omniture

ACE Green Recycling dan STC Jalin Kerjasama untuk Pembekalan Peralatan Kitar Semula Bateri

ACE Green Recycling
2023-02-13 19:55 138

Kolaborasi untuk meningkatkan kecekapan projek-projek kitar semula global

Houston, 13 Februari 2023 /PRNewswire/ -- ACE Green Recycling (ACE), platform teknologi dan rantaian bekalan bersepadu untuk bahan bateri, baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan STC, sebuah syarikat kejuruteraan, perolehan pengurusan dan pembinaan Eropah terkemuka yang mengkhusus dalam membina kilang serta peralatan untuk kitar semula bateri dan pengeluaran plumbum.


Melalui kolaborasi yang strategik ini, STC akan membina kemudahan kitar semula bateri yang menyediakan pengilangan peralatan kitar semula dan aktiviti-aktiviti kejuruteraan dan pengurusan projek keseluruhan, mengintegrasikan teknologi proprietari STC dengan teknologi emisi Skop 1 sifar ACE untuk bateri plumbum dan ion-litium. STC dan ACE akan turut meninjau peluang untuk melesenkan dan memasarkan secara bersama teknologi kitar semula bateri mereka.

Giorgio La Sala, Ketua Pegawai Eksekutif STC, berkata, "Kami berharap agar sinergi antara ACE dan STC akan membantu industri kitar semula bateri meningkatkan lagi kecekapan kitar semula dan mengurangkan impak terhadap alam sekitar sekali gus menjamin kualiti yang andal dan kos yang lebih rendah mengikut prinsip-prinsip ekonomi kitaran."

ACE telah membangunkan portfolio teknologi tanpa emisi Skop 1 proprietari untuk mengitar semula bateri asid-plumbum dan ion-litium bagi mengekstrak bahan-bahan bateri yang kritikal. Teknologi hidrometalurgi proprietarinya dikuasakan secara eksklusif oleh tenaga elektrik, tanpa membebaskan gas rumah hijau dan memiliki hasil pemulihan yang menerajui pasaran.

"Kolaborasi ini memanfaatkan kepakaran STC dalam mengilangkan peralatan yang berkualiti tinggi dan pengurusan projek berskala besar berserta teknologi kitar semula bateri yang inovatif daripada ACE untuk membentuk satu perkongsian yang akan mentransformasikan aktiviti kitar semula bateri di peringkat global dengan mewujudkan kecekapan penggunaan yang lebih tinggi," kata Vipin Tyagi, pengasas bersama dan ketua pegawai teknologi ACE. "Kami komited terhadap pengelektrikan global yang mampan dan teruja untuk bekerjasama dengan STC bagi membantu kami melangkah maju menuju matlamat tersebut."

STC berpangkalan di Itali ini beroperasi dalam kitar semula bateri serta pengeluaran plumbum dan mempunyai projek-projek merentas Kesatuan Eropah, Amerika Utara dan Afrika. Syarikat ini merupakan sebahagian daripada Monbat Group dan beroperasi dalam sektor-sektor lain seperti kimia hidrometalurgi, elektrokimia, perlindungan terhadap alam sekitar dan perawatan air.

Kenyataan Pandang ke Hadapan

Dokumen ini mengandungi kenyataan pandangan ke hadapan tertentu berhubung keupayaan teknologi ACE dan aspirasi perniagaan pada masa depan. Semua kenyataan adalah berdasarkan kepada jangkaan semasa ACE dan melibatkan beberapa risiko perniagaan dan teknikal serta ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara daripada keputusan dijangkakan yang diterangkan, tersirat atau diunjurkan dalam mana-mana kenyataan pandang ke hadapan, tanpa had, kelulusan kawal selia, perubahan yang tidak dijangkakan dalam teknologi, ketidakpastian yang wujud dalam pembangunan teknologi, penskalaan dan pelancaran, perlindungan harta intelek serta sumber dan ketersediaan pembiayaan pihak ketiga.

Latar Belakang ACE Green Recycling

Latar Belakang STC

Source: ACE Green Recycling
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Conservation/Recycling Contracts