omniture

Yadea Teroka Pasaran Indonesia bersama Rakan Kongsi Strategik Eksklusif IndoMobil

Yadea
2023-02-20 10:02 80

JAKARTA, Indonesia, 20 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Yadea (01585.HK), jenama kenderaan dua roda elektrik terkemuka dunia, telah mengumumkan perkongsian strategik eksklusif dengan syarikat senaraian Indonesia Indomobil pada Pameran Motor Antarabangsa Indonesia (IIMS) 2023, yang berlangsung dari 16 hingga 26 Februari. Indomobil akan bertindak sebagai pengedar tunggal Yadea di Indonesia, dan kedua-dua syarikat ini akan bekerjasama untuk menyediakan kenderaan elektrik berkualiti tinggi dan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang kepada pengguna Indonesia.


"Jumlah jualan Yadea melebihi 13.86 juta unit pada 2021. Jumlah jualan yang tinggi itu merupakan satu bukti kualiti jenama ini, yang dipilih oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia. Yadea mempunyai tujuh kemudahan pengeluaran, enam di China dan satu di Vietnam, serta mempunyai kemudahan R&D yang canggih. Jadi berdasarkan faktor-faktor ini, kami sangat optimis bahawa produk Yadea akan menjadi pilihan nombor satu untuk pengguna kenderaan dua roda elektrik di Indonesia." kata Gerry Kertowidjojo, Pengarah PT Indomobil Emotor International. "Kami percaya bahawa kenderaan elektrik syarikat akan memenuhi keperluan pengguna Indonesia dan kami mengharapkan perkongsian yang panjang dan berjaya dengan Yadea."

Bagi Yadea, kerjasama strategik bersama Indomobil merupakan satu langkah penting dalam strategi pengembangan global syarikat. Indomobil, sebagai salah satu kumpulan automotif terbesar dan paling berprestij di Indonesia, telah menggunakan kedudukan unggulnya dalam sektor mobiliti yang berkembang pesat di negara ini untuk mengukuhkan strategi kemasukan pasaran bagi penggiat antarabangsa yang tidak terkira banyaknya sejak 10 tahun lalu. Kerajaan Indonesia sedang giat menggalakkan pertumbuhan industri kenderaan elektrik dan telah memperkenalkan beberapa strategi untuk menyokong industri tersebut.

Semasa acara tersebut, Zhou Chao, Naib Presiden Kanan di Yadea, telah mendapat penghormatan bertemu presiden Indonesia di reruai Yadea. Pertemuan peringkat tinggi ini menunjukkan pengiktirafan kerajaan Indonesia terhadap produk cemerlang Yadea dan komitmennya untuk mempromosikan tenaga hijau dan pembangunan mampan.

"Bersama dengan Indomobil Group, kami menyasarkan untuk menyahut seruan kerajaan untuk membangunkan kenderaan elektrik bagi menyumbang kepada matlamat pembangunan Indonesia, dan meningkatkan penggunaan tenaga tempatan dengan penyelesaian mobiliti elektrik Yadea." kata Zhou.

Melalui perkongsian strategik itu, Yadea dan Indomobil akan memanfaatkan kekuatan masing-masing untuk memacu peralihan tenaga dan pembangunan sektor elektrik. Yadea akan menyediakan skuter dan motosikal elektrik berkualiti tinggi, manakala Indomobil akan menawarkan kepakaran tempatan yang luas dan rangkaian pengedaran yang luas.

Yadea akan terus mendalami strategi pengantarabangsaannya dan menyampaikan produk yang disesuaikan kepada pelanggan global. Dengan memanfaatkan pertumbuhannya dengan minda berpusatkan pengguna dan memperolehi pemahaman yang mendalam bagi trend dalam mobiliti mampan dan keupayaan R&D yang mantap, Yadea menyasarkan untuk menyediakan perjalanan yang mampan dan menyenangkan kepada beratus juta orang.

Latar Belakang Yadea  
Yadea merupakan peneraju global dalam pembangunan dan pembuatan kenderaan dua roda elektrik termasuklah motosikal elektrik, moped elektrik, basikal elektrik dan skuter tendang elektrik. Sehingga kini, Yadea telah menjual produk kepada 70 juta orang pengguna di lebih 100 negara dan wilayah, dan mempunyai rangkaian 40,000+ peruncit seluruh dunia. Dengan misi untuk membantu orang ramai "Electrify Your Life" (Elektrikkan Hidup Anda), Yadea terus melabur dalam R&D, pengeluaran dan pengembangan global dalam membina satu masa depan bersama yang mampan untuk umat manusia.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi kami di:
Laman Web Rasmi: https://www.yadea.com/
Facebook: https://www.facebook.com/Yadea.Official
Instagram: https://www.instagram.com/YADEA.GLOBAL/
Twitter: https://twitter.com/YadeaGlobal

Source: Yadea
Related Stocks:
HongKong:1585
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Corporate Expansion Licensing/marketing agreements