omniture

Kintone Diiktiraf buat Kali ke-6 Berturut-turut dalam Gartner Magic Quadrant untuk Enterprise Low-Code Application Platforms

Kintone Southeast Asia Sdn.Bhd.
2023-02-17 10:35 35

Platform Kintone bertindak balas kepada kekurangan pembangun global dengan menawarkan tempat kepada mereka yang bukan pembangun untuk membangunkan alat kerja digital mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 17 Februari 2023  /PRNewswire/ -- Kintone, platform tempat kerja digital boleh disesuaikan semua-dalam-satu yang dibangunkan untuk kerja berpasukan, telah diiktiraf dalam Gartner® Magic Quadrant™ untuk Enterprise Low-Code Application Platforms* (LCAP) yang terkini. Sebagai salah satu daripada hanya 17 vendor yang diberikan kedudukan pada tahun ini, ini juga merupakan kali keenam berturut-turut Gartner memberi kedudukan kepada Kintone dalam laporan LCAPnya yang menilai vendor-vendor.

LCAP ditakrifkan sebagai "platform aplikasi yang digunakan untuk membangunkan dan menggunakan aplikasi tersuai yang dengan pantas mengabstrak dan meminimumkan atau menggantikan kod yang diperlukan dalam pembangunan." Minimum yang diperlukan agar memenuhi syarat sebagai LCAP terdiri daripada:

  • Keupayaan kod-rendah (seperti pendekatan berpandukan-model atau pengaturcaraan grafik dengan skrip) untuk membangunkan aplikasi lengkap,
  • sokongan untuk membangunkan aplikasi yang merangkumi antara muka pengguna,
  • logik perniagaan, aliran kerja dan perkhidmatan data,
  • dan ujian, penggunaan dan pengurusan aplikasi dipermudah.

Di tengah-tengah peralihan global ke arah kod-rendah dan tanpa-kod sebagai kaedah pembangunan perisian, laporan tahun ini meramalkan bahawa menjelang tahun 2025, pasaran LCAP perusahaan merupakan sebahagian daripada bidang teknologi pembangunan kod-rendah keseluruhan yang akan mencecah hasil sebanyak AS$29 bilion. Segmen LCAP khususnya dijangka berkembang kepada AS$14.38 bilion, yang membawa kepada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 26.4%. Laporan tersebut turut mengiktiraf bahawa, "LCAP untuk pelbagai audiens pembangun semakin menjadi arus perdana. Malahan, organisasi-organisasi IT konservatif yang sebelum ini menentang pemodenan dan pengautomatan mengeksploitasi LCAP untuk beralih ke awan, mengupayakan pengalaman pengguna mudah alih, mengatasi kekurangan kemahiran dan sumber serta mencapai masa yang lebih pantas untuk digunakan."

Mengulas tentang pengiktirafan Gartner, Yoshihisa Aono, Ketua Pegawai Eksekutif pembangun Kintone, Cybozu Inc berkata, "Kami berbesar hati kerana diiktiraf buat kali keenam berturut-turut dalam Gartner Magic Quadrant untuk Enterprise Low-Code Application Platforms. Terdapat keperluan yang semakin meningkat antara syarikat-syarikat terhadap lebih kefleksibelan, kolaborasi dan autonomi manakala permintaan pelanggan terhadap LCAP merupakan salah satu pemacu utama untuk hal ini. Walaupun Kintone telah mencapai banyak kejayaan dengan mengupayakan pasukan-pasukan untuk mereka bentuk tempat kerja kolaboratif tersuai mereka sendiri yang boleh disesuaikan, kami masih menyasarkan untuk terus memanfaatkan kekuatan kami sebagai platform tanpa-kod, terpusat dan amat kolaboratif yang selari dengan visi kami demi masa depan kerja."

Sepanjang tahun 2022, Kintone terus meningkatkan produknya dengan ciri-ciri dan fungsi-fungsi baharu. Ketika ini, platform ini digunakan oleh lebih 25,000 pelanggan di seluruh dunia, bermula daripada SMB hinggalah perusahaan multinasional. Ekosistemnya terdiri daripada rakan kongsi, ahli profesional IT dan pembangun warganegara telah membina dan menggunakan lebih 2 juta aplikasi secara kolektif.

Untuk memuat turun salinan laporan Gartner Magic Quadrant untuk Enterprise Low-Code Application Platforms yang terkini, sila klik di sini.

*Sumber: Gartner, Magic Quadrant for Enterprise Low-Code Application Platforms, Paul Vincent, Kimihiko Iijima, Adrian Leow, Mike West, Oleksandr Matvitskyy, 31 Disember 2022

GARTNER ialah tanda dagangan berdaftar dan tanda perkhidmatan Gartner manakala Magic Quadrant ialah tanda dagangan berdaftar Gartner, Inc. dan/atau rakan-rakan sekutunya di A.S. dan di peringkat antarabangsa dan digunakan di sini dengan izin. Hak cipta terpelihara.

Penafian: Gartner tidak mengendors mana-mana vendor, produk atau perkhidmatan yang digambarkan dalam penerbitan penyelidikannya dan tidak menggalakkan pengguna teknologi untuk memilih hanya vendor-vendor yang memiliki penarafan tertinggi atau designasi lain. Penerbitan penyelidikan Gartner terdiri daripada pendapat organisasi penyelidikan Gartner dan tidak boleh ditafsirkan sebagai pernyataan fakta. Gartner menafikan semua jaminan, tersurat atau tersirat, berkenaan dengan penyelidikan ini, termasuk sebarang jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian untuk tujuan tertentu.

Latar Belakang Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd.

Kintone Southeast Asia Sdn. Bhd. beroperasi dari Kuala Lumpur, Malaysia dan memiliki rakan-rakan kongsi perunding dan produk yang menyediakan perkhidmatan suai tugas dan penyesuaian Kintone merentas 11 negara: Singapura, Malaysia, Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Myanmar, Kemboja, Laos dan India. Untuk maklumat lanjut tentang Program Rakan Kongsi Kintone Southeast Asia kunjungi https://www.kintone.com/en-sea/partners/

Alamat: Unit 27-07, Tingkat 27, Q Sentral, 2A, Jalan Stesen Sentral 2,

Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur, W.P.

Emel: sales-sea@kintone.com

Source: Kintone Southeast Asia Sdn.Bhd.
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Awards