omniture

Doo Prime Mulakan Tahun 2023 Menerusi Traders Fair Thailand

Doo Group
2023-02-08 14:56 51

HONG KONG, 8 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Doo Prime melangkah semakin maju ke hadapan menuju tahun 2023 menerusi Traders Fair Thailand pada Februari 2023 ini; kali ini, sebagai Penaja Premium.


Traders Fair Thailand 2023 bakal diadakan di Shangri-La Hotel, Bangkok pada 25 Februari ini. Traders Fair ialah sebuah acara kewangan peringkat antarabangsa dan terkenal yang menempatkan beribu-ribu pelabur, pedagang dan kesemua ahli profesional industri terkemuka di bawah satu bumbung. Doo Prime akan ditempatkan di reruai M15-3, di zon yang mendapat kunjungan tinggi. Ini akan membolehkan Doo Prime meluaskan jangkauannya di persada antarabangsa serta menghasilkan lebih banyak peluang untuk berhubung dengan pedagang-pedagang serta pelabur-pelabur lain di acara tersebut.

Sokongan Khusus Dengan Perkhidmatan Setempat

Dengan lebih 10 pusat operasi tersebar merentas seluruh dunia, Doo Prime berbangga dengan seleksi produk dagangannya yang luas serta perkhidmatan setempat yang berkualiti tinggi, yang telah mendapat pengiktirafan antarabangsa. Doo Prime diterima dengan sangat baik apabila kami membuat kemunculan kami di Thailand Traders Fair 2022. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat kesemua rakan kongsi dan pelanggan sedia ada dan berpotensi kami semasa berlangsungnya acara yang berprestij ini.

Tinjau Peluang Anda Bersama Doo Prime di Reruai Kami

Menerusi pertumbuhan pesat dan kemajuan teknologi kami, Doo Prime menjamin persekitaran perdagangan yang selamat dan kami ingin anda menjadi sebahagian daripadanya.

Kami tidak sabar-sabar untuk bertemu anda di Traders Fair Thailand 2023 ketika kami berkongsi penyelesaian perdagangan termaju, matlamat industri dan banyak lagi. Justeru itu, catatkan pada kalendar anda dan bertemu kami di sana kerana kami juga akan menganjurkan pelbagai kempen di lapangan dengan banyak hadiah untuk dimenangi. Butiran acara adalah seperti berikut:

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di www.doogroup.com 

Emel: marketing@doogroup.com

Source: Doo Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology