omniture

Bilik Pameran Robot KEENON Pertama Diperkenal untuk Merangsangkan Semula Industri Hospitaliti di Malaysia

KEENON Robotics
2023-02-17 10:00 19

PETALING JAYA, Malaysia 17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Dengan pengedar eksklusif robot KEENON, Diverse Supply Chain Sdn Bhd (DSC) di Malaysia, bilik pameran robot KEENON yang pertama di Asia Tenggara dibuka secara rasminya. Di acara pembukaan, DSC memeterai memorandum persefahaman bersama Malaysia Budget & Business Hotel Association (MYBHA), Malaysia Association Tourism Agency (MATA) dan ASEAN Retail-Chains and Franchise Federation (ARFF) dengan matlamat untuk memacu automasi dan pendigitalan dalam industri hospitaliti melalui penggunaan teknologi dan penyelesaian automasi daripada KEENON Robotics, pengilang robot KEENON.

Pengerusi Kehormat Francais Malaysia dan Digital Association Yang Mulia Dato' Paduka Seri Hasnizal Haji Hassan merupakan antara hadirin di majlis pemeteraian tersebut, bersama-sama wakil-wakil lain daripada industri hospitaliti serta makanan dan minuman.

Pengenalan kepada robot KEENON terutamanya BUTLERBOT W3 bertujuan untuk menggiatkan semula industri pelancongan di Malaysia dengan menyampaikan pengalaman tetamu yang tiada tandingan dan selamat. Ciri-ciri hebat BUTLERBOT W3 seperti penggunaan lif berautonomi dan penghantaran bilik berfokus privasi tanpa kontak, menjadikannya penyelesaian yang idaman untuk perniagaan hotel dan pelancongan. Teknologi canggih ini menunjukkan komitmen DSC untuk menyampaikan perkhidmatan hospitaliti yang cekap dan dipertingkat kepada tetamu. Dengan sistem penentududukan dan navigasi berautonomi sepenuhnya, robot servis ini boleh beradaptasi kepada pelbagai senario dan situasi dalam kehidupan sebenar.

Walaupun telah memperkenalkan robot perkhidmatan kepada lebih 60 jenama dalam industri-industri seperti makanan & minuman dan peruncitan di Malaysia, pembukaan bilik pameran tersebut turut menandakan tahap kolaborasi yang seterusnya antara DSC dan KEENON dengan DSC turut dilantik sebagai pengedar eksklusif di Singapura.

"Kami gembira dapat membantu menyokong industri hospitaliti Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dan menyampaikan pengalaman tetamu yang konsisten menerusi penyelesaian robotik kami. Tahun pertama bersama DSC membuahkan hasil dan mendatangkan kepuasan dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada DSC atas kepercayaan anda terhadap kami dan kerana mengukuhkan lagi perkongsian dan kerjasama bersama negara jiran, Singapura. Kami berharap dapat mencipta semula masa depan kita bersama-sama," kata En. Enzo Wang, Pengarah Jualan Serantau, KEENON Robotics Asia Tenggara.

Menurut Pengarah Urusan DSC, En. Kayden Ong, "Dengan Malaysia yang sedang berusaha untuk menjadi sebuah negara maju sepenuhnya, kami ingin membantu memperkasa syarikat-syarikat, terutamanya perusahaan bersaiz kecil dan sederhana untuk meningkatkan rantaian nilai melalui automasi dan robotik. Automasi di tempat kerja kini menjadi lebih penting berbanding sebelum ini kerana tenaga kerja tidak lagi tersedia seperti sebelum ini selepas COVID-19."

Latar Belakang Diverse Supply Chain

Diverse Supply Chain Sdn Bhd (DSC) membantu organisasi-organisasi daripada semua saiz mengenal pasti dan menyelesaikan masalah, meningkatkan kecekapan inventori dan pemenuhan, mengoptimumkan penggunaan aset serta meningkatkan hasil. DSC menyediakan penyelesaian perniagaan am dan dibuat khusus bagi mengoptimumkan produktiviti merentas rangkaian penuh rantaian bekalan untuk pelbagai industri.

Latar Belakang KEENON Robotics

Ditubuhkan pada tahun 2010, KEENON Robotics ialah pelopor pemenang anugerah yang bertaraf global dalam bidang robot dalam bangunan, pintar, autonomi dan servis. Dengan pasukan teknologi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalaman yang berdedikasi, syarikat ini memiliki lebih 35,000 robot yang beroperasi di lebih daripada 60 negara dan wilayah di seluruh dunia. Robot KEENON menawarkan pelbagai jenis penyelesaian robotik yang selamat, andal dan cekap untuk pelbagai senario aplikasi termasuk restoran, hotel, rumah penjagaan, kilang dan sebagainya.

Source: KEENON Robotics
Keywords: Computer/Electronics Electronic Design Automation Retail Transportation Contracts