omniture

CloudMile Malaysia mencapai status rakan penyedia perkhidmatan terurus Google Cloud dan dinamakan Google Cloud Partner All-star 2022 bagi sektor Jualan

Cloud Mile
2023-02-07 08:00 10

Syarikat menyasarkan untuk menggandakan pelaburannya dalam pasaran Malaysia termasuk pelancaran Pusat Kecemerlangan bagi memaparkan penyelesaian yang paling terkini dan inovatif daripada CloudMile dan Google Cloud.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 7 Februari 2023 /PRNewswire/ -- CloudMile, sebuah syarikat berdasarkan teknologi awan, analisis data dan kecerdasan buatan (AI) yang terkemuka di Asia, telahpun diiktiraf sebagai Google Cloud Partner All-star 2022 dalam bidang Jualan di Malaysia. CloudMile telah memenuhi kesemua kriteria sebagai rakan penyedia perkhidmatan terurus dalam bidang matlamat dan sasaran jualan, penyelarasan terhadap matlamat bersama dan pengurusan hubungan pelanggan. Syarikat ini turut merancang untuk menggandakan pelaburan di Malaysia di tengah-tengah kejayaannya yang berkembang secara tekal dalam pasaran ini.

CloudMile telah menjadi salah satu rakan sumber Google Cloud yang terbesar di Malaysia, berkembang daripada sebuah syarikat  yang bermula  dengan hanya tiga pekerja sehingga berkembang kepada  30 orang dalam tempoh 18 bulan sejak pejabat di Kuala Lumpur memulakan operasi.

Google Cloud Partner All-stars ialah program tahunan yang mengiktiraf dan meraikan prestasi pada peringkat 'All-star' dalam bidang kejuruteraan penyelesaian serta penghantaran, jualan dan pemasaran. Faktor-faktor dalam pasukan CloudMile Malaysia yang membolehkan mereka menerima anugerah ini termasuk perancangan strategik, usaha yang dilakukan ke atas kejayaan pelanggan daripada pra-jualan hingga pasca-jualan dan ketabahan dalam menyahut cabaran. Sebagai Google Cloud Premier Partner untuk rantau APAC dan peningkatan terkini kepada status penyedia perkhidmatan terurus (MSP) untuk Malaysia bukan sahaja merupakan satu penghormatan yang tinggi, ia juga membolehkan CloudMile mendapat akses mendalam kepada teknologi terkini , kepakaran, perkhidmatan dan sokongan daripada Google Cloud untuk memberi inspirasi kepada pelanggan demi masa depan IT.

CloudMile telah menjadi salah satu rakan sumber Google Cloud yang terbesar di Malaysia, berkembang daripada sebuah syarikat yang bermula dengan hanya tiga pekerja sehingga berkembang kepada 30 orang dalam tempoh 18 bulan sejak pejabat di Kuala Lumpur memulakan operasi.

Lester Leong, pengurus CloudMile bagi negara Malaysia berkata: "Sangat mengharukan apabila melihat usaha kami sejak satu setengah tahun yang lalu diiktiraf dengan Google Cloud menamakan kami sebagai Google Cloud Partner All-star 2022. Kami benar-benar teruja melihat apa yang dapat kami capai bersama-sama pada tahun 2023 dalam membantu Malaysia mempercepatkan transformasi digital dan berkembang maju dalam dunia yang mengutamakan infrastruktur teknologi awan."

Leong menambah bahawa CloudMile bersiap sedia untuk melancarkan Pusat Kecemerlangan dengan sebuah pejabat baharu di Kuala Lumpur bagi mempamerkan penyelesaian teknologi awan terkini daripada CloudMile dan Google Cloud serta menyasarkan untuk mempercepatkan transformasi digital untuk syarikat dengan teknologi awan.

Spencer Liu, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif CloudMile berkata: "Ini merupakan detik yang hebat dan membanggakan kami. Pasukan Malaysia kami terus berdiri bagi memberi inspirasi berhubung apa yang dapat dicapai dalam pasaran dari segi meningkatkan infrastruktur awan dan perkhidmatan merentas industri-industri. Atas sebab inilah kami merancang untuk menggandakan pelaburan dan sumber kami di Malaysia, khususnya dalam mencungkil bakat tempatan danmembantu organisasi-organisasi tempatan merealisasikan semua kemungkinan yang ditawarkan oleh teknologi awan dan AI."

Latar Belakang CloudMile

CloudMile ialah sebuah syarikat analisis data dan kecerdasan buatan terkemuka yang memperkasa perniagaan untuk mempercepatkan transformasi digital melalui teknologi awan dan pembelajaran mesin. Misi kami adalah untuk membolehkan perubahan digital dapat dilakukan untuk setiap perusahaan dengan memodenkan dan mengintegrasikan IT arus perdana dan melaksanakan penyelesaian digital secara meluas demi masa depan digital yang berjaya.

Source: Cloud Mile
Keywords: Internet Technology Telecommunications Licensing/marketing agreements Data Analytics