omniture

Stesen Servis Pengisian Bahan Api Metanol-kepada-Hidrogen dan Hidrogen Bersepadu Pertama China Kini Beroperasi

SINOPEC
2023-02-17 20:18 15

DALIAN, China, 17 Februari 2023 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") melancarkan secara rasmi stesen servis pengisian bahan api metanol-kepada-hidrogen dan hidrogen pertama China ("Stesen Servis") di Dalian, China semalam. Satu penaiktarafan daripada stesen pengisian bahan api sebelum ini yang menawarkan minyak, gas, hidrogen, perkhidmatan pengecasan elektrik, kompleks bersepadu ini dapat menghasilkan 1,000 kilogram hidrogen sehari, dengan ketulenan 99.999 peratus.

China’s First Integrated Methanol-to-Hydrogen and Hydrogen Refueling Service Station Now in Operation.
China’s First Integrated Methanol-to-Hydrogen and Hydrogen Refueling Service Station Now in Operation.

Loji pengeluaran hidrogen Sinopec memiliki kelebihan meliputi kawasan yang kecil, memiliki masa pembinaan yang singkat dan mempunyai proses pengeluaran hijau, mesra alam. Stesen Servis baharu ini dapat menjimatkan kos pengeluaran, penyimpanan dan pengangkutan hidrogen sebanyak lebih daripada 20 peratus berbanding dengan stesen pengisian bahan api hidrogen tradisional dan ia akan menjadi model perintis untuk memimpin pembangunan industri tenaga hidrogen China.

China menghasilkan metanol paling banyak di dunia, menyumbang sebanyak 60 peratus daripada jumlah global. Kos penyimpanan dan pengangkutan metanol juga adalah jauh lebih rendah daripada hidrogen, menjadikan metanol-kepada-hidrogen sebagai teknologi pengeluaran hidrogen yang ideal.

Penyelesaian daripada Sinopec telah dapat mengatasi kekangan kapasiti pengangkutan yang rendah, kos yang tinggi dan masa pemuatan yang panjang. Di samping itu, peranti pengisian bahan api metanol-kepada-hidrogen dan hidrogen Stesen Servis ini memiliki kapasiti pengeluaran setiap jam sebanyak 500 meter padu standard, namun hanya menempati 64 meter persegi kawasan lantai manakala peralatan konvensional dengan kapasiti pengeluaran yang sama akan menggunakan sehingga 500 meter persegi kawasan darat.

Sinopec Fuel Oil Sales Co., Ltd telah membina dua stesen pengisian bahan api bersepadu di kawasan perdagangan bebas Dalian, dengan enam lagi kini sedang dibangunkan. Dengan kecekapan pengeluaran hidrogen, automasi dan keupayaan pintar yang utama dalam industri, penyelesaian Sinopec bersifat lestari dan mesra alam – tanpa menghasilkan sisa pepejal, air buangan dan gas hujung sambil menjimatkan lebih banyak tenaga dan menggunakan sedikit metanol.

"Pelancaran Stesen Servis ini menunjukkan bahawa methanol-kepada-hidrogen teragih merupakan hala tuju yang tepat untuk pembangunan mampan stesen pengisian bahan api hidrogen China, ia merupakan pembangunan pesat yang menawarkan penyelesaian yang selamat, andal, mesra alam, pintar, bersepadu dan cekap yang akan menyumbang kepada aplikasi berskala tenaga hidrogen pada kos yang lebih rendah," kata Yang Junze, Pengarah Eksekutif Sinopec Fuel Oil Sales.

Sebagai sebahagian daripada komitmen Sinopec untuk menjadi perusahaan tenaga hidrogen No.1 China, ia telah membina sembilan pusat bekalan sel bahan api hidrogen di seluruh China dan membina bilangan stesen pengisian bahan api hidrogen terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Sinopec.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services Oil/gas discoveries