omniture

Lebih 100 Organisasi dan Institusi Berprestij Mengiktiraf Linguaskill untuk Kemasukan, Perekrutan, Latihan dan Pembangunan di Asia.

Cambridge University Press & Assessment
2023-02-16 14:25 76

SINGAPURA, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Linguaskill, ujian bahasa Inggeris berkuasa AI lanjutan untuk institusi pengajian tinggi serta sektor korporat yang dibangunkan oleh Cambridge University Press & Assessment, sebahagian daripada University of Cambridge, telah mendapat kepercayaan dan pengiktirafan daripada lebih 100 organisasi yang disegani dan berprestij di Asia sejak pelancarannya sekitar tiga tahun yang lalu. Ini terutamanya kerana Linguaskill telah terbukti tidak ternilai dalam membolehkan para institusi dan majikan di seluruh Asia memastikan calon serta pekerja mereka memiliki kemahiran bahasa yang diperlukan untuk bersaing di peringkat antarabangsa. 

Daripada lebih 100 organisasi ini, enam daripadanya merupakan kementerian dan agensi kerajaan. Ini termasuk MEXT Jepun (Kementerian Pendidikan, Kebudayaan, Sukan, Sains dan Teknologi), Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Pendidikan Swasta di Malaysia, Kementerian Pendidikan Thai, Kementerian Pendidikan Vietnam dan Institusi Perkhidmatan Pengajian Tinggi, wilayah DKI Jakarta.

Dari segi organisasi korporat, Linguaskill diguna pakai oleh lebih daripada 40 organisasi bereputasi baik di Asia untuk perekrutan, latihan dan pembangunan kakitangan. Organisasi-organisasi ini termasuk Japan Airlines, DHL Asia Pacific, Le Meridien Hotel Jakarta, Tokyo Olympics, PT Kino Indonesia TBK, PT Sinar Sosro, PT Mayora Indah TBK, Malaysian Dietary Supplement Association, Prince Court Medical Center Malaysia, antaranya.

Francesca Woodward, Pengarah Urusan Global Cambridge University Press & Assessment, berkata: "Linguaskill membantu majikan merekrut pekerja dengan kemahiran bahasa yang tepat – bukan sekadar pengetahuan yang pasif tentang bahasa Inggeris, tetapi kebolehan untuk berkomunikasi dengan efektif. Justeru itu, Linguaskill dibangunkan untuk mempermudah proses penentuan kemahiran bahasa pemohon dan mengaudit kemahiran bahasa kakitangan bagi merancang dan menilai latihan."

Linguaskill daripada Cambridge - Ujian bahasa Inggeris yang tepat dengan keputusan yang pantas
Linguaskill daripada Cambridge - Ujian bahasa Inggeris yang tepat dengan keputusan yang pantas

Di samping itu, lebih daripada 70 universiti dan institusi pengajian tinggi berprestij di seluruh Asia mengiktiraf Linguaskill sebagai kriteria kemasukan untuk pendaftaran pelajar bagi memastikan calon memiliki kemahiran bahasa Inggeris standard global yang betul. Bagi senarai universiti dan institusi ini, sila kunjungi https://www.cambridgeenglish.org/why-choose-us/global-recognition/

Linguaskill dihasilkan oleh Cambridge English, yang membangunkan peperiksaan yang terkemuka di dunia untuk pelajar dan guru bahasa, termasuk Cambridge English Qualifications dan IELTS. Ia meliputi empat kemahiran bahasa yang penting – mendengar, bertutur, membaca dan menulis menggunakan kecerdasan buatan (AI) termaju bagi menilai kemahiran bahasa dalam tempoh sesingkat 48 jam dengan tepat. Keputusan diselaraskan dengan Common European Framework of Reference (CEFR), piawaian global untuk menggambarkan kebolehan berbahasa.

