omniture

3DOM Alliance mula menghantar sampel X-SEPA, teknologi pemisah revolusioner

noco-noco
2023-02-09 14:08 126

TOKYO, 9 Februari 2023 /PRNewswire/ -- 3DOM Alliance Inc. ("3DOM Alliance") mengumumkan bahawa sampel X-SEPA, teknologi pemisah revolusioner, telah memulakan penghantaran. X-SEPA, seperti yang mula-mula diumumkan pada Disember 2022, mempunyai struktur unik yang membantu meningkatkan prestasi teknologi bateri sedia ada dan mempercepatkan kelajuan pembangunan bateri generasi seterusnya, menggalakkan peralihan kepada sebuah masyarakat elektrik yang lebih lestari.

Tahun lalu, 3DOM Alliance mengumumkan bahawa persiapan telahpun dibuat untuk pengeluaran secara besar-besaran susulan usaha penyelidikan dan pembangunan terhadap pemisah selama lapan tahun lamanya. Syarikat ini kini mula menyediakan sampel X-SEPA kepada pengeluar-pengeluar bateri di seluruh dunia. 3DOM Alliance telahpun berusaha untuk memberi respons kepada permintaan sampel daripada lebih sepuluh syarikat dan bersedia untuk meningkatkan volum pengeluaran X-SEPA menjelang akhir tahun ini.

3DOM Alliance mula menghantar sampel X-SEPA, teknologi pemisah revolusioner
3DOM Alliance mula menghantar sampel X-SEPA, teknologi pemisah revolusioner

 

3DOM Alliance mula menghantar sampel X-SEPA, teknologi pemisah revolusioner
3DOM Alliance mula menghantar sampel X-SEPA, teknologi pemisah revolusioner

X-SEPA terdiri daripada berbilang lapisan membran poliimida yang amat tahan panas, dalam setiap tatasusunan liang tiga dimensi yang seragam. Struktur yang unik ini memberikan kawalan yang baik ke atas sifat-sifat pemisah dalam setiap lapisan dan pengoptimumkan keseluruhan mengikuti aplikasi dan prestasi bateri yang diingini. Justeru itu, X-SEPA melangkaui fungsi konvensional pemisah bagi menyediakan nilai tambahan yang baharu kepada bateri. Struktur dan bahan memberi hayat yang lebih panjang, keandalan yang lebih tinggi dan prestasi nyahcas berkadar tinggi. Ini menawarkan penyelesaian untuk beberapa cabaran dalam industri bateri termasuk keperluan terhadap keselamatan yang mencukupi dan teknologi yang sesuai untuk aplikasi akan datang seperti kenderaan elektrik di kawasan-kawasan dengan suhu tinggi di dunia atau mobiliti udara. Di samping itu, keteraturan struktur memberikan reka bentuk yang fleksibel dan pengoptimuman serta simulasi melalui pemodelan berkejituan tinggi yang berpotensi untuk mempercepatkan proses pembangunan bateri secara drastik.

noco-noco Pte. Ltd. ("noco-noco"), subsidiari 3DOM Alliance berpangkalan di Singapura, akan membeli bateri hayat panjang yang dilengkapi dengan X-SEPA yang telah dikilangkan oleh rakan-rakan sekutu strategik dan menggunakan bateri-bateri yang beroperasi merangkumi penggunaan hayat pertama dan kedua bateri. Matlamatnya adalah untuk mengatasi isu-isu alam sekitar dengan mengurangkan bilangan bateri yang diperlukan dalam edaran sebanyak 75% dan dalam masa yang sama memaksimumkan kecekapan penggunaannya. noco-noco bertujuan untuk menggalakkan peralihan ini daripada sistem ekonomi pengeluaran besar-besaran dan penggunaan besar-besaran tidak mampan melalui model perniagaan "Perkongsian Data & Keuntungan" inovatif, yang mana syarikat-syarikat yang membantu melanjutkan hayat produk boleh mendapat akses kepada maklumat berkaitan bateri dan terus menerima bahagian keuntungan sepanjang tempoh hayat perkhidmatan produk.

Dengan mentafsirkan semula peranan pemisah dan mengubah kedudukan bateri sebagai infrastruktur sosial, 3DOM Alliance dan noco-noco berusaha untuk menangani kelemahan dalam industri bateri hari ini dan menyerlahkan potensi penuh bateri bagi mengurangkan isu-isu alam sekitar yang mendesak.

HUBUNGI: Pasukan Perhubungan Awam 3DOM Alliance Inc., Tel: +81 3-5544-8275, Emel: pr@3dom.co.jp

Source: noco-noco
Keywords: Banking/Financial Service Electrical Utilities Environmental Products & Services Utilities New products/services