omniture

Perkampungan Nelayan Sekinchan yang Indah Mengalu-alukan Lebih Ramai Pengunjung; Tawar Kemudahan Pembayaran Tanpa Tunai melalui 'Visit Sekinchan 2023'

Hong Leong Bank
2023-02-09 14:59 64

KUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Sekinchan, kampung cashless yang pertama di Malaysia, bersedia untuk menyediakan kemudahan tanpa tunai kepada pengunjung menerusi pelancaran kempen 'Visit Sekinchan 2023'. Kempen ini merupakan susulan kejayaan perjalanan transformasi digital yang didayakan oleh Hong Leong Bank ("HLB") dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd ("PayNet") bersama sokongan penduduk dan perniagaan di Sekinchan.

Pelancong boleh menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai sambil melawat destinasi pelancongan tempatan dan perniagaan di Sekinchan
Pelancong boleh menikmati kemudahan pembayaran tanpa tunai sambil melawat destinasi pelancongan tempatan dan perniagaan di Sekinchan

Bagi memaparkan tarikan yang terbaik, Sekinchan turut mengadakan "SekinGo", Pencarian Harta Karun digital sehingga 30 April 2023. Para pelawat boleh menikmati sendiri pengalaman pekan kecil ini dengan meneroka 20 lokasi atau 'SekinStops', termasuk destinasi pelancongan yang terkenal seperti Pantai Redang, Wishing Tree dan pasar awam Sekinchan. Di setiap 'SekinStop', pelawat boleh mendapatkan 'SekinCoins' dengan mengimbas kod QR dan memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000.

Lokasi tarikan tempatan yang harus dilawati termasuk Ah Ma House, tempat untuk mengimbau kembali rumah, makanan ringan dan mainan kegemaran dari zaman kanak-kanak anda. Mereka juga menjual Kuih Kapit, yang diperbuat secara tradisional di atas dapur arang. Sebagai sebuah perkampungan nelayan, terdapat banyak restoran makanan laut di sekitar bandar tersebut seperti Sekinchan Kayapo, di mana anda boleh menikmati makanan laut segar yang berpatutan dan lazat. Buat penggemar buah mangga, jangan lupa melawat Mango King untuk mendapatkan mangga manis yang ditanam di kawasan setempat dan smoothie mangga yang menyegarkan.

Sekinchan juga merupakan salah satu jelapang padi utama di Malaysia. Waktu terbaik untuk melawat sawah padi yang menghijau adalah semasa musim sebelum menuai iaitu antara Mac hingga April atau September hingga Oktober.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB berkata, "Sebagai sebuah bank komuniti, kami melihat diri kami sebagai pemangkin untuk mencapai perubahan yang positif sama ada dalam pembayaran digital, perbankan dalam talian atau kemampanan, umumnya. Komitmen ESG kami adalah merapatkan jurang digital antara kawasan bandar dan bukan bandar, memastikan semua komuniti mendapat manfaat daripada keterangkuman digital dan kewangan yang menjadi kunci untuk memupuk kemajuan dalam pembangunan di negara ini."

"Kami telah melihat sejauh mana pembayaran tanpa tunai dapat meningkatkan jualan untuk perniagaan memandangkan pelanggan cenderung untuk berbelanja lebih tanpa bimbang tentang jumlah wang tunai di tangan atau mencari ATM. Kami berharap dengan kemudahan pembayaran tanpa tunai , ia akan menyemarakkan lagi pelancongan domestik, menarik pelancong asing untuk melawat dan memberi peluang untuk mengembangkan perniagaan melalui eDagang," tambah Fuda.

Untuk maklumat lanjut tentang 'Visit Sekinchan 2023', sila kunjungi www.visitsekinchan.com dan https://youtu.be/dXoZN3-RtSc

Source: Hong Leong Bank
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Banking/Financial Service Travel Licensing/marketing agreements New products/services