omniture

Syarikat pemula teknologi tenaga Ampotech kumpul S$1.7J dalam pusingan pendanaan dipimpin oleh Earth Venture Capital

Ampotech Pte Ltd
2023-02-08 15:06 41

SINGAPURA, 8 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Syarikat pemula teknologi tenaga berpangkalan di Singapura, Ampotech telah mengumpul sebanyak S$1,775,000 dalam pusingan pendanaan Pra-Siri A untuk melanjutkan pengembangan antarabangsanya. Pusingan pendanaan tersebut dipimpin oleh Earth Venture Capital (Earth VC), dana teroka teknologi iklim global dengan tumpuan kepada Asia Tenggara. KSL Maritime Ventures, cabang modal teroka The Kuok Maritime Group, mengambil bahagian dalam pusingan tersebut bersama-sama pelabur-pelabur sedia ada Ampotech, Silicon Solution Ventures dan SEEDS Capital.

Ketua Pegawai Eksekutif Ampotech William Temple (kiri) dan Ketua Pegawai Teknologi Zhou Ziling (kanan)
Ketua Pegawai Eksekutif Ampotech William Temple (kiri) dan Ketua Pegawai Teknologi Zhou Ziling (kanan)

"Kami mencari pelabur-pelabur strategik yang berminat dengan tenaga dan kelestarian, maka Earth Venture Capital dan KSL Maritime Ventures merupakan rakan-rakan kongsi yang ideal," kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Ampotech, William Temple.

"Hari ini, kami berasa bangga untuk menyokong Ampotech. Pasukan mereka yang intelektual, dinamik dan berdedikasi berkongsi aspirasi kami untuk membantu bangunan menjadi lebih pintar, lebih lestari dan lebih positif demi Bumi. Bangunan mengubah kehidupan kita demi yang lebih baik, namun ia juga menggunakan jumlah tenaga yang besar, yang mengancam iklim kita. Bagi menangani isu berkenaan, kami mempunyai Ampotech sebagai yang pertama daripada banyak pejuang iklim yang tabah dan bertenaga yang akan kami sokong di seluruh dunia," kata Tien Nguyen, Rakan Pengasas Earth VC.

Asalnya merupakan percikan keluar daripada A*STAR dan institut penyelidikan University of Illinois, sebelum ini Ampotech mengumpul sebanyak S$1,000,000 dalam pusingan pendanaan benih pada tahun 2019 untuk membawakan penyelesaian pengurusan tenaga bangunan didayakan kecerdasan buatan dan internet pelbagai benda ke pasaran di Singapura dan India. Ketika ini, Ampotech mengambil kira syarikat-syarikat tenaga yang terkemuka seperti Sunseap[1] sebagai pelanggan. Pada bulan September, syarikat ini memenangi 2022 ASEAN Energy Award untuk audit tenaga dipacu AI dan teknologi pengurusan, dilaksanakan bersama Sistem Pemanasan dan Penyejukan Daerah Keppel[2].

Susulan pendanaan Pra-Siri A, Ampotech merancang untuk membuka pejabat antarabangsa pertamanya dalam beberapa bulan akan datang, di samping membawa penyelesaiannya ke dalam vertikal industri baharu melangkaui asasnya dalam hartanah komersial.

"Dengan sokongan dan sumber daripada Earth VC dan KSL Maritime Ventures, kami teruja untuk memulakan pengembangan kami ke dalam Vietnam dan untuk mengejar peluang pengurusan tenaga dan kelestarian dalam perniagaan hartanah dan marin The Kuok Group," kata William Temple.

Bernard Liew, Pengarah, KSL Maritime Ventures berkata, "KMV menginkubasi dan melabur dalam syarikat-syarikat pemula yang mencapai pertumbuhan tinggi dengan penyelesaian bermatlamat dan inovatif. Kami berasa kagum dengan visi, keupayaan dan rekod prestasi Ampotech serta berharap agar Ampotech dapat membawa impak positif ke arah mengoptimumkan pengurusan tenaga dalam industri maritim."

