omniture

CGTN: China, Iran mendorong kemajuan baharu dalam perkongsian strategik komprehensif

CGTN
2023-02-16 01:48 69

BEIJING, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Dalam menghadapi perubahan yang rumit di dunia, zaman dan sejarah, hubungan antara China dan Iran telah mengharungi ujian yang melibatkan pelbagai jatuh bangun di peringkat antarabangsa.

Semasa perbincangan antara Presiden Cina Xi Jinping dan Presiden Iran Ebrahim Raisi pada hari Selasa di Beijing, kedua-dua pemimpin komited untuk mempererat dan menaik taraf perkongsian kedua-dua negara.

China akan membangunkan kerjasamaa yang mesra tanpa berbelah bahagi bersama Iran untuk menggalakkan perkongsian strategik komprehensif China-Iran demi pembangunan baharu, Xi memberitahu Raisi yang mengadakan lawatan negara pertama beliau ke China.

Bagi pihak beliau, Raisi berkata persahabatan yang diuji oleh masa itu telah menjadi semakin kukuh seiring berlalunya masa.

Rakan-rakan strategik yang tulus

China dan Iran telah menyokong satu sama lain, berusaha bersama-sama untuk memerangi pandemik COVID-19, mengukuhkan kepercayaan bersama yang strategik dan melakar kemajuan yang mantap dalam kerjasama praktikal, yang telah menggalakkan kepentingan bersama dan melindungi kesaksamaan dan keadilan antarabangsa, kata Xi.

Negara ini kekal menjadi rakan dagangan terbesar Iran selama bertahun-tahun. Dari Januari hingga Ogos 2022, volum dagangan dua hala antara China dan Iran mencecah $11.16 bilion, satu peningkatan sebanyak 19 peratus berbanding tahun sebelumnya, yang mana eksport China ke Iran mencecah $6.214 bilion, satu peningkatan sebanyak 24 peratus berbanding tahun sebelumnya manakala import China mencecah $4.946 bilion, satu peningkatan sebanyak 14 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2022, kedua-dua pihak membuat pengumuman bersama pelancaran pelaksanaan rancangan kerjasama komprehensif 25 tahun, bersetuju untuk meningkatkan kerjasama untuk tenaga, infrastruktur, kapasiti pengeluaran, sains dan teknologi serta perubatan dan penjagaan kesihatan.

Kedua-dua pemimpin berjanji untuk melaksanakan Rancangan Kerjasama Komprehensif Iran-China dengan baik di mesyuarat tersebut dan menyeru kerjasama yang diperkukuh dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, infrastruktur dan pertanian.

Raisi turut menyeru perusahaan Cina untuk melawat Iran bagi tujuan pelaburan dan perniagaan dan berkata beliau menjangkakan lebih ramai pelancong Cina akan melawat.

Mengamalkan multilateralisme sebenar

Mengekalkan kestabilan di Timur Tengah adalah kritikal demi kesejahteraan negara-negara dan rakyat di rantau ini; ia juga penting untuk mengekalkan keamanan dunia, menggalakkan pembangunan ekonomi global dan memastikan bekalan tenaga yang stabil.

Pada September 2022, mesyuarat ke-22 Majlis Ketua-ketua Negara Shanghai Cooperation Organization (SCO) menandatangani memorandum berhubung keahlian Iran dalam SCO dan Raisi mengeluarkan perintah untuk melaksanakan undang-undang berhubung keahlian Iran dalam SCO pada 7 Februari 2023.

Menyokong dan mengambil bahagian dengan aktif dalam Inisiatif Jalur dan Jalan, Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Sekuriti Global yang dicadangkan oleh China, Raisi berkata Iran akan mengekalkan kerjasama yang baik bersama majlis-majlis organisasi seperti SCO dan bersama-sama melindungi keamanan dan kestabilan serantau dan juga dunia.

Xi berkata China bersedia untuk bekerjasama dengan Iran bagi mengukuhkan komunikasi dan penyelarasan pada pelbagai platform seperti PBB dan SCO, mengamalkan multilateralisme sebenar dan melindungi kepentingan bersama negara-negara sedang membangun.

China akan terus bersama-sama membina kerjasama Jalur dan Jalan dengan Iran, bertujuan untuk meningkatkan keterhubungan dan meluaskan pertukaran sesama rakyat dan budaya, tambah Xi.

https://news.cgtn.com/news/2023-02-14/Xi-holds-talks-with-Iranian-president-1hq5yH3mBdC/index.html

 

 

 

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Contracts