omniture

PEI-Genesis raikan pembukaan pejabat baharu di Singapura dan pengembangan berterusan Jejaknya di APAC Selatan

PEI-Genesis Singapore Pte Ltd
2023-02-14 14:00 15

SINGAPURA, 14 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Menerusi pertumbuhan berterusan perniagaan APAC kami, PEI-Genesis meraikan pembukaan pejabat jualan APAC Selatan baharu di Singapura. Sebuah upacara memotong reben diikuti oleh tarian singa telahpun diadakan bagi melambangkan pencapaian yang bertuah ini. Steven Fisher (Ketua Pegawai Eksekutif PEI-Genesis), Alex Tsui (Naib Presiden & Pengarah Urusan APAC) dan Bernard Koh (Pengarah Jualan Rantau Asia Selatan) menghadiri upacara tersebut bersama-sama pasukan Penasihat Jualan Dipercayai kami dari Singapura, Vietnam, Indonesia, Thailand, wakil-wakil daripada pelanggan akaun utama dan pembekal di Singapura.

PEI-Genesis celebrated the opening of Singapore Office
PEI-Genesis celebrated the opening of Singapore Office

PEI-Genesis menempatkan jejak pertamanya di APAC sejak tahun 2015. Hari ini di APAC, PEI-Genesis telah mempunyai Penasihat Jualan Dipercayai dalam 10 pasaran APAC utama iaitu Jepun, Korea Selatan, tanah besar China, Hong Kong, Taiwan, India, Singapura, Vietnam, Thailand dan Indonesia.

Sebagai salah satu rantau yang strategik, APAC Selatan mempunyai ekonomi pembuatan yang maju, yang menjadikannya amat menarik untuk PEI-Genesis. Pasukan pengurusan menyelesaikan pemilihan tapak dan memulakan pembinaan pejabat pada Oktober 2021, namun lantaran langkah-langkah pandemik Covid, kami hanya dapat merasmikan pembukaannya pada Disember 2022. Selain daripada Penasihat Jualan Dipercayai, pejabat baharu itu telah menyediakan pusat panggilan dan jurutera sokongan teknikal untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan tempatan dengan lebih cekap.

Alex Tsui (Naib Presiden & Pengarah Urusan APAC) berkata: "Kami sentiasa melabur untuk memiliki lebih ramai bakat bagi melibatkan diri dengan lebih erat bersama pelanggan tempatan kami, menyokong dan berkomunikasi dengan mereka, dan dalam masa yang sama kami juga mencari tapak pemasangan baharu bagi menyokong pelanggan Mil-Aero di rantau ini. Penubuhan pejabat APAC Selatan sekali lagi menunaikan janji PEI untuk meningkatkan kelajuan penghantaran, mencapai pengurusan inventori yang baik serta untuk mengukuhkan keupayaan perkhidmatan profesional pasukan tempatan."

Latar Belakang PEI-GENESIS

PEI-Genesis adalah salah satu pemasang terpantas bagi penyambung ketepatan dan pemasangan kabel di dunia. Daripada inventori komponen penyambung yang terbesar di dunia, kami membangunkan penyelesaian direkayasa yang menyokong sektor ketenteraan, perindustrian, perubatan, aeroangkasa, pengangkutan dan tenaga di seluruh dunia. Ibu pejabat terletak di Philadelphia USA, PEI-Genesis mempunyai infrastruktur pengeluaran di South Bend, IN; Southampton, UK; dan Zhuhai, China serta pejabat-pejabat jualan di seluruh benua Amerika, Eropah dan Asia. Maklumat lanjut boleh ditemui di PEI-Genesis.

Hubungi:
Eva Lau (Pengurus Pemasaran APAC, PEI-Genesis)
Eva.lau@peigenesis.com
+86-756-7619 207

Source: PEI-Genesis Singapore Pte Ltd
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Corporate Expansion