omniture

/C O R R E C T I O N -- DoctorOnCall/

DoctorOnCall
2023-02-17 08:00 34

In the news release, NCSM dan DoctorOnCall Bergabung untuk Mempromosikan Vaksinasi COVID-19 dan Dos Penggalak Secara Percuma (Termasuk Di Tapak dan Rumah-ke-Rumah), issued 12-Feb-2023 by DoctorOnCall over PR Newswire, we are advised by the company that the 7th paragraph, 1st sentence, should read "Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan vaksinasi COVID-19 percuma ini, sila layani laman web DoctorOnCall di https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/covid-19-vaccine-booster-shots/ atau hubungi NCSM di talian 014-7620739 atau e-mel care-outreach@cancer.org.my." rather than "Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan vaksinasi COVID-19 percuma ini, sila layani laman web DoctorOnCall di https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/covid-19-vaccine-booster-shots/ atau hubungi NCSM di talian 014-7620730." as originally issued inadvertently. The complete, corrected release follows:

NCSM dan DoctorOnCall Bergabung untuk Mempromosikan Vaksinasi COVID-19 dan Dos Penggalak Secara Percuma (Termasuk Di Tapak dan Rumah-ke-Rumah)

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia) (NCSM) dan DoctorOnCall dengan bangganya mengumumkan kolaborasi yang berterusan dalam meningkatkan kesedaran tentang kepentingan dan kemudahan akses vaksin COVID-19, termasuk suntikan dos penggalak. Sebagai rakan kongsi kesihatan yang dipercayai, NCSM dan DoctorOnCall telah bekerjasama sejak Disember 2020 untuk meningkatkan akses dan kadar mampu milik perkhidmatan perubatan bagi pesakit.

Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM dengan Chiak Tang, Ketua Pengarah Operasi, DoctorOnCall
Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM dengan Chiak Tang, Ketua Pengarah Operasi, DoctorOnCall

Sejak Disember 2020, kedua-dua organisasi telah bekerjasama dalam beberapa inisiatif, termasuk kempen "Think Pink" pada Bulan Kanser Payudara 2021, "Together We Rise" pada tahun 2022, dan "Brovember" pada Bulan November 2022 dan terkini, Hari Kanser Sedunia 2023.

Sepakatan dengan hubungan yang terjalin ini, dengan pandemik COVID-19 yang masih berterusan, keperluan vaksin yang selamat dan berkesan adalah kini lebih penting tanpa menimbulkan beban kewangan kepada yang lebih memerlukan. Kerjasama di antara kedua-dua organisasi melambangkan tonggak penting dalam perjuangan berterusan melawan COVID-19.

Dalam usaha untuk membuat proses vaksinasi mudah dan selesa, NCSM dan DoctorOnCall menawarkan vaksin COVID-19 dan suntikan dos penggalak secara percuma melalui tiga perkhidmatan utama.

1. Vaksinasi Individu: Individu yang berumur 12 tahun ke atas boleh menentukan masa yang sesuai untuk penerimaan vaksin atau dos penggalak.

  • Lokasi: Ibu Pejabat NCSM Kuala Lumpur - 66, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, 50300 KL.
  • Hari & Masa:
    • Isnin hingga Jumaat: 9:00 pagi hingga 3:00 petang.
    • Sabtu: 9:00 pagi hingga 12.30 tengahari.

2.  Vaksinasi Berkumpulan dan Komuniti Di Tapak (hanya di Semenanjung Malaysia): Sesuai untuk syarikat/kumpulan komuniti yang ingin memastikan kesihatan dan keselamatan pekerja/ahli mereka di tempat kerja/komuniti.

  • Minimum 30 orang.
  • Tiada caj pengangkutan.

3.  Vaksinasi Rumah ke Rumah (hanya di Semenanjung Malaysia): Disediakan khas untuk mereka yang sakit tenat, terlantar atau mempunyai penyakit kronik. Pilihan ini memastikan bahawa setiap orang mendapat akses kepada vaksin, tanpa mengira keupayaan mereka untuk bergerak.

  • Tersedia untuk pesakit, penjaga dan/atau ahli keluarga.

"Semasa kemuncak COVID-19, NCSM telah melancarkan program vaksinasi jangkauan untuk memastikan tiada golongan tertinggal dalam memperolehi vaksinasi dan kami masih belum berhenti. Kami masih menawarkan suntikan penggalak vaksin COVID-19 di klinik kami serta memenuhi permintaan daripada institusi korporat. NCSM juga menjalankan lawatan rumah ke rumah bagi mereka yang mempunyai keperluan khas, warga tua, pesakit tenat dan terlantar. Melalui kerjasama dengan DoctorOnCall ini, kami berharap dapat menjangkau lebih ramai individu dengan menyediakan akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan penjagaan kesihatan kami." ulas Dr Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM. 

"Perubahan kearah digital akan merevolusi sektor kesihatan dengan menyediakan perkhidmatan kesihatan yang mudah diakses, dipercayai dan spesifik bagi membolehkan pesakit, terutamanya yang lebih memerlukan, untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang diinginkan pada bila-bila masa, di mana sahaja. Inisiatif bersama NCSM ini adalah sebuah kerjasama simbiotik yang jelas antara dua pihak di mana masyarakat berpeluang untuk mendapatkan manfaat besar dari segi kemudahan akses kepada perkhidmatan kesihatan," kata Chiak Tang, Ketua Pengarah Operasi, DoctorOnCall.

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan vaksinasi COVID-19 percuma ini, sila layani laman web DoctorOnCall di https://www.doctoroncall.com.my/find-doctor/covid-19-vaccine-booster-shots/ atau hubungi NCSM di talian 014-7620739 atau e-mel care-outreach@cancer.org.my.

Source: DoctorOnCall
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Social Responsibility Licensing/marketing agreements Not for profit