omniture

Coway Umum Keputusan Kewangan bagi Suku Keempat dan Tahun Fiskal 2022

Coway Co., Ltd.
2023-02-16 16:03 18
  • Hasil bagi suku keempat tahun 2022 Coway adalah sebanyak KRW 980.2 bilion (+3.6% YoY) dengan hasil tahunan KRW 3,856.1 bilion (+5.2% YoY)
  • Hasil suku keempat subsidiari-subsidiari luar negara berkembang kepada KRW 360.6 bilion (+19.6% YoY) dengan hasil tahunan KRW 1,401.9 bilion (+15.4% YoY)
  • Tumpuan Coway bagi tahun 2023 adalah meningkatkan daya saing pasaran global dengan produk dan perkhidmatan yang inovatif

SEOUL, Korea Selatan, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Coway Co., Ltd., "The Best Life Solution Company," melaporkan keputusan kewangannya bagi suku keempat dan tahun fiskal 2022.

"Pada tahun 2022, kami mencatatkan keputusan kewangan yang kukuh lantaran pelancaran produk kami yang inovatif, walaupun dengan keadaan pasaran yang mencabar," ujar Jangwon Seo, Ketua Pegawai Eksekutif Coway. "Tahun ini, kami merancang untuk memperkukuh daya saing kami dan meluaskan kehadiran pasaran global kami, di samping turut menumpukan kepada jenama tidur dan kesejahteraan kami yang baharu, BEREX serta Tilam Pintarnya, yang kami percaya akan menjadi penyumbang besar kepada pertumbuhan jualan kami."

Keputusan Kewangan Coway
Keputusan Kewangan Coway

Coway melaporkan perolehan yang berikut:

  • Hasil suku keempat: KRW 980.2 bilion (+3.6% YoY)
  • Keuntungan kendalian suku keempat: KRW 163.7 bilion (+17.5% YoY)
  • Keuntungan bersih suku keempat: KRW 76.1 bilion (-12.9% YoY)
  • Hasil tahunan: KRW 3,856.1 bilion (+5.2% YoY)
  • Keuntungan kendalian tahunan: KRW 677.4 bilion (+5.8% YoY)
  • Keuntungan bersih tahunan: KRW 457.5 bilion (-1.7% YoY)

*Angka-angka yang dilaporkan diambil daripada penyata K-IFRS (Piawaian Pelaporan Kewangan Antarabangsa) disatukan.

Pada Tahun Fiskal 2022, jualan perkakas rumah persekitaran domestik dipacu oleh produk baharu yang inovatif termasuk Noble Collection, Icon Water Purifier 2 dan Icon Ice Water Purifier, membawa kepada hasil disatukan sebanyak KRW 2,277.0 bilion (+1.4% YoY).

Hasil bagi subsidiari-subsidiari luar negara meningkat 15.4% berbanding tahun 2021 kepada KRW 1,401.9 bilion, dengan Malaysia dan AS menjadi pemacu pertumbuhan yang utama. Hasil Malaysia meningkat kepada KRW 1,091.6 bilion (+11.4% YoY), melebihi KRW 1,000 bilion buat julung kalinya, manakala hasil AS berkembang kepada KRW 199.8 bilion (+17.8% YoY).

Untuk butiran tambahan tentang prestasi kewangan Coway, sila kunjungi halaman Perhubungan Pelabur syarikat.

Latar Belakang Coway Co., Ltd.

Ditubuhkan di Korea pada tahun 1989, Coway, "The Best Life Solution Company," ialah sebuah syarikat perkakas rumah persekitaran terkemuka yang menjadikan kehidupan orang ramai sihat dan selesa menerusi perkakas rumah yang inovatif seperti penulen air, pembersih udara, bidet dan tilam. Sejak ditubuhkan, Coway menjadi peneraju dalam industri perkakas rumah persekitaran menerusi penyelidikan, kejuruteraan, pembangunan dan khidmat pelanggan yang intensif. Syarikat ini telah membuktikan dedikasi terhadap inovasi dengan produk yang memenangi anugerah, kepakaran kesejahteraan rumah, bahagian pasaran yang tiada tandingan, kepuasan pelanggan dan pengiktirafan jenama. Coway terus berinovasi dengan mempelbagaikan barisan produk dan menggiatkan perniagaan luar negara di Malaysia, AS, Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Jepun dan Eropah, berdasarkan kejayaan perniagaan di Korea. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.coway.com/ atau http://newsroom.coway.com.

 

 

 

 

 

Source: Coway Co., Ltd.
Related Stocks:
Korea:021240
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Earnings New products/services