omniture

Global Media Group Sanjung Tinggi Produk Tenaga Baharu GWM di Australia

GWM
2023-02-13 08:05 70

BAODING, China, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, GWM, salah satu pengeluar automobil yang terbesar di China, memperkenalkan produk tenaga baharunya yang terkini di acara pandu uji media globalnya di Australia. Di persidangan acara tersebut, pengarah yang bertanggungjawab ke atas GWM Australia secara sistematiknya memperlihatkan kepada media akan kesungguhan GWM untuk membangunkan pasaran tenaga baharu dan rancangan strategik luar negara ONE GWM mereka untuk produk NEV, termasuk pembinaan susun atur penyelidikan dan pembangunan (R&D) global berdasarkan kepada Forest Ecosystem.

Global Media Group Menyanjung Tinggi Produk Tenaga Baharu GWM di Australia
Global Media Group Menyanjung Tinggi Produk Tenaga Baharu GWM di Australia

Memandangkan acara pandu uji diadakan di AARC, tempat pandu uji profesional yang berprestij di Melbourne yang meliputi hampir kesemua senario pemanduan di Australia, ujian yang menyeluruh telahpun dijalankan selanjutnya untuk prestasi pemanduan kenderaan, ketahanan, hingar, brek dan sistem kawalan cengkaman, dsb.

HAVAL H6 HEV mula dilancarkan di Australia. Jualannya yang semakin meningkat membolehkan jenama ini dimasukkan ke dalam senarai pembelian ramai pengguna Australia sebagai model hibrid. Melalui pandu uji kali ini, media bersetuju secara meluas bahawa teknologi hibrid model ini, serta teknologi yang begitu mantap, akan menjadi titik sokongan yang kukuh untuk membantu GWM menjadi jenama arus perdana di Australia.

Siri GWM ORA membuat kemunculan sulungnya di Australia di acara tersebut. Reka bentuk canggih bergaya yang terkini dan keupayaan produk yang komprehensif daripada jenama ini membantu GWM ORA mendapat pujian dan pengiktirafan sebulat suara daripada media dalam pandu uji. Tatkala kedua-dua model elektrik tulen ini muncul, media terus mengambil gambarnya, kerana mereka pada awalnya kagum dengan reka bentuknya yang diperkemas dan selanjutnya oleh pecutan dan kelancaran yang merupakan ciri kenderaan elektrik tulen. Media yakin bahawa siri GWM ORA akan mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas pasaran tenaga baharu Australia.

Di Australia, syurga kenderaan luar-jalan, GWM TANK300 kekal popular di sana. Media bersungguh-sungguh ingin mengetahui prestasinya yang pintar, mewah dan luar-jalan, GWM TANK300 memenuhi jangkaan mereka dan amat berjaya dalam memberi tindak balas dalam senario mendaki cerun dan randuk, seterusnya benar-benar layak mendapat reputasi sebagai "kenderaan luar-jalan mewah".

Selepas acara tersebut, media antarabangsa yang hadir memberi pujian tinggi terhadap aktiviti tersebut. Mereka berkata pandu uji kenderaan tenaga baharu GWM yang intensif ini memberi peluang kepada mereka untuk merasai pengalaman teknologi GWM yang terkemuka dalam bidang elektrik hibrid dan tulen serta merasai kekuatan dan keyakinan GWM dalam pasaran Australia. Selanjutnya, GWM menganjurkan sebuah persidangan yang terdiri daripada lebih 100 wakil penjual di Australia untuk meningkatkan keyakinan mereka.

Ketika ini, GWM memperkenalkan pelbagai produk tenaga baharu di seluruh dunia, dengan model-model tenaga baharu seperti siri GWM TANK dan siri GWM ORA akan diperkenalkan tidak lama lagi di Australia dalam tahun 2023.

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Internet Technology Publishing/Information Service Retail Telecommunications Transportation New products/services