Linguaskill menguji keempat-empat kemahiran bahasa - bertutur, menulis, membaca dan mendengar - dalam modul
Linguaskill menguji keempat-empat kemahiran bahasa - bertutur, menulis, membaca dan mendengar - dalam modul

Sebagai respons kepada permintaan yang sangat tinggi terhadap kemahiran bahasa Inggeris untuk pendidikan dan tempat kerja di seluruh dunia, Cambridge membangunkan Linguaskill Test. Peperiksaan berteknologi tinggi dan berasaskan komputer yang terdapat dalam 2 versi ini (Linguaskill General dan Linguaskill Business), merupakan penyelesaian penilaian bahasa Inggeris inovatif yang dicari-cari oleh institusi pendidikan dan majikan.

Mengapa begitu?

·  Ia tepat: Linguaskill disokong oleh kajian Cambridge dan diuji oleh penutur lebih 40 bahasa dari 50 negara bagi memastikan keandalan.

·  Ia adaptif: Ujian ini disesuaikan secara individu mengikut tahap keupayaan setiap calon, bagi memberi pengalaman yang diperibadikan.

·  Ia mudah: Linguaskill boleh dilaksanakan di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa dalam persekitaran ujian standard dan di bawah pengawasan standard.

·  Keputusannya pantas dan diiktiraf di peringkat antarabangsa: Anda akan menerima keputusan anda dalam tempoh 48 jam selepas menduduki ujian dengan keputusan segera untuk ujian Mendengar dan Membaca. Keputusan diiktiraf di peringkat antarabangsa kerana ia selaras dengan CEFR.

Mengapa memilih Linguaskill?

Linguaskill ialah ujian dalam talian yang cepat dan mudah untuk membantu organisasi-organisasi menyemak tahap penguasaan bahasa Inggeris calon individu dan kumpulan: http://www.cambridgeenglish.org/lingu... Video ini memperkenalkan Linguaskill dan menjelaskan faedah-faedah menggunakan ujian ini.

"Peperiksaan kami telah membantu lebih daripada 55 juta orang di seluruh dunia belajar bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. Pengalaman dan kepakaran unik kami memposisikan Cambridge di kedudukan utama untuk membantu merapatkan jurang komunikasi di rantau Asia Pasifik. Tatkala Asia terus mengantarabangsakan, kemahiran bahasa Inggeris yang lebih mantap akan membantu perniagaan membuka peluang dan bersaing di pentas global. Linguaskill akan membantu organisasi merekrut individu yang tepat dan membentuk program latihan yang lebih berkesan," tambah Francesca Woodward.

Linguaskill mudah dilaksanakan untuk calon individu atau kumpulan kerana ia merupakan satu ujian untuk individu daripada semua peringkat bermula daripada peringkat asas hingga lanjutan. Ujian dalam talian berbilang peringkat ini turut memudahkan pengujian dengan membolehkan organisasi mengendalikan dan mengawasi di tempat mereka sendiri. Dalam tempoh 48 jam, pentadbir ujian boleh mengakses laporan yang komprehensif dan mendalam. Kepantasan laporan membolehkan organisasi membuat keputusan bermaklumat untuk merekrut calon dengan kemahiran berbahasa yang betul dan membantu individu memperbaiki kemahiran berbahasa mereka dari semasa ke semasa.

Secara global, lebih daripada dua ribu organisasi telah mengguna pakai dan mengiktiraf Linguaskill. Syarikat-syarikat telahpun mengintegrasikan Linguaskill sebagai aspek utama dalam program latihan dalaman mereka. Beberapa kumpulan perbankan bekerjasama erat dengan Cambridge untuk menetapkan piawaian bahasa Inggeris dalaman merentas pelbagai peringkat pekerjaan. Linguaskill digunakan untuk menapis calon baharu dan menjadi alat bagi tujuan penilaian tahap kecekapan sebagai piawaian untuk kenaikan pangkat dalaman. Ia telah menjadi pendorong besar untuk kakitangan menghadiri program latihan bahasa.

Ketahui lebih lanjut tentang Linguaskill:

https://www.cambridgeenglish.org/exams-and-tests/linguaskill/

https://www.cambridgeenglish.org/my/exams-and-tests/linguaskill/

https://www.cambridgeenglish.org/jp/exams-and-tests/linguaskill/

https://www.cambridgeenglish.org/vn/exams-and-tests/linguaskill/

https://www.cambridgeenglish.org/id/

https://www.cambridgeenglish.org/th/

https://www.cambridgeenglish.org/kr/

Latar Belakang Cambridge University Press & Assessment

Cambridge English ialah penerbit dan pemilik bersama yang megah bagi IELTS, ujian bahasa Inggeris yang terkemuka di dunia untuk penghijrahan dan pengajian tinggi. Kami membantu berjuta-juta orang mempelajari bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia.

