poll-China-s-economic-rebound-wins-strong-global-confidence-1h5HNHrXbYk/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Survey, Polls & Research