omniture

Xinhua Silk Road: Zoomlion China hantar pasukan penyelamat bantu kawasan dilanda gempa bumi Hatay di Türkiye

Xinhua Silk Road
2023-02-11 00:13 79

BEIJING, 11 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Pembuat jentera pembinaan Cina, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion, 000157.SZ) baru-baru ini menghantar sepasukan penyelamat dan mesin pengorek ke kawasan yang dilanda gempa bumi Hatay di Türkiye untuk membantu usaha menyelamat.

Foto menunjukkan pasukan penyelamat Zoomlion mengambil bahagian dalam usaha menyelamat di kawasan dilanda gempa bumi, Hatay di Türkiye.
Foto menunjukkan pasukan penyelamat Zoomlion mengambil bahagian dalam usaha menyelamat di kawasan dilanda gempa bumi, Hatay di Türkiye.

Gempa bumi berukuran 7.7 magnitud melanda wilayah selatan Türkiye, Kahramanmaras jam 4:17 pagi waktu tempatan (0117 GMT), diikuti dengan gempa bumi berukuran 6.4 magnitud beberapa minit kemudian di wilayah selatan negara tersebut, Gaziantep dan gempa bumi berskala 7.6 magnitud jam 1:24 petang waktu tempatan (1024 GMT) di Wilayah Kahramanmaras.

Selepas berlakunya gempa bumi tersebut, syarikat subordinat Zoomlion berpangkalan di Türkiye segera menghantar sebuah pasukan penyelamat yang terdiri daripada jurutera perkhidmatan profesional dan operator mesin ke kawasan bencana, membawa selimut elektrik, ubat-ubatan kecemasan, makanan dan 5 set kelengkapan pengorek.

Sebagai salah satu pasukan penyelamat Cina pertama yang tiba di kawasan yang dilanda gempa bumi itu, pasukan penyelamat Zoomlion telah dapat membantu menyelamatkan empat mangsa yang terperangkap dan mengambil bahagian dalam usaha bantuan gempa bumi.

Yu Ke, jurutera perkhidmatan Zoomlion yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja menyelamat berkata bahawa "selepas pasukan penyelamat kami dan kelengkapan pengorek tiba di tempat kejadian, kami segera mengambil bahagian dalam kerja-kerja menyelamat mangsa yang terperangkap di bawah bangunan yang runtuh setinggi enam tingkat. Setakat ini, kami telah membantu menyelamatkan empat mangsa yang terperangkap dan cuba menyelamatkan lebih ramai mangsa."

Syarikat ini turut membantu menyediakan peralatan menyelamat. Setakat ini, sejumlah 18 mesin pengorek telah dihantar ke kawasan bencana untuk membantu usaha menyelamat.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/332681.html

 

Source: Xinhua Silk Road
Related Stocks:
OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Keywords: Machinery Mining/Metals Publishing/Information Service Corporate Social Responsibility Natural Disasters