omniture

American Standard Perkenal Identiti Jenama Baharu Untuk Cipta Rumah Yang Akan Disukai oleh Orang Ramai Setiap Hari

American Standard
2023-02-16 17:35 134

Sayangi tempat anda tinggal, tanpa mengira siapa anda atau di mana anda berada – KEHIDUPAN. KASIH SAYANG. KEDIAMAN

BANGKOK, 16 Februari 2023 /PRNewswire/ -- American Standard, salah satu jenama yang paling ikonik bagi peralatan sanitasi dan sebahagian daripada LIXIL, pembuat produk air dan rumah perintis, hari ini memperkenalkan identiti jenama global yang baharu. Jenama American Standard telahpun berkembang secara luar biasa di serata dunia. Identiti jenama baharu ini menghimpunkan nuansa jenama dari semasa ke semasa menjadi ekspresi jenama disatukan dengan empati dan kedekatan kepada pengguna, berserta ungkapan jenama baharu iaitu KEHIDUPAN. KASIH SAYANG. KEDIAMAN. Di rantau Asia Pasifik, pencapaian penting ini diraikan menerusi sebuah majlis pelancaran yang diadakan di Bangkok, Thailand, dihadiri oleh lebih 200 tetamu terkemuka dan orang kenamaan.

Boleh Diharap, Menarik dan Mempelopori

Selama lebih seabad, jenama American Standard memfokuskan kepada misinya untuk membolehkan semua orang mencipta rumah yang disukai setiap hari. Jenama ini sentiasa memahami bahawa ia bermula dengan setiap individu yang beraspirasi untuk mencapai kehidupan yang lebih baik dan jenama ini telah mereka bentuk dan membangunkan penyelesaian bilik mandi dan dapurnya sekitar idea ini.

Bermula daripada rumah hingga hotel, bilik mandi utama hingga sinki dapur, kolej hingga stadium, pengguna mempercayai dan terus memilih penyelesaian American Standard bagi mencipta ruang yang menarik, intuitif dan selesa. Jenama ini komited kepada pengguna dengan mencipta penyelesaian yang inovatif dan bertujuan yang membolehkan mereka menikmati detik-detik kehidupan bersama insan yang paling disayangi.

Meneruskan kekayaan warisan ini, identiti jenama global American Standard yang baharu memperbaharui fokusnya untuk menambah baik kediaman di serata dunia, sekali gus memberi inspirasi kepada orang ramai untuk mencipta kediaman yang akan disukai oleh mereka saban hari. Berdasarkan kepada ungkapan jenama baharu iaitu "KEHIDUPAN. KASIH SAYANG. KEDIAMAN" (LIFE.LOVE.HOME.), visual jenama American Standard dan "American Standard Red" membayangkan kasih sayang dan keghairahan, bagi mencetuskan pertalian emosi yang lebih erat bersama pengguna. American Standard Red akan menyatukan pelbagai titik sentuh pengguna dalam talian dan luar talian serta pembungkusan produk dengan berani demi pengukuhan semula berbilang dimensi yang lancar terhadap pengalaman pengguna.

Acara Perdagangan American Standard

Identiti jenama baharu ini diperkenalkan pada 15 Februari 2023 di Acara Perdagangan American Standard yang diadakan di Bangkok, Thailand. Majlis pelancaran diraikan bersama-sama lebih 200 tetamu jemputan yang terdiri daripada pelanggan, arkitek, pereka dan rakan media dari seluruh rantau ini.

Acara perdagangan selama beberapa hari ini melibatkan aktiviti kepimpinan pemikiran dan perdagangan, termasuk American Standard Design Catalyst L!VE (ASDC L!VE) yang membincangkan isu-isu yang popular masa kini dan merangsang fikiran dalam bidang kesihatan dan kesejahteraan, ruang hidup dan ruang pintar lingkaran serta mampan. Acara ASDC L!VE yang bertema 'Pemikiran Reka Bentuk Bertemu Urbanisasi' ('Design Thinking Meets Urbanization') diserikan oleh arkitek, pereka dan penceramah industri berkepakaran yang terkemuka.

