omniture

TCL Ulangi Komitmen Pembuatan Pintarnya bagi Memudahkan Penyamanan Udara Berkualiti Tinggi

TCL Electronics
2023-02-21 10:00 39

HONG KONG, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ -- TCL, salah satu pengusaha yang dominan dalam industri televisyen global serta jenama barangan elektronik pengguna yang terkemuka, mengumumkan penyiapan Fasa I Taman Perindustrian Pintar Wuhan TCL, mengukuhkan komitmen terhadap pembuatan pintar untuk memudahkan penghasilan penyamanan udara yang premium, dengan kapasiti pembuatan tahunan mencecah lebih 6 juta unit.

Taman Perindustrian Pintar Wuhan TCL untuk Penyaman Udara ialah projek tiga fasa yang bernilai USD497 juta. Dalam premis-premis berkeluasan sehingga 390,000 meter persegi, Taman tersebut merangkumi rantaian bekalan AC penuh – penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembuatan pintar dan logistik pintar – di mana penyaman udara canggih daripada TCL dieksport ke lebih 160 pasaran di serata dunia.

Enam puluh peratus daripada automasi pengeluaran Taman tersebut dibangunkan oleh TCL dan Taman berkenaan dipacu oleh digital untuk menggunakan teknologi AIoT, data raya serta pembelajaran mesin bagi meningkatkan kecekapan operasi, kualiti produk dan mengurangkan kosnya.

Selain daripada mengaplikasikan teknologi pintar, TCL turut meletakkan asas yang mampan dalam seluruh proses pembuatan. Taman tersebut dikendalikan secara signifikan dengan memanfaatkan kuasa solar, dipantau oleh EMS (sistem pengurusan tenaga) dan dibekalkan oleh sistem penghidratan pintar bagi memastikan kedua-dua penggunaan tenaga dan emisi karbon dikekalkan pada tahap mampan.

TCL telah membina produk penyamanan udara yang berkualiti tinggi selama lebih daripada 20 tahun dengan jaringan pengeluaran global yang kukuh – 10 tapak pembuatan di seluruh China, Brazil dan Indonesia – daripada kapasiti keseluruhan dengan lebih 30 juta unit. Model-model TCL Air Conditioning seperti Fresh Air 1.0, Gentle Cool, Elite, Q-Series telahpun tersedia di banyak negara.

TCL bukan sahaja memberi pengalaman udara yang menyegarkan, penyaman udara pemenang anugerah Red Dotnya juga merupakan produk perabot bergaya yang direka dengan baik yang bersepadu secara halus dengan hiasan rumah anda.

Dalam CES 2023, TCL memperkenalkan generasi kedua TCL Fresh Air AC Technology. Tidak seperti AC konvensional yang mengalirkan udara di dalam rumah, sistem udara segar FreshIN+ proprietari TCL membawa masuk udara segar dari luar ke dalam dengan kapasiti sehingga 60 meter padu sejam hasil daripada enjin udaranya yang berkuasa, yang membantu meningkatkan tahap oksigen dan kelembapan.

Dengan penaiktarafan yang terkini, TCL Fresh Air Technology kini membawa kualiti udara anda ke tahap seterusnya. Teknologi peredaran proprietarinya bukan sekadar menyedut udara segar dari luar, tetapi juga mengeluarkan udara yang hapak dari dalam – sama seperti bernafas.

Sensor terbina dalamnya mengesan sebatian organik meruap sepenuhnya TVOC di udara dan keputusan pengesanan ditunjukkan pada "paparan dinamik kualiti udara" dalam waktu sebenar, di samping fungsi-fungsi udara segar yang telahpun berkuasa.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang ketersediaan TCL Air Conditioner dalam komuniti anda, sila hubungi Pejabat TCL anda yang paling hampir atau hubungi kami di media sosial TCL.

Latar Belakang TCL Electronics

TCL Electronics ialah sebuah syarikat barangan elektronik pengguna yang berkembang pesat dan pengusaha yang terkemuka dalam industri televisyen global. Ditubuhkan pada tahun 1981, kini ia beroperasi dalam lebih 160 pasaran di seluruh dunia. TCL mengkhusus dalam penyelidikan, pembangunan dan pembuatan produk elektronik pengguna bermula daripada televisyen, peralatan audio dan kediaman pintar. Kunjungi halaman utama TCL di https://www.tcl.com.

 

Source: TCL Electronics
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics HVAC Retail