omniture

CGTN: China mencapai kemenangan 'besar, muktamad' dalam respons COVID-19: kepimpinan CPC

CGTN
2023-02-18 02:33 76

BEIJING, 18 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Sejak tiga tahun yang lalu, China sentiasa meletakkan nyawa dan kesihatan rakyat sebagai keutamaan dan menyesuaikan responsnya terhadap COVID-19 berdasarkan situasi yang semakin berkembang, melalui usaha yang dipercayai secara meluas dapat melengahkan masa yang berharga demi mencapai peralihan yang lancar.

Negara ini telah mencapai kemenangan yang besar dan muktamad dalam usaha pencegahan dan kawalan COVID-19 sejak November 2022, menurut Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC) di sebuah mesyuarat pada hari Khamis.

Telah terbukti bahawa pertimbangan utama, keputusan dasar dan pelarasan strategi oleh CPC terhadap COVID-19 adalah tepat sekali, menurut mesyuarat tersebut, yang dipengerusikan oleh Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat CPC.

"Langkah-langkahnya berkesan. Rakyat mengiktirafnya dan pencapaian adalah sangat besar," menurutnya.

'Suatu keajaiban'

China terus mengoptimumkan dan menyelaraskan langkah-langkah pencegahan dan kawalan COVID-19 sejak November 2022, dengan tumpuan untuk melindungi kesihatan rakyat dan mencegah kes-kes yang teruk.

Menerusi satu peralihan yang besar dalam dasar responsnya, negara ini mula mengurus COVID-19 dengan langkah-langkah yang dibangunkan untuk memerangi penyakit berjangkit Kelas B, bukannya penyakit berjangkit Kelas A sejak 8 Januari 2023.

Turut dinyatakan di mesyuarat pada hari Khamis bahawa China telah merealisasikan peralihan yang stabil pada peringkat pencegahan dan kawalan wabaknya dalam tempoh yang agak singkat.

Dengan lebih daripada 200 juta orang menerima rawatan perubatan dan hampir 800,000 pesakit yang sakit tenat sembuh dengan berkesan sejak November, China telah mengekalkan kadar kematian COVID-19nya antara yang terendah di dunia.

"Kami telah mencapai kemenangan yang besar dan muktamad dari segi pencegahan dan kawalan wabak, mencipta suatu keajaiban dalam sejarah tamadun manusia yang mana sebuah negara dengan penduduk yang sangat ramai berjaya bangkit daripada pandemik," menurut mesyuarat tersebut.

Fasa baharu

Tatkala respons COVID-19 oleh China memasuki fasa baharu, negara ini telah menggiatkan usahanya untuk mengukuhkan apa yang telah dicapai selama bertahun-tahun memerangi pandemik COVID-19.

Penting untuk mengukuhkan kapasiti pemantauan wabak dan memperbaiki sistem amaran awal secara kerap dengan mewujudkan mekanisme pengawasan dan pelaporan yang baik, seperti yang ditegaskan dalam mesyuarat kepimpinan CPC.

Ia turut menggesa usaha untuk membuat rancangan saintifik untuk vaksinasi peringkat seterusnya, khususnya bagi meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan warga tua.

Dalam menghadapi strain COVID-19 yang berevolusi, China turut meningkatkan promosi suntikan penggalak seluruh negara. Menurut pelan tindakan dikemas kini yang dikeluarkan oleh mekanisme pencegahan dan kawalan COVID-19 bersama Majlis Negeri, sebanyak sembilan kombinasi vaksin penggalak dibangunkan melalui laluan teknikal yang berbeza, termasuk vaksin yang memberi imuniti silang yang baik terhadap strain Omicron, kini tersedia.

Mesyuarat pada hari Khamis turut menekankan usaha bagi menjamin pengeluaran dan pembekalan bekalan perubatan dan menambah baik mekanisme penggunaannya yang diselaraskan.

Usaha juga harus dilakukan untuk memajukan pencapaian saintifik dan teknologi dalam sektor kesihatan dengan cara yang diselaraskan dan meningkatkan tahap sains dan teknologi kehidupan dan kesihatan, simpul mesyuarat berkenaan.

https://news.cgtn.com/news/2023-02-16/Xi-chairs-CPC-leadership-meeting-on-latest-COVID-19-response-1htrVJOaUBW/index.html

 

Source: CGTN
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Infectious Disease Control Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service