omniture

Angel Yeast Umum Rancangan untuk Perkukuh Keupayaan Bekalan dan Inovasi Sebagai Respons kepada Peningkatan Permintaan Yis Global

Angel Yeast
2023-02-20 20:00 73

YICHANG, China, 20 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Permintaan yang semakin meningkat terhadap produk berasaskan yis sejak beberapa tahun yang lalu menandakan pertumbuhan pasaran yang stabil pada masa akan datang, yang turut menimbulkan cabaran baharu yang memerlukan pihak pengeluar untuk memangkinkan inovasi dan meningkatkan pengeluaran serta pembangunan teknologi bagi memenuhi keperluan pelanggan mereka yang semakin berkembang. Ia merupakan implikasi daripada laporan terkini, Trends in Yeast and Yeast Products (Trend Yis dan Produk Yis) yang dikeluarkan oleh Innova Market Insights, yang mendedahkan trend dan potensi pasaran yis serta perubahan yang diperlukan untuk pengusaha-pengusaha industri terus mendahului persaingan.  

Dipandu oleh pandangan pelanggan yang terkini dan dipacu oleh matlamatnya untuk menawarkan produk yis yang sihat dan mampan kepada pelanggan global, Angel Yeast, (SH600298), pengeluar yis yang terkemuka di dunia, mengumumkan strategi pembangunan jenama 2023nya yang bertumpu sekitar menangani masalah utama pasaran dan menyampaikan penyelesaian inovatif melalui pelaburan yang strategik dan perkongsian yang membolehkan syarikat ini meluaskan bekalan dan keupayaan penyelidikan dan pembangunannya (R&D). Angel bermatlamat untuk membawakan yis berkualiti premium kepada isi rumah di seluruh dunia dan kepada industri makanan dan minuman (F&B) global, membolehkan pelanggan merasai kualiti hidup yang lebih baik melalui rasa yang luar biasa, aroma dan nilai pemakanan yang dibawakan oleh produk Angel untuk hidangan makanan dan makanan harian mereka.

Menurut kajian tersebut, pertumbuhan pesat pasaran yis didorong oleh peranan yis dalam produk makanan dan minuman sebagai penambah rasa dan penggalak nutrisi. Penggunaan yis dalam pembangunan produk baharu telah meningkat merentas kesemua wilayah antara tahun 2018 dan 2022.

Eropah Barat masih berada di barisan hadapan dari segi penggunaan yis tradisional bagi membangunkan produk baharu, manakala penggunaan ekstrak yis di Asia adalah lebih tinggi berbanding purata global. Tatkala Eropah Barat terus memegang kepimpinannya dalam inovasi dan pembangunan bir, wilayah tersebut menyumbang hampir separuh daripada produk alkohol berasaskan yis yang baharu. Memenuhi kehendak untuk merebut peluang pasaran merupakan satu usaha yang mencabar. Ia bererti syarikat-syarikat perlu meningkatkan keupayaan pengeluaran yis mereka, sekali gus mewujudkan rantaian bekalan yang tangkas dan mantap yang dapat disesuaikan dengan pertumbuhan pasaran.

Hari ini, roti segar merupakan ruji harian lebih daripada sepertiga pengguna di seluruh dunia dan 63% orang memakan biskut sekurang-kurangnya sekali seminggu, dengan 50% orang memakan kek sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pada tahun 2022, roti menyumbang sebanyak 53% daripada kesemua produk bakar baharu yang mengandungi yis, dengan Eropah Barat dan Amerika Latin menyaksikan jumlah tertinggi bagi produk bakar ditapai oleh yis yang baru dilancarkan dalam pasaran.

Roti artisan, terutamanya doh masam, menjadi semakin popular di Eropah dan Amerika Utara. Trend ini menonjolkan satu peralihan dari segi citarasa dan pilihan pengguna serta menekankan kepentingan untuk pengeluar meneroka sumber yis yang baharu dan bereksperimen dengan aplikasi baharu agar seiring dengan keperluan pelanggan yang dinamik.

