omniture

SKIM PELABURAN MUDARABAH LAUNDRYBAR TERUS CATAT PULANGAN KONSISTEN BAGI TAHUN 2022

City Coin Laundry Sdn Bhd
2023-02-15 15:33 26

KUALA LUMPUR, Malaysia, 15 Februari 2023 /PRNewswire/ -- SKIM Pelaburan Mudarabah Laundrybar tahun 2022 terus mencatat pulangan pelaburan yang konsisten selepas tempoh perlahan berikutan pandemik COVID-19 sebelum ini.

SKIM PELABURAN MUDARABAH LAUNDRYBAR TERUS CATAT PULANGAN KONSISTEN BAGI TAHUN 2022
SKIM PELABURAN MUDARABAH LAUNDRYBAR TERUS CATAT PULANGAN KONSISTEN BAGI TAHUN 2022

Bagi semua pelabur Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar, tempoh sukar sebelum ini tidak menjadi halangan untuk terus memberi kepercayaan sekaligus meraih pulangan pelaburan yang tinggi bagi tahun 2022.

Menurut kenyataan yang diumumkan oleh Laundrybar, pelabur-pelabur menerima pulangan sebanyak 8.0 peratus, ditambah pula dengan 0.5 peratus bonus.

"Kami berbangga kerana secara konsisten memenuhi janji kami untuk pulangan pelaburan yang tinggi. Sejak 2019, kami telah membayar sekurang-kurangnya 8.0 peratus dan bonus 0.5 peratus untuk semua pelaburan, dan tahun ini tidak terkecuali.

"Kami sangat teruja untuk mengumumkan hasil sementara kami untuk tahun 2022 dan ia lebih baik daripada sebelumnya," jelas kenyataan tersebut.

Apa yang menarik pulangan yang positif ini adalah hasil daripada kerja keras semua pihak. Kerja keras dan dedikasi kami telah membuahkan hasil dan kami berbesar hati untuk mengumumkan hasil interim sebanyak 8.0 peratus.

"Dan bukan itu sahaja, sebagai ucapan terima kasih khas atas sokongan berterusan anda, kami menawarkan bonus tambahan 0.5 peratus untuk semua pelaburan yang dibuat pada tahun 2022."

Pengumuman tersebut dibuat dalam satu majlis meraikan 80 orang pelabur Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar di Dorsett Hartamas pada 11 Februari 2023 oleh Pengarah Urusan Kumpulan Laundrybar, Paul Ang.

Sebagai rekod, Skim Pelaburan Mudarabah Laundrybar mencatat pulangan yang memberangsangkan sejak diperkenalkan pada tahun 2019 iaitu memulakan penanda aras dengan catatan pulangan lapan peratus bersama 0.5 peratus bonus.

REKOD PULANGAN PELABURAN:

2019 : 8% + Bonus 0.5%
2020 : 8% + Bonus 0.5%
2021 : 8% + Bonus 0.5%
2022 : 8% + Bonus 0.5%

Source: City Coin Laundry Sdn Bhd
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Retail Earnings