omniture

Kemajuan Penting Dilakar untuk Vaksin COVID-19 Protein Rekombinan Trivalen terhadap Subvarian termasuk XBB.1.5 dan BA.5 oleh WestVac Biopharma

WestVac BioPharma Co., Ltd.
2023-02-21 09:46 67

CHENGDU, China, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, dengan sokongan daripada National Key R&D Program of China, susulan kelulusan percubaan klinikal untuk Vaksin COVID-19 Varian Rekombinan (sel Sf9) yang diluluskan oleh NMPA, WestVac Biopharma (Guangzhou) Co., Ltd. (selanjutnya dirujuk sebagai "WestVac Biopharma (Guangzhou)") telah melakar kemajuan yang signifikan bagi pembangunan vaksin COVID-19 protein rekombinan trivalen terhadap subvarian prevalen yang terkini termasuk XBB.1.5 dan BA.5 yang merupakan salah satu vaksin protein rekombinan trivalen pertama yang menyasarkan XBB.1.5 di seluruh dunia.

Dengan memanfaatkan tindak balas pantas platform ekspresi sel serangga termaju di peringkat antarabangsa dalam pengeluaran vaksin protein rekombinan, WestVac Biopharma (Guangzhou) membangunkan vektor dalam tempoh sebulan dan mengeluarkan vaksin protein rekombinan trivalen dengan ketulenan dan kualiti yang tinggi untuk kegunaan manusia. Ia merupakan vaksin sintetik sepenuhnya. Antigen vaksin subunit direka dengan tepat berdasarkan kepada struktur S-RBD yang disasarkan dan protein HR pada subvarian XBB.1.5 dan BA.5, serta boleh berkumpul sendiri menjadi partikel protein trimerik yang stabil. Kajian mendedahkan bahawa vaksin tersebut menyebabkan titer yang tinggi pada antibodi peneutral terhadap Omicron XBB.1.5, BQ.1, BF.7, BA.5, BA.2.75 dan subvarian yang lain, menunjukkan bahawa ia merupakan vaksin COVID-19 spektrum-luas terhadap berbilang subvarian prevalen di dalam dan luar negara seperti XBB.1.5, BQ.1, BF.7 dan BA.5. Ketika ini, WestVac Biopharma terlibat secara proaktif dengan pihak berkuasa negara, serta berusaha untuk memenuhi keperluan kelulusan negara secepat mungkin untuk vaksin protein rekombinan trivalen. Misinya adalah untuk menggunakan kuasa WestVac BioPharma bagi membantu memerangi varian baharu novel coronavirus!


WestVac Biopharma (Guangzhou) ialah subsidiari milik penuh WestVac Biopharma Co., Ltd. terletak di Pangkalan Pengeluaran Vaksin Inovatif di Bandar Ilmu Zon Pembangunan Ekonomi Guangzhou. Dengan barisan pengeluaran gabungan 5000L yang akan dibangunkan dalam masa terdekat untuk vaksin protein rekombinan sel serangga dan vaksin semburan hidung, ia akan memiliki kapasiti pengeluaran tahunan 500 juta dos vaksin.

WestVac Biopharma Co., Ltd., syarikat induk, ialah sebuah syarikat biofarmaseutikal inovatif yang mengintegrasikan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pengeluaran dan penjualan vaksin. Dari tahun 2021 hingga 2022, WestVac Biopharma berjaya dipilih dalam senarai syarikat-syarikat unikorn selama dua tahun berturut-turut. Coviccine® -- Vaksin COVID-19 Rekombinan (sel Sf9) dibangunkan oleh WestVac Biopharma menunjukkan tahap keselamatan dan keimunogenan yang memuaskan dalam percubaan klinikal dengan 70.95% keberkesanan perlindungan terhadap subvarian Omicron, yang merupakan salah satu vaksin yang paling berkesan dalam mencegah kes-kes COVID-19 bergejala dengan subvarian Omicron di dunia. Pada Disember 2022, Coviccine® diluluskan oleh pihak berkuasa negara untuk kegunaan kecemasan dan telahpun dalam proses bidaan dan dibekalkan untuk vaksinasi di pelbagai wilayah. Dalam pada itu, vaksin COVID-19 Varian Rekombinan (sel Sf9) yang dibangunkan oleh WestVac Biopharma menerima Approval for Clinical Trial (Kelulusan untuk Percubaan Klinikal) oleh NMPA baru-baru ini, percubaan klinikal fasa I/II akan bermula dalam masa terdekat.

 

Source: WestVac BioPharma Co., Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Clinical Trials/Medical Discoveries