omniture

'Program Pascasiswazah 100% Dalam Talian Taylor's' Tawar Pendidikan Fleksibel Bila-bila Masa, Di Mana-mana

Taylor's University
2023-02-11 14:42 45

SUBANG JAYA, Malaysia, 11 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Menyedari keinginan seseorang untuk meneroka jalan baharu, belajar dan memperbaiki diri mereka, Taylor's University melancarkan secara rasmi 'Program Pascasiswazah 100% Dalam Talian Taylor's' ('Taylor's 100% Online Postgraduate Programmes'). Diatur dengan teliti oleh sekumpulan pakar, pengalaman pembelajaran yang tak segerak ini menggabungkan kandungan bersaiz amat kecil melalui pembelajaran-nano bagi membantu pelajar meningkatkan kemahiran dan memperbaharui kemahiran mereka, bila-bila masa, di mana-mana sahaja.

Pierre-Louis Genier, Pro Vice-Chancellor of Taylor’s Digital and Professor Dr Pradeep Nair, Taylor’s University Deputy Vice-Chancellor and Chief Academic Officer at the official launch of Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes
Pierre-Louis Genier, Pro Vice-Chancellor of Taylor’s Digital and Professor Dr Pradeep Nair, Taylor’s University Deputy Vice-Chancellor and Chief Academic Officer at the official launch of Taylor’s 100% Online Postgraduate Programmes

Individu yang bekerja teragak-agak untuk meninggalkan kerjaya mereka bagi melanjutkan pengajian terutamanya apabila mereka perlu mencari keseimbangan antara kerja-kehidupan-belajar. Mengetahui hal ini, Program Pascasiswazah 100% Dalam Talian Taylor's menawarkan kefleksibelan dengan kaedah pembelajaran-nano yang menyediakan video bersaiz amat kecil dan kandungan yang interaktif untuk pembelajaran.

Dengan pelaburan sebanyak RM5 juta, Taylor's Digital menerajui program-program dalam talian sepenuhnya dan memanfaatkan pereka bentuk, pengaturcara dan pasukan audio-visual pembelajaran mereka yang berpengalaman untuk menghasilkan kandungan pembelajaran-nano. Pelajar-pelajar boleh mendapat akses kepada perbincangan meja bulat, forum dan sistem sokongan khusus untuk berinteraksi dengan rakan-rakan kursus serta pensyarah-pensyarah mereka dan mendapat sesi perangkaian eksklusif bersama peneraju industri.

Kursus-kursus seperti Sijil Pascasiswazah dalam Pendidikan, Sarjana Pengkomputeran Gunaan, Sarjana Pengajaran & Pembelajaran, Sarjana Pengurusan Perhotelan Global dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan disediakan melalui lima pengambilan berbeza dalam bulan Januari, Mac, Jun, Ogos atau Oktober.

Lesu upaya dan penurunan dalam penglibatan pekerja telahpun diperhatikan di tempat kerja sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mengakibatkan Peletakan Jawatan yang Besar. Menurut kajian daripada McKinsey & Company, 40% daripada tenaga kerja global berhasrat untuk meletakkan jawatan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pekerjaan mereka. Oleh yang demikian, majikan harus menawarkan peluang kepada pekerja mereka untuk meningkatkan kemahiran dan memperbaharui kemahiran mereka.

"Perubahan industri yang pesat dan jurang bakat yang terhasil pada skala tempatan dan global memerlukan tenaga kerja pada hari ini dibekalkan dengan kemahiran baharu dan pengetahuan dalam pelbagai bidang bagi memajukan kerjaya mereka. Namun begitu, individu dewasa yang bekerja menghadapi cabaran dengan masa dan kefleksibelan untuk melanjutkan pengajian mereka. Program Pascasiswazah 100% Dalam Talian Taylor's dapat menangani dilema ini kerana ia memberi peluang kepada semua orang untuk melanjutkan pengajian mereka melalui kandungan bersaiz amat kecil yang amat fleksibel dan dalam masa yang sama mengekalkan persekitaran pembelajaran sosial yang sihat," kata Profesor Dr Pradeep Nair, Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik, Taylor's University.

Taylor's University ialah universiti swasta yang terkemuka di Asia Tenggara dan merupakan salah satu daripada sebahagian kecil institusi dengan jaringan industri yang kukuh di rantau ini. Peneraju industri pendidikan yang berwibawa ini telah dianugerahkan dengan penarafan QS 5 Stars bagi Pembelajaran Dalam Talian, lantas memastikan kejayaan seseorang pelajar selepas menamatkan pengajian mereka bersama Taylor's University.

 

 
Source: Taylor's University
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education Multimedia/Online/Internet New products/services