omniture

Zoomlion Serahkan Pelbagai Siri Produk dengan Jumlah Nilai Lebih Satu Bilion Yuan ($148 juta) kepada Pelanggan Global

Zoomlion
2023-02-06 07:39 14

CHANGSHA, China, 6 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 29 Januari 2023, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) menyerahkan satu siri produk yang berjumlah lebih daripada 1 bilion yuan ($148 juta). Penyerahan tersebut, sebagai sebahagian daripada strategi Zoomlion untuk mencapai pertumbuhan global, meletakkan asas kukuh terhadap usaha syarikat ini bagi meningkatkan daya saing teras mereka pada tahun 2023.

Zoomlion Serahkan Pelbagai Siri Produk dengan Jumlah Nilai Lebih Satu Bilion Yuan ($148 juta) kepada Pelanggan Global
Zoomlion Serahkan Pelbagai Siri Produk dengan Jumlah Nilai Lebih Satu Bilion Yuan ($148 juta) kepada Pelanggan Global

Kren kejuruteraan Zoomlion, termasuk lebih daripada 200 kren rangkak, kren trak dan kren dipasang pada trak, dengan jumlah nilai mencecah lebih daripada 400 juta yuan ($60 juta), diserahkan secara serentak daripada pelbagai taman perindustrian. Kini, pesanan global Zoomlion untuk kren kejuruteraan menyaksikan pertumbuhan pesat, dengan permintaan terhadap pesanan global telahpun diatur hingga penghujung Mac ini.

Zoomlion melancarkan kren menara generasi-R baharu pada tahun 2022 dan syarikat ini berdedikasi untuk memajukan pendigitalan dan pembangunan pintarnya pada tahun 2023. Hampir 100 juta yuan ($15 juta) peralatan baharu telah diserahkan daripada lima tapak utamanya.

Jentera konkrit Zoomlion termasuk trak pam bum panjang dan loji pengelompokan terus menduduki tempat pertama dalam jumlah jualan domestik pada tahun 2022 dan beberapa produk utama mencetuskan peningkatan jualan. Hampir 100 juta yuan nilai peralatan berkualiti tinggi diserahkan kepada pelanggan pada Januari. Pada tahun 2023, Zoomlion akan mempercepatkan pembuatan pintar trak pam siri "Lingyun", pam dipasang pada trak siri "Kunpeng", bum perletakan, penyembur dan pam treler.

Cabang perniagaan platform kerja udara (AWP) syarikat ini, meliputi lebih daripada 80 negara dan wilayah merentas lima benua, ialah salah satu perniagaan yang berkembang pesat dalam Zoomlion dan peneraju dalam industri ini. Pada Januari ini, jumlah nilai sebanyak lebih daripada 200 juta yuan ($30 juta) daripada produk utamanya telah diserahkan ke seluruh dunia. Pada tahun 2023, ia akan menerima tahap pembangunan berkelajuan tinggi dan berkualiti tinggi yang baharu.

Bagi jentera tolak tanah Zoomlion, hampir 200 mesin pengorek dan pemuat gelongsor, telah diserahkan ke pelbagai wilayah di China dan pasaran-pasaran luar negara yang utama.

Zoomlion turut menyerahkan jentera cerucuk, jentera perlombongan, peralatan kecemasan, kenderaan perindustrian, jentera peranian dan jentera pintar lain. Pembinaan Bandar Perindustrian Pintar Zoomlion juga sedang berjalan.

Dengan prospek yang mantap dan daya saing teras yang dipertingkat, Zoomlion akan berusaha sedaya upaya untuk mencapai kemajuan sekali gus mengekalkan pertumbuhan yang stabil pada tahun 2023.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:000157 HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Banking/Financial Service Machinery Mining/Metals Transportation