omniture

"Jangan Kata Kami Tak Payung" - BSN Memperluaskan Akses Insurans Melalui Teknologi QR

Gibraltar BSN
2023-02-20 15:00 32

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Bank Simpanan Nasional ("BSN") dan rakan kongsi bankasuransnya (bancassurance), Gibraltar BSN Life Berhad ("Gibraltar BSN") telah melancarkan  'Qaseh Bakti', pelan pelindungan terbaharu bersempena dengan program jelajah bersiri (roadshow)  seluruh negara bertema 'Jangan Kata Kami Tak Payung'. Program jelajah bersiri ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan insurans selain memudahkan proses pendaftaran pelan Qaseh Bakti, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelanggan.

(Dari kiri) Lee Kok Wah, Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN and Jay Khairil, Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional bersama melancarkan Qaseh Bakti
(Dari kiri) Lee Kok Wah, Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN and Jay Khairil, Ketua Eksekutif Bank Simpanan Nasional bersama melancarkan Qaseh Bakti

Bertujuan untuk melindungi lebih ramai rakyat Malaysia di bawah "Payung" perlindungan, Qaseh Bakti merupakan pelan mikro insurans kesihatan mampu milik di bawah produk insurans siri Qaseh BSN yang menawarkan pelanggan pelbagai kemudahan, termasuk elaun tunai hospital sebanyak RM220 sehari dan manfaat kematian sehingga RM2,500. Dengan bayaran premium serendah RM0.15 sehari, pelan mampu milik ini juga menawarkan faedah lain tanpa pengunderaitan (underwriting) perubatan.

Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN berkata, "Kerjasama antara BSN dan Gibraltar BSN ini membolehkan kami memberi perkhidmatan lebih baik dengan mempercepatkan dan memudahkan proses pendaftaran untuk pelanggan baharu menggunakan teknologi pengimbasan kod QR, di bawah pelan perlindungan terbaharu Qaseh Bakti. Ini secara tidak langsung meluaskan lagi akses bagi pelan ini yang tidak hanya terhad kepada cawangan sahaja, malah turut boleh didapati melalui aktiviti program jelajah bersiri yang diadakan."

"Selaras dengan produk siri Qaseh, Qaseh Bakti menawarkan perlindungan yang menyeluruh kepada rakyat Malaysia terutamanya mereka yang berpendapatan harian dengan akses terhad kepada skim keselamatan sosial dan faedah pekerjaan," tambah Jay Khairil.

Lee Kok Wah, Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN berkata, "Qaseh Bakti merupakan produk digital pertama kami dengan BSN. Ia direka khas untuk menawarkan pelan mampu milik, mudah diakses dan perlindungan kewangan. Produk ini akan mengurangkan beban kewangan rakyat terutamanya pekerja sambilan, pemilik kedai makanan dan pemilik perniagaan kecil yang bergantung kepada gaji harian. Bersama BSN, kami akan meneruskan aspirasi kami untuk melindungi semua rakyat Malaysia."

Qaseh Bakti dilancarkan di bawah program Perlindungan Tenang, satu inisiatif oleh kerajaan Malaysia untuk memperluaskan perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah dengan menawarkan pelan perlindungan insurans dan takaful pada harga mampu milik.

Selain Qaseh Bakti, siri insurans Qaseh turut merangkumi empat (4) pelan insurans utama dengan pelan insurans hayat (Hayat), penyakit kritikal dan pendapatan hospital (Sihat), simpanan (Dana) dan pendidikan (Didik). BSN akan mengadakan program jelajah bersiri di Cawangan BSN seluruh negara bagi mempromosikan Qaseh Bakti sambil menyantuni masyarakat tempatan. Para pengunjung juga berpeluang untuk membuat semakan polisi insurans secara percuma sambil menikmati juadah tempatan yang disediakan.

Siri Qaseh ditaja jamin oleh Gibraltar BSN, salah sebuah syarikat insurans hayat Malaysia yang berkembang pesat. BSN juga merupakan pemegang saham dan rakan strategik jangka panjang Gibraltar BSN.

Source: Gibraltar BSN
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics