omniture

Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), MSD dan DoctorOnCall Bekerjasama Sempena Hari Kanser Sedunia 2023 Untuk Menawarkan Saringan Kesihatan Pada Harga Yang Berpatutan Kepada Masyarakat Awam

DoctorOnCall
2023-02-09 08:00 31

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Bersempena Hari Kanser Sedunia 2023, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (The National Cancer Society of Malaysia) (NCSM), MSD dan DoctorOnCall akan bekerjasama untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kanser dengan menawarkan saringan kesihatan asas dan konsultasi doktor secara percuma di Klinik Pemeriksaan Kanser & Kesihatan di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur pada Sabtu, 11 dan Ahad, 12 Februari 2023 dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

Kiri ke kanan: Dr. Murallitharan Munisamy (Managing Director, NCSM), Dr. Meyharshnee Gunaseelan (Medical Officer (Community Health), NCSM), Chiak Tang (Chief Operating Officer, DoctorOnCall), Shook Ye Leong (Head of Health Services, DoctorOnCall) and Dr. Ng Xun Jin (Head of Medical, DoctorOnCall)
Kiri ke kanan: Dr. Murallitharan Munisamy (Managing Director, NCSM), Dr. Meyharshnee Gunaseelan (Medical Officer (Community Health), NCSM), Chiak Tang (Chief Operating Officer, DoctorOnCall), Shook Ye Leong (Head of Health Services, DoctorOnCall) and Dr. Ng Xun Jin (Head of Medical, DoctorOnCall)

Pada Hari Terbuka klinik ini, pemeriksaan tekanan darah, Indeks Massa Tubuh (BMI), penilaian risiko kanser individu, pemeriksaan gula darah rawak dan pemeriksaan lingkar pinggang akan diberikan secara percuma oleh professional penjagaan kesihatan yang berkelayakan. Selain itu, dalam sesi individu, para pengunjung juga boleh mendapatkan konsultasi secara percuma dengan doktor yang bertauliah.

Dalam semangat untuk meningkatkan kemudahan pemeriksaan kanser bagi masyarakat awam, NCSM menawarkan dua pakej saringan kesihatan untuk lelaki dan wanita masing-masing, termasuk Ujian Darah Okult Fecal (FOBT), Antigen Khusus Prostat (PSA), Ujian Ultrasound Payudara, Ujian Lumuran Pap dan ujian lain yang berkaitan pada harga RM88. Para pengunjung juga mempunyai pilihan untuk menambah ujian profil darah am, dan pakej saringan kesihatan kombo ini berharga RM158. Diskaun sebanyak RM20 akan ditawarkan jika pendaftaran dilakukan melalui laman web DoctorOnCall.

"NCSM berterima kasih kepada DoctorOnCall ke atas sokongan pada Hari Kanser Sedunia ini. Kerjasama positif ini membolehkan perkhidmatan kami mencapai kepada golongan masyarakat yang lebih luas dan membolehkan orang ramai untuk mendapatkan pakej saringan kesihatan pada harga yang berpatutan dengan mudah melalui platform DoctorOnCall," kata Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan, NCSM.

"NCSM dan DoctorOnCall mempunyai jalinan kerjasama yang erat dan telah bekerjasama dalam berbagai inisiatif untuk meningkatkan aksesibiliti dan kemampuan servis kesihatan, melalui penjagaan kesihatan digital. Oleh itu, kami berbesar hati untuk berkerjasama sekali lagi dengan NCSM bersempena Hari Kanser Sedunia 2023," kata Chiak Tang, Ketua Pengarah Operasi, DoctorOnCall.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kempen ini, sila layani laman web DoctorOnCall di https://www.doctoroncall.com.my/marketplace/health-screening/c/world-cancer-day atau hubungi/WhatsApp NCSM di +6011 5929 2698.

Tentang Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)

Ditubuhkan pada tahun 1966, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) adalah organisasi kanser bukan untuk keuntungan pertama di Malaysia yang menyediakan pendidikan, penjagaan dan perkhidmatan sokongan kepada orang yang menghidap penyakit kanser. Selama 55 tahun, NCSM telah menyediakan sokongan kanser secara holistik kepada pesakit dan penjaga untuk memahami dan menangani kanser dalam pelbagai fasa, iaitu melalui Klinik Saringan Kanser dan Kesihatan, Pusat Perubatan Nuklear, Pusat Sumber dan Kesejahteraan, Klinik Berhenti Merokok, Rumah Harapan Kanak-Kanak dan Rumah Harapan Dewasa.

Source: DoctorOnCall
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Not for profit