omniture

Lebih 20 orang diselamatkan di Turkiye, Zoomlion dalam perjalanan

Zoomlion
2023-02-10 08:44 12

CHANGSHA, China, 10 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Pada 6 Februari, dua gempa bumi berskala 7.8-magnitud berlaku di bahagian tenggara Turkiye bermula jam 4 pagi waktu tempatan, mengakibatkan korban yang besar dan kerugian harta benda. Apabila mengetahui hal ini, Zoomlion segera menghantar pasukan penyelamat berserta mesin pengorek ke wilayah Hatay, di tempat bencana tersebut berlaku dengan serius.

Sebagai satu pasukan penyelamat Cina pertama yang tiba di tempat kejadian, pasukan penyelamat Zoomlion telah berjuang selama lebih daripada 30 jam. Pada waktu tempatan Turkiye jam 3:00 petang bertarikh 8 Februari, pasukan penyelamat Zoomlion telah membantu menyelamatkan lebih daripada 20 orang yang terperangkap dan usaha mencari dan menyelamat masih lagi giat dijalankan.

Pasukan penyelamat Zoomlion bertugas di tempat kejadian gempa bumi di Turkiye
Pasukan penyelamat Zoomlion bertugas di tempat kejadian gempa bumi di Turkiye

Selepas berlakunya gempa bumi tersebut, mengikut arahan syarikat berkenaan, Zoomlion Turkey segera menghantar sebuah pasukan penyelamat yang terdiri daripada jurutera dan operator perkhidmatan profesional yang membawa selimut elektrik, ubat-ubatan kecemasan, makanan dan bahan-bahan lain yang diperlukan segera di kawasan bencana dan menghantar bersama lima mesin pengorek pertama, berlepas ke kawasan bencana di wilayah Hatay semalaman. Mereka tiba di tempat kejadian kira-kira jam 12:30 waktu tempatan pada 7 Februari, menjadikan mereka sebagai salah satu pasukan penyelamat Cina pertama tiba di lokasi bencana.

Selepas tiba di tempat kejadian, lima mesin pengorek Zoomlion ditugaskan ke kawasan-kawasan berbeza untuk operasi menyelamat. Bangunan yang runtuh, pecah dan retak boleh dilihat di mana-mana. Semasa operasi menyelamat pertama, mereka menghadapi kesukaran, ekoran kegagalan bekalan kuasa di kawasan setempat, beberapa alat penghancur profesional tidak dapat digunakan, bagi menjamin keselamatan mereka yang terperangkap, anggota-anggota penyelamat menggunakan tukul, penebuk, penyodok dan alat-alat lain menggali sendiri saluran menyelamat dan selepas lebih daripada 3 jam lamanya, berjaya menyelamatkan individu terperangkap yang pertama.

"Setelah pasukan penyelamat dan mesin pengorek kami tiba di tempat kejadian, kami segera mengambil bahagian dalam usaha menyelamat mereka yang terperangkap di bawah bangunan runtuh setinggi 6 tingkat. Setakat ini, kami telah membantu menyelamatkan empat individu yang terperangkap dan sedang aktif menyelamatkan dua orang adik-beradik perempuan," kata En. Yu Ke, seorang jurutera perkhidmatan Zoomlion yang mengambil bahagian dalam operasi menyelamat di lapangan.

Seorang lagi anggota pasukan penyelamat Zoomlion, En. Huang Yunbing, yang merupakan jurutera perkhidmatan luar negara Zoomlion berkata kekurangan penjana menjadikannya sukar untuk menurunkan runtuhan rumah. "Terdapat seorang kanak-kanak perempuan, berusia kira-kira 15 tahun, yang amat mengkagumkan saya. Apabila saya masuk ke dalam terowong menyelamat yang telah dikosongkan, saya melihatnya di bawah tilam dan kepingan batu tebal, dengan hanya kepalanya yang kelihatan dan dapat bergerak, dia menangis dengan lemah dan kesakitan. Setelah memutuskan bahawa kami dapat menggunakan dua bicu untuk mengangkat batu tersebut, kami segera mengambil bicu daripada kereta dan meminjam satu bicu daripada sebuah pasukan penyelamat berhampiran. Kami berjaya mengangkat batu tersebut lebih tinggi sedikit dan kemudian menariknya keluar."

Usaha pasukan penyelamat memberi sinar harapan untuk hidup yang berterusan kepada mereka yang terperangkap. Pada waktu tempatan di Turkiye jam 3:00 petang, 8 Februari, selepas lebih 30 jam berjuang tanpa henti, pasukan penyelamat Zoomlion telah menyelamatkan lebih daripada 20 orang yang terperangkap di bawah runtuhan.

Pasukan penyelamat Zoomlion membantu menyelamatkan mereka yang terperangkap
Pasukan penyelamat Zoomlion membantu menyelamatkan mereka yang terperangkap

"Selain daripada lima mesin pengorek pertama, kini terdapat lebih daripada 20 mesin pengorek Zoomlion yang terlibat di kawasan bencana, kami masih berada di bawah pengaturan bersama kakitangan tempatan, peralatan dan sumber-sumber lain bagi memastikan perjalanan usaha menyelamat yang lancar, cuba menyelamatkan lebih ramai orang yang terperangkap," kata orang bertanggungjawab yang berkaitan dengan subsidiari Zoomlion Turkey.

 

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:000157 HongKong:1157 OTC:ZLIOY
Keywords: Machinery Transportation Corporate Social Responsibility Natural Disasters