Akhir sekali, memandangkan pasaran untuk makanan berasaskan tumbuhan dan makanan berperisa terus berkembang, versatiliti yis sebagai bahan semula jadi akan menjadi amat penting untuk membangunkan produk baharu dan dijangkakan bahawa protein yis dan ekstrak yis akan mendapat lebih daya tarikan sebagai penambah rasa untuk makanan. Pada tahun-tahun akan datang, makanan berasaskan tumbuhan akan tetap menjadi tumpuan utama, dengan teknik-teknik yang lebih sofistikated muncul bagi menghasilkan alternatif daging dan tenusu dengan tekstur dan rasa yang lebih diperkaya. Kesemua ini menunjukkan keperluan agar syarikat ini memberi penekanan yang lebih kukuh ke atas keupayaan inovasinya, yang merupakan kunci kepada pengeluar untuk memperoleh bahagian yang lebih besar daripada kumpulan pelanggan.

Menyelaraskan strategi perniagaannya dengan trend industri dan kemajuan terkini, Angel Group bersedia untuk menerima cabaran dan peluang bagi mempertingkat daya saingnya dan membina kejayaan jangka panjangnya dengan strategi pembangunan jenama baharunya. Pelaburan oleh syarikat ini pada tahun 2022 kini telah melangkaui RMB 3.3 bilion (USD 485 juta), dengan 18 projek pembinaan yang telah siap dan 29 projek baharu yang sedang diusahakan. Dengan penubuhan subsidiarinya di Rusia dan pengembangan cawangan Mesir, Angel berkedudukan baik untuk memenuhi permintaan terhadap produk berasaskan yis yang semakin berkembang.

Bermatlamat untuk meningkatkan kadar penembusan produknya dalam pasaran hiliran, termasuk pasta ditapai, makanan dibakar, perencah, minuman beralkohol, makanan tambahan dan kosmetik, Angel melabur dalam pembangunan 20 platform R&D dalaman yang dikhususkan untuk pembangunan sumber yis, penapaian yis, pemakanan, perasa serta teknologi aplikasi lain dan teknologi biosintesis. Syarikat ini juga akan terus berkolaborasi dengan universiti-universiti serta institusi-institusi penyelidikan global, berganding bahu dengan para saintis terkemuka dan pakar-pakar industri bagi mencari penyelesaian teknologi baharu untuk mempercepatkan inovasi industri.

In 2022, Angel Biotechnology Industrial Park in Xiaoting District has begun to take shape.  Yichang Company successfully relocated and increased its production by 36%.
Angel Yeast's New Purpose-Built Yeast and Biotechnology R&D Center In Yichang.

"Kejayaan perniagaan Angel bukan sahaja dibina berasaskan kepakaran teknologinya, tetapi juga keupayaannya yang mantap untuk mengikuti trend pasaran yang membolehkan kami kekal selaras dengan keperluan pelanggan global. Kami menjalankan kajian yang mendalam untuk menyasarkan kehendak pasaran yang membolehkan kami mengenal pasti peluang pertumbuhan tatkala kami berinovasi untuk memacu perniagaan kami ke hadapan dan kekal mendahului persaingan. Menerusi strategi baharu kami, kami akan terus meluaskan jejak global kami dengan memperkukuh kerjasama bersama rakan kongsi kami, memanfaatkan kepimpinan kami dalam pembuatan yis dan sumber global bagi meneroka kumpulan pelanggan yang baharu," kata Xiao Minghua, Pengurus Besar Angel.

Latar Belakang Angel Yeast

Ditubuhkan pada tahun 1986, Angel Yeast Co., Ltd mengkhusus dalam pengeluaran yis dan derivatif yis. Rangkaian produknya merangkumi yis pembuat roti dan ramuan, dim sum Cina dan perasa, ekstrak yis savouri, kesihatan manusia, pemakanan haiwan, penjagaan tumbuhan, minuman beralkohol suling dan biobahan api, nutrien penapaian serta enzim.

 
Source: Angel Yeast
Related Stocks:
Shanghai:600298
Keywords: Biotechnology Food/Beverages Health Care/Hospital