omniture

Huawei dan rakan-rakan kongsi menang World AI Cannes Festival Special Prize kerana melindungi ikan salmon Atlantik liar terancam Norway

Huawei
2023-02-13 09:56 37

CANNES, France, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Huawei dan rakan-rakan kongsinya dianugerahkan Neurons Awards Special Jury Prize semalam di World AI Cannes Festival 2023 untuk penyelesaian berasaskan AI bagi melindungi ikan salmon Atlantik liar terancam yang berasal dari Norway.

 

Ikan salmon Atlantik liar merupakan bahagian yang penting bagi identiti, budaya dan ekonomi Norway. Walau bagaimanapun, bilangannya telah berkurangan separuh sejak tahun 1980-an ekoran pembiakan ikan salmon Pasifik (turut dikenali sebagai salmon merah jambu atau kelasa), spesies invasif yang jauh mengatasi spesies Atlantiknya untuk mendapatkan sumber dan bertelur dalam jumlah yang besar.

Pada tahun 2021 di bawah inisiatif TECH4ALL Huawei, Huawei bekerjasama dengan Berlevåg Jeger-og Fiskerforening (BJFF), sebuah persatuan pemburu dan pemancing tempatan, bagi mereka bentuk dan menggunakan sistem penapisan berasaskan AI bagi mengelakkan penyebaran ikan salmon Pasifik di sungai-sungai Norway, dengan projek perintis ini diadakan di Sungai Storelva di Berlevåg. Penyelesaian ini menggunakan teknologi video bawah air dan AI bagi mengenal pasti ikan salmon Pasifik, dengan sistem pagar automatik menyaring spesies invasif ke dalam tangki penyimpan dan mengelakkannya daripada berenang ke hulu untuk membiak. Sistem ini membolehkan ikan salmon Atlantik liar dan ikan salmon tompok merah Artik melaluinya untuk melengkapkan kitaran pembiakannya.

Selain memelihara biodiversiti tempatan, kelangsungan hidup iklan salmon Atlantik liar adalah amat penting untuk industri perikanan Norway kerana gen untuk ikan salmon ternakan diambil daripada ikan salmon liar.

"Ikan salmon liar Norway diancam oleh spesies-spesies lain termasuk salmon kelasa dan salmon ternakan yang terlepas. Sistem pemantauan menggunakan AI dapat membantu menghentikan hal ini dan mengupayakan pengurusan sungai kalis masa depan," kata Tor Schulstad, Pentadbir untuk BJFF.

Dengan platform Ascend Huawei menyediakan infrastruktur pengkomputeran penyelesaian ini, rakan-rakan kongsi tempatan Simula Consulting dan Troll Systems masing-masing membangunkan algoritma pengecaman dan mekanisme pengisihan automatik.

"Ia telah menjadi satu projek yang amat mengujakan dan memotivasikan untuk menjadi sebahagian daripadanya. Di Simula Consulting, kami berusaha untuk menjadikan teknologi mendalam tersedia buat semua dan amat menggembirakan apabila melihat ia boleh melibatkan haiwan liar," kata Dr. Omar Richardson, Pemangku Ketua Pegawai Teknologi untuk Simula Consulting.

 

Diperkenalkan pada tahun ini di World AI Cannes Festival, Neurons Awards Special Jury Prize mengiktiraf projek-projek yang menggunakan AI demi kebaikan bersama dan penciptaan masa depan yang lebih baik. Pemenang dipilih oleh juri yang terdiri daripada 12 wakil daripada dunia perniagaan, bidang akademik dan komuniti politik.

"Kami berbesar hati kerana memenangi Neurons Awards Special Prize pertama di WAICF. Huawei benar-benar percaya akan kuasa teknologi digital untuk membina sebuah masyarakat yang lebih inklusif dan mampan," kata Zhang Minggang, Timbalan Pengarah Urusan Huawei France. "Projek ini merupakan bukti bahawa AI mencetuskan perbezaan dalam melindungi planet ini dan kami akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi kami bagi membawa perubahan melalui inovasi. Dengan keyakinan inilah kami melancarkan inisiatif TECH4ALL kami, yang melaluinya Huawei telahpun terlibat dalam berpuluh-puluh projek yang memberi impak positif ke atas komuniti, orang ramai dan alam sekitar di seluruh dunia."

Susulan kejayaan perintis di Berlevåg, penyelesaian boleh diskala itu berpotensi diperluaskan kepada sistem 500 batang sungai Norway yang turut menghadapi masalah yang sama dengan ikan salmon Pasifik invasif.

Latar Belakang Huawei TECH4ALL 

TECH4ALL ialah inisiatif rangkuman digital jangka panjang Huawei yang bertujuan agar tidak meninggalkan sesiapapun dalam dunia digital ini. Ia memfokuskan kepada empat domain: mengupayakan kesamarataan dan kualiti pendidikan, memulihara alam semula jadi dengan teknologi, mendayakan penjagaan kesihatan yang inklusif dan pembangunan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang Huawei TECH4ALL di https://www.huawei.com/en/tech4all

Ikuti kami di Twitter melalui

https://twitter.com/HUAWEI_TECH4ALL 

 

Source: Huawei
Keywords: Computer/Electronics Education Environmental Products & Services Telecommunications Animals/Pets Awards