Ampotech menjangkakan untuk mengumpul dalam pusingan Siri A dalam tahun 2023 dan sedang dalam perbincangan peringkat awal bersama bakal pelabur.

Latar Belakang Ampotech
Ampotech ialah sebuah syarikat teknologi tenaga berpangkalan di Singapura yang membangunkan perkakasan internet pelbagai benda (IoT) dan perisian didayakan AI bagi membantu perniagaan mengumpul, menganalisis dan mengintegrasikan data penggunaan elektrik bangunan dan mesin untuk pelaporan kelestarian, penandaarasan, pengautomatan dan pengurusan kemudahan. Produk dan perisian Ampotech dipercayai oleh peneraju-peneraju industri dalam sektor tenaga dan hartanah, dengan ribuan peranti digunakan dalam bangunan komersial, kediaman dan perindustrian. Ampotech diiktiraf sebagai salah sebuah syarikat teknologi iklim terunggul di Asia Tenggara dan telah memenangi anugerah untuk teknologinya serta impak dalam sektor alam bina. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ampotech.com.

Latar Belakang Earth Venture Capital
Earth Venture Capital (Earth VC) ialah firma modal teroka global yang melabur dalam penyelesaian teknologi-iklim, dengan tumpuan kepada rantau Asia Tenggara. Firma ini melabur dalam syarikat-syarikat pemula Benih hingga Siri A menerusi Kecerdasan Buatan, Pembelajaran Mesin, Robotik, Bahan Baharu, Tenaga Baharu dan Internet Pelbagai Benda yang mencapai matlamat untuk beralih kepada tenaga boleh baharu, meninggalkan bahan api fosil dan meningkatkan tahap simpanan karbon.

Latar Belakang KSL Maritime Ventures
KSL Maritime Ventures ialah unit modal teroka syarikat pegangan pelaburan keluarga Kuok, Kuok (Singapore) Limited. Sebagai rakan pelaburan bersama SEEDS Capital yang dilantik, KSL Maritime Ventures mengusahakan penyelesaian mampan dengan tumpuan pada teknologi boleh baharu, teknologi kewangan dan kapal, membawa pandangan jangka panjang ke arah mencipta platform maritim global yang baharu.

Latar Belakang Silicon Solution Ventures
Silicon Solution Partners (SSP) ialah inkubator dan pelabur peringkat pertama di Singapura melalui dana Silicon Solution Ventures (SSV). Rakan-rakan Pengasas SSP berasal daripada industri-industri berkaitan elektronik dan secara kumulatif mempunyai pengalaman bekerja dan pengalaman kepimpinan eksekutif selama lebih daripada 300 tahun dalam perusahaan-perusahaan multinasional serta perusahaan tempatan yang besar bermula daripada syarikat pemula hingga IPO.

Latar Belakang SEEDS Capital
Sebagai cabang pelaburan Enterprise Singapore, SEEDS Capital memangkinkan pelaburan pintar menjadi syarikat pemula peringkat awal berpangkalan di Singapura yang inovatif dengan kandungan intelektual dan potensi pasaran global yang mantap. SEEDS Capital mengguna pakai model pelaburan bersama, saling bekerjasama bersama pelabur-pelabur insitusi dari serata dunia. Memanfaatkan kepakaran kolektif dan rangkaiannya, SEEDS Capital membantu syarikat-syarikat pemula mengkomersialkan, merealisasikan rancangan pembangunan perniagaan mereka dan berkembang ke seluruh dunia. SEEDS Capital memfokuskan pelaburannya ke dalam sektor-sektor baru muncul dan strategik selaras dengan keutamaan negara, termasuk Pembuatan, Perdagangan & Ketersambungan, Kesihatan & Potensi Manusia, Penyelesaian Bandar & Kelestarian serta Negara Pintar & Ekonomi Digital.

 

Source: Ampotech Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Awards Socially Responsible Investing Venture Capital