Sebagai sebahagian daripada University of Cambridge, kami menyediakan pelbagai kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia kepada pelajar dan guru bahasa Inggeris. Bagi kami, mempelajari bahasa Inggeris adalah lebih daripada sekadar peperiksaan dan gred. Ia melibatkan keyakinan untuk berkomunikasi dan mengakses pengalaman dan peluang sepanjang hayat yang memperkayakan.

Sama ada anda merancang untuk menetap, bekerja atau belajar di negara anda sendiri atau di luar negara, kami boleh memberikan kemahiran bahasa Inggeris kepada anda untuk berjaya. Kami menyediakan pelbagai kelayakan dan ujian yang terkemuka di dunia kepada pelajar dan guru bahasa Inggeris. Diiktiraf secara global oleh lebih daripada 25,000 universiti yang terkemuka, majikan dan kerajaan, penilaian kami yang berasaskan kajian merupakan lambang kecemerlangan yang membuka peluang. 

Bahasa Inggeris dituturkan di setiap pelosok dunia: bermula dari kafe hingga kampus, pasar ke bilik mesyuarat dan di mana-mana sahaja di antaranya. Kami melaksanakan peperiksaan di lebih 130 negara kepada lebih 5.5 juta orang setiap tahun. Kami menawarkan persediaan yang komprehensif, bahan dan sumber sokongan untuk belajar dan mengajar bahasa Inggeris. Melalui kajian selama bertahun-tahun, kami telah memperoleh pemahaman yang mendalam bagaimana orang ramai belajar bahasa. Ini membolehkan kami membangunkan penilaian yang dapat membantu pelajar memperoleh kemahiran yang tepat berdasarkan cara orang ramai menggunakan bahasa Inggeris pada hari ini.

Usaha kami disokong di seluruh dunia oleh jaringan 2,800 pusat peperiksaan, lebih 50,000 sekolah dan puluhan ribu pemeriksa, guru, pakar pendidikan dan penerbit. Dengan berusaha bersama-sama, kami memberi inspirasi kepada pelajar untuk melangkah lebih jauh.

Dengan sokongan yang tepat, mempelajari bahasa merupakan satu perjalanan yang mengujakan. Kami bersama anda pada setiap langkah perjalanan anda.

Apa yang kami percaya – Mempelajari bahasaa Inggeris adalah untuk berseronok dan menikmati bahasa yang membuka peluang di seluruh dunia.

Apa yang kami tawarkan – Bersama-sama guru dan rakan kongsi kami, kami berada di sini untuk menghubungkan dan memberi inspirasi kepada berjuta-juta orang dalam seluruh perjalanan pembelajaran bahasa Inggeris mereka, membantu mereka membuktikan kemahiran mereka dengan yakin kepada dunia.

Bagaimana kami menjayakannya dan impak yang kami berikan – Sebagai sebahagian sebuah universiti yang memiliki reputasi global untuk kecemerlangan akademik, kami mencetuskan pandangan yang diperoleh daripada penyelidikan mendalam, kepakaran dan pengalaman. Ini dapat memastikan pendekatan unik kami memenuhi keperluan kehidupan sebenar pelajar melalui produk dan perkhidmatan yang inklusif dan boleh dicapai.

Peranan global bahasa Inggeris – Sebagai bahasa global, bahasa Inggeris membuka peluang kepada pengalaman sepanjang hayat dan – kerana bahasa merupakan nadi dalam menjadi seorang manusia – kami membantu orang ramai di mana-mana sahaja berhubung, berkomunikasi dan menjadi lebih erat bersama-sama.

Apa yang kami janjikan – Dunia anda berkembang.

Source: Cambridge University Press & Assessment
Keywords: Computer/Electronics Education Higher Education