omniture

UNIVERSITI TEKNOLOGI PETRONAS PERKUKUH KOLABORASI BERSAMA INDUSTRI TENAGA DEMI KELESTARIAN

Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
2023-02-15 11:22 66

SERI ISKANDAR, Malaysia, 15 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) dan TotalEnergies EP Malaysia (TotalEnergies) telah mewujudkan jalinan kerjasama dengan menandatangani satu perjanjian geran penyelidikan untuk membangun  dan melaksanakan  teknologi penderiaan gentian optik terkini bagi  memantau pergerakan bendalir bawah tanah.

Dari kiri: Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Mohamed Firouz Asnan, Azmir Zamri dan Xavier Faugeras di majlis  menandatangani perjanjian.
Dari kiri: Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib, Mohamed Firouz Asnan, Azmir Zamri dan Xavier Faugeras di majlis  menandatangani perjanjian.

 Kerjasama  itu bertujuan untuk  mempertingkatkan pemahaman dan pengurusan bendalir bawah tanah, penyimpanan karbon serta sistem lapangan minyak dan gas, penggunaan Pengimejan Penderiaan Akustik Tersebar (Distributed Acoustic Sensing, DAS), teknologi penderiaan seismik gentian-optik serta analisis ramalan (Predictive Analytics) dan pengvisualan data (Data Visualization) dengan menggunakan pembelajaran mesin (Machine Learning).

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Naib-Canselor UTP Profesor Ts Dr Mohamed Ibrahim Abdul Mutalib  manakala TotalEnergies diwakili oleh Pengurus Besarnya  Xavier Faugeras.

Pemeteraian perjanjian tersebut turut disaksikan oleh Naib Presiden Kanan Pengurusan  Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan dan Pengurus Besar Kanan Penerokaan Sumber MPM PETRONAS Azmir Zamri. 

Menurut Mohamed Ibrahim, "Kami berasa teruja untuk bekerjasama dengan TotalEnergies, sebuah syarikat  multi-tenaga bertaraf global yang  menghasilkan dan memasarkan tenaga  secara global  melalui projek penyelidikan ini. 

"Perkongsian ini akan menghimpunkan kepakaran dan sumber kedua-dua pihak yang akan tertumpu kepada penggunaan teknologi penderiaan gentian optik yang disokong oleh kaedah pemerolehan data, kaedah pengvisualan bawah tanah dan interpretasi imej yang  dibantu dengan  pengkomputeran berasaskan awan yang akan menghasilkan penyelesaian yang efektif bagi memantau bendalir bawah tanah," kata beliau. 

"Kolaborasi ini adalah satu bukti usaha berterusan UTP dalam merealisasikan aspirasinya untuk menjadi peneraju dalam bidang pendidikan teknologi dan pusat kecemerlangan untuk kreativiti dan inovasi.  Ia juga bagi menyokong inisiatif peralihan tenaga PETRONAS  untuk menuju ke arah Pelepasan Karbon Sifar Bersih (NZCE).

"Sebagai sebuah universiti yang terkemuka, UTP berperanan penting dalam meneroka inovasi dan ciptaan teknologi baharu untuk menjadikan institusi ini kekal relevan pada masa hadapan. Matlamat kami adalah untuk menjadi pusat penyelesaian teknologi bagi industri melalui  kepakaran, pengalaman dan kemudahan penyelidikan yang memenuhi keperluan serta piawaian industri," kata Mohamed Ibrahim.

Sementara itu, Faugeras berkata, "TotalEnergies berasa amat berbesar hati   bekerjasama dengan UTP dalam projek penyelidikan ini. . Ketika  kita  perlu  menyelesaikan cabaran peralihan tenaga, ia merupakan peluang yang terbaik  untuk menjalinkan  hubungan bersama sebuah institusi  pengajian tinggi yang utama di Malaysia."

Pada hari yang sama, terdapat juga satu sesi penglibatan dan lawatan ke kampus UTP untuk delegasi-delegasi utama Kontraktor Pengaturan Petroleum  (PAC) yang beroperasi di Malaysia  daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc., EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd., Hess Exploration and Production Malaysia B.V., Jadestone Energy (PM) Inc., Mubadala Energy, Petrofac (Malaysia-PM304) Limited, SK Earthon Co. Ltd., TotalEnergies EP Malaysia, POSCO International E&P Malaysia Sdn. Bhd., Sea Hibiscus Sdn. Bhd., Hibiscus Oil & Gas Malaysia Limited, Shell, JX Nippon Oil & Gas Exploration (Malaysia) Limited, International Petroleum Corporation Malaysia B.V., PTT Exploration and Production, SapuraOMV Upstream (Sarawak) Inc. dan ConocoPhillips Malaysia.

Ini merupakan salah satu daripada inisiatif PETRONAS untuk memperkukuhkan kolaborasi di antara UTP dan-industri. Tatkala UTP mempersiapkan tenaga kerja untuk industri, kedua-dua program ti ini memberikan peluang kepada industri  untuk menglibatkan diri,  menyumbang  serta memainkan peranan yang aktif dalam membangunkan dan membentuk pelajar yang menjadi rebutan  industri.

Latar Belakang Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)

UTP ditubuhkan pada tahun 1997 dan merupakan sebuah universiti swasta yang terkemuka di Malaysia.

UTP menawarkan  pelbagai program kejuruteraan, sains dan teknologi yang relevan dengan industri di peringkat sarjana muda dan pascasiswazah.  Institusi ini bermatlamat  untuk menghasilkan siswazah yang berpengetahuan luas yang memiliki kualiti kepimpinan dan keupayaan komunikasi yang cemerlang.

Universiti ini telah menghasilkan lebih daripada 23,000 siswazah dari lebih 60 negara dan menjadi salah satu penyumbang utama di rantau ini dalam menghasilkan bakat dan tenaga kerja yang cekap.

Ketika ini, ia mencatatkan kemasukan lebih 1,200 pelajar asasi, lebih daripada 4,300 mahasiswa dan lebih 1,100 pelajar pasca-siswazah dari lebih 40 negara di serata dunia.

Universiti ini menjalankan aktiviti-aktiviti penyelidikan yang meluas dengan kerjasama PETRONAS,  institusi-institusi serta industri-industri, di dalam dan luar negara,  dalam enam fokus penyelidikan dan bidang khusus. Enam fokus tersebut adalah  bangunan mampan-kendiri, infrastruktur pengangkutan, analisis kesihatan, pemulihan hidrokarbon, pengurusan bahan cemar dan sistem autonomi. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.utp.edu.my

Source: Universiti Teknologi PETRONAS (UTP)
Keywords: Alternative Energies Education Environmental Products & Services Higher Education Oil/Energy Utilities Licensing/marketing agreements