omniture

Epiroc mempersembahkan trak lombong bawah tanah pertama dunia dibuat menggunakan keluli tanpa fosil daripada SSAB

SSAB
2023-02-16 02:03 17

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Epiroc mempelopori prototaip trak lombong bawah tanah bateri-elektrik yang dibuat menggunakan keluli tanpa fosil daripada SSAB. Prototaip tersebut, iaitu Minetruck MT42 Battery mempunyai kotak buang yang diperbuat daripada keluli tanpa fosil. Hasilnya akan membawakan pengurangan 10-tan emisi CO2 bagi setiap kotak buang, bersamaan dengan menyingkirkan lima kereta gasolin daripada jalan raya sepanjang tahun.

"Pembangunan teknologi baharu penting untuk mengupayakan peralihan kepada ekonomi rendah karbon," kata Johnny Sjöström, ketua SSAB Special Steels. "Keluli tanpa fosil kami mengurangkan jejak karbon serta merta kepada hampir sifar tanpa menjejaskan kualiti tinggi dan sifat-sifat yang anda harapkan daripada keluli SSAB. Ia merupakan keluli yang sama, hanya tanpa impak alam sekitar yang negatif."

Perkongsian ini akan membantu Epiroc mempercepatkan perjalanannya untuk mencipta masa depan yang lebih lestari, menyampaikan mesin yang paling mesra alam di dunia dan menyokong pelanggannya. "Agenda inovasi kami berjalan seiring dengan agenda kelestarian pelanggan kami," kata Sami Niiranen, Presiden bahagian Bawah Tanah Epiroc. "Dalam peralihan menuju ekonomi karbon-rendah yang baharu, produk dan perkhidmatan kami akan menjadi penyumbang penting kepada pelanggan kami bagi mencapai matlamat iklim mereka."

Minetruck MT42 Battery ialah satu kejayaan cemerlang dalam inovasi lestari Epiroc. Ia merupakan langkah yang signifikan dalam cita-cita syarikat ini untuk menghasilkan peralatan perlombongan pintar yang canggih dan mesra alam. Ia bebas emisi apabila beroperasi, menghasilkan impak positif yang kukuh ke atas iklim serta ke atas persekitaran kerja dan produktiviti operator.

"Kita semua memainkan peranan bagi mencipta masa depan yang lebih lestari," kata Camilla Goldbeck-Löwe, Naib Presiden Tanggungjawab Korporat di Epiroc. "Perkongsian kami bersama SSAB membolehkan kami untuk mempersembahkan trak lombong bawah tanah pertama di dunia yang dibuat menggunakan keluli tanpa fosil."

Tonton video tentang Minetruck MT42 bateri-elektrik, trak lombong bawah tanah pertama di dunia yang dibuat menggunakan keluli tanpa fosil.

Baca lebih lanjut tentang SSAB dan teknologi HYBRIT di sini: https://www.ssab.com/fossil-free-steel/hybrit-a-new-revolutionary-steelmaking-technology

 

 

 

 

 

Source: SSAB
Keywords: Construction/Building Machine Tools, Metalworking and metallurgy Machinery Mining/Metals