Satoshi Konagai, Pemimpin, LWT APAC berkata, "LIXIL dengan sukacitanya melancarkan identiti jenama global American Standard baharu berdasarkan sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna dan industri ini. Di Asia Pasifik, jenama ini telah membina pengikut yang dipercayai untuk penyelesaian bilik mandi dan dapurnya yang inovatif, boleh diharap dan selesa digunakan. Kami gembira untuk memperdalam nilai empati dan kedekatan jenama American Standard kepada pengguna, dengan ungkapan jenama baharu KEHIDUPAN. KASIH SAYANG. KEDIAMAN yang sesuai dengan aspirasi dan gaya hidup mereka bagi mencipta kediaman yang akan disukai oleh mereka setiap hari."

"Acara ASDC L!VE juga disambut baik sebagai acara dalam-talian-luar-talian hibrid. Kami dengan sukacitanya menghimpunkan penceramah-penceramah berkepakaran dari seluruh dunia untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh komuniti seni bina dan reka bentuk berkisarkan kesihatan dan kesejahteraan, kelestarian serta urbanisasi. Kami tidak sabar-sabar untuk meningkatkan penglibatan dan penyelesaian kami terhadap isu-isu yang mendesak ini bersama rakan kongsi dan industri kami," tambah En. Konagai.

Majlis pelancaran turut memperkenalkan American Standard Loven Collection baharu, yang merupakan pelancaran koleksi pertama di bawah identiti jenama baharu ini. Loven Collection direka bentuk dengan nilai estetika yang kohesif, bagi memastikan penampilan yang digilap dan dipasang dengan baik untuk sebarang bilik mandi. Ciri-ciri bersaiz penuh koleksi ini dalam jejak yang kompak merupakan padanan yang sempurna untuk projek-projek kediaman bandar, seperti kondominium.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang American Standard - https://www.americanstandard.com/

LATAR BELAKANG AMERICAN STANDARD
Selama 150 tahun, misi kami adalah untuk membolehkan anda mencipta sebuah rumah yang anda sukai setiap hari. Kami mereka bentuk bilik mandi dan dapur yang lebih baik di serata dunia, membawakan apa yang anda tidak sangka anda perlukan, berinovasi dengan cara yang menarik dan intuitif. Dengan tumpuan yang berterusan untuk menjadikan kehidupan lebih mudah, kami mereka bentuk produk benar-benar sesuai dengan rutin anda. Ia mudah digunakan dan dibina agar tahan lama. Tandas, kepala paip, pancuran mandi, tab mandi dan banyak lagi membawa perbezaan yang besar setiap hari, dalam latar kehidupan. Kami ingin agar anda menyukai tempat tinggal anda, tanpa mengira siapa anda atau di mana anda berada.

LATAR BELAKANG LIXIL 
LIXIL (TSE Code 5938) menghasilkan produk air dan rumah perintis yang menangani cabaran kehidupan sebenar, saban hari, menjadikan rumah yang lebih baik suatu kenyataan buat semua orang, di mana-mana sahaja. Memanfaatkan warisan Jepun kami, kami mencipta teknologi yang terkemuka di dunia dan berinovasi untuk menghasilkan produk yang berkualiti tinggi yang mengubah kediaman. Namun begitu, perbezaan LIXIL ialah bagaimana kami melakukannya; melalui reka bentuk yang bermakna, semangat keusahawanan, dedikasi untuk meningkatkan kebolehcapaian buat semua dan pertumbuhan perniagaan yang bertanggungjawab. Pendekatan kami dapat dijayakan melalui jenama-jenama yang terkemuka dalam industri termasuk INAX, GROHE, American Standard dan TOSTEM. Bersama kira-kira 70,000 rakan sekerja yang beroperasi di lebih daripada 150 negara, kami berbangga untuk menghasilkan produk yang menyentuh kehidupan lebih satu bilion orang setiap hari.

Source: American Standard
Keywords: Construction/Building Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail