omniture

Rekod Dunia Baharu! Kuasa Modul Solar Hyper-ion HJT Risen Energy 741.456W dan Kecekapan 23.89%

Risen Energy Co., Ltd
2023-02-18 02:36 230

NINGBO, China, 18 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Risen Energy mengumumkan bahawa modul solar siri HJT Hyper-ion telahpun mencapai kuasa maksimum 741.456W dan kecekapan modul 23.89%. Keputusan ini disahkan oleh TÜV SÜD, penyedia perkhidmatan pengujian, pemeriksaan dan pensijilan bertaraf global. Ini merupakan satu penambahbaikan daripada rekod terdahulu Risen Energy dengan kecekapan modul 23.65% dicapai pada Disember 2021, yang mencatat rekod baharu untuk kuasa tertinggi dan kecekapan modul tertinggi bagi modul solar HJT.

Penambahbaikan kecekapan ini adalah disebabkan oleh inovasi teknologi seperti wafer ultra-nipis, teknologi busbar sifar, saling sambungan Hiper-pautan dan bahan pengkapsulan. Modul ini turut membawakan pekali suhu yang luar biasa stabil dan sifat dwimuka tinggi iaitu sehingga 85% ±10%, seterusnya berupaya mengekalkan output kuasanya melebihi 90% selepas penggunaan selama 30 tahun. Modul ini disokong oleh teknologi sel ultra-nipis 100μm Risen Energy yang utama dalam industri dan proses suhu rendah, lalu menghasilkan nilai jejak karbon (CFP) lebih rendah daripada 400kg eq CO2/kWc iaitu jauh lebih rendah daripada purata pasaran.

Even Liu, pengarah kanan penyelidikan dan pembangunan (R&D) Risen Energy berkata: "sebagai produk HJT yang terkini, Hyper-ion memiliki kombinasi yang terbaik dari segi penambahbaikan dan pengurangan - kuasa tinggi dan penjanaan kuasa tinggi, kecekapan serta keandalan tinggi, degradasi rendah dan pekali suhu rendah, CFP rendah serta LCOE rendah. Risen Energy akan terus berinovasi dan menambah baik produk kami bagi mendorong era keneutralan karbon."

 

Source: Risen Energy Co., Ltd
Related Stocks:
Shenzhen:300118
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities