omniture

Trina Solar dan Low Carbon Ltd. tandatangani perjanjian rangka kerja bekalan berbilang tahun gigawatt

Trina Solar Co., Ltd
2023-02-11 00:07 114

CHANGZHOU, China, 11 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Trina Solar, penyedia penyelesaian menyeluruh PV dan tenaga pintar global yang terkemuka, baru-baru ini menandatangani satu perjanjian rangka kerja berbilang tahun bersama syarikat tenaga boleh baharu global Low Carbon Ltd. Perjanjian rangka kerja tersebut menjangkau tiga tahun lamanya dan merangkumi pembekalan sekurang-kurangnya 1GW modul PV Trina Solar untuk pelbagai projek Low Carbon di seluruh Eropah. Siri-siri Vertex N 605W dan Vertex 670W+ merupakan modul-modul yang akan dihantar oleh Trina Solar untuk projek pertama Low Carbon.

Perjanjian rangka kerja bersama Trina Solar memberi keselamatan perancangan untuk rancangan projek dan akan membantu mempercepatkan proses kontrak untuk pesanan akan datang, dengan Low Carbon telahpun memperoleh volum pengeluaran 1GW yang meliputi rancangan pembangunan projek jangka pendeknya.

Menjamin produk terbaik demi mencapai matlamat jangka panjang

Bagi penghantaran projek pertama ke Belanda dan UK, Low Carbon memilih modul-modul Vertex N 605W Trina Solar generasi seterusnya. Dilengkapi dengan teknologi sel i-TOPCon jenis-n 210mm, siri Vertex N mencapai output kuasa maksimum 605W. Di samping itu, modul dwikaca ini meningkatkan sifat dwimuka kepada 80% dan menyampaikan kecekapan yang lebih tinggi, degradasi lebih rendah dan hasil tenaga yang lebih baik untuk LCOE lebih rendah. Modul Vertex N 605W amat serasi dengan penjejak, menawarkan lebih kebolehlaksanaan untuk projek-projek berskala utiliti di kawasan rupa bumi yang paling rumit.

Trina Solar menerbitkan Trina Solar 210mm Vertex N Product White Paper (Kertas Putih Produk Vertex N 210mm Trina Solar) pada Januari, menunjukkan faedah-faedah modul jenis-n dari segi teknologi, nilai sistem dan kapasiti penghantaran. Klik untuk memuat turun Kertas Putih.

Siri Vertex 670W+ mempunyai jejak kuasa lebih besar, dengan kecekapan maksimum 21.6%. Dilengkapi dengan sel 210mm, modul-modul yang dipilih memiliki reka bentuk dwimuka dan prestasi yang lebih baik di kawasan bercahaya lebih rendah, lalu menjadikannya pilihan serba boleh untuk projek-projek akan datang Low Carbon.

Justin Thesiger, Pengarah Operasi & Pengurusan Aset di Low Carbon berkata, "Perjanjian ini melambangkan satu pencapaian penting buat kami ketika kami memperluaskan portfolio tenaga boleh baharu antarabangsa kami. Keupayaan menjana keuntungan yang tinggi dan keupayaan untuk komited terhadap volum penghantaran awal yang tinggi menjadikan Trina Solar sebagai pilihan semulajadi."

Trina Solar berbangga akan keupayaannya untuk komited terhadap penghantaran, seterusnya membolehkan rakan-rakan niaga menyiapkan projek-projek tepat pada masanya. Syarikat ini telah menyumbang kepada projek-projek tenaga solar di Eropah dan selanjutnya, membangunkan penyelesaian yang inovatif dengan produk dan infrastruktur yang terkemuka dalam industri yang memenuhi keperluan pelanggan. Perjanjian sedemikian bersama Low Carbon memberi peluang kepada Trina Solar untuk terus memajukan dunia dengan tenaga boleh baharu yang bersih.

 

 

 

 

Source: Trina Solar Co., Ltd
Related Stocks:
Shanghai:688599
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Contracts