omniture

EW8.X-230 Shanghai Electric Diiktiraf Salah Satu daripada 10 Turbin Luar Pesisir Terkemuka Tahun 2022 oleh Wind Power Monthly

Shanghai Electric
2023-02-21 17:13 48

SHANGHAI, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric mengumumkan bahawa penjana turbin angin EW8.X-230 syarikat ini dinamakan sebagai salah satu daripada 10 Turbin Luar Pesisir Terkemuka bagi Tahun 2022, menurut laporan yang terkini oleh Wind Power Monthly, bahan penerbitan global terkemuka yang meliputi industri angin. Pengiktirafan tersebut diterima selepas EW8.X-230 Shanghai Electric, turbin luar pesisir generasi seterusnya oleh syarikat ini yang berasaskan kepada platform Poseidon, diiktiraf sebagai salah satu produk yang paling inovatif oleh 50 pengeluar turbin Terbaik China pada September 2022.

Dibangunkan oleh Shanghai Electric Wind Power Group Co., Ltd., EW8.5-230 ialah turbin angin pemacu separa-langsung yang terkini daripada syarikat ini yang menyasarkan kawasan-kawasan pantai China dengan kelajuan angin sederhana dan rendah. Penjana ini dilengkapi oleh bilah gentian karbon 100-meter dan teknologi Sensor Roller pintar serta menerima pakai reka bentuk, pengeluaran dan O&M didigitalkan dalam seluruh kitar hayatnya. Sistem kawalan LeapX terbaharu mengurangkan beban operasi penjana sekali gus mewujudkan saling sambungan pintar dengan sistem Fengyun (iWind) Shanghai Electric.

Direka bentuk untuk beroperasi dengan keandalan dan kestabilan tinggi dalam keadaan angin berkelajuan rendah, penjana ini merupakan penyelesaian yang amat berkesan kos untuk tenaga angin. Dengan teknologinya yang canggih dan reka bentuk termaju, EW8.X-230 bersedia untuk menetapkan standard baharu dalam industri tenaga angin luar pesisir, mencapai kejayaan yang cemerlang ke arah membolehkan China mencapai sasaran puncak karbon dan keneutralan karbon ketika ia berusaha untuk mencapai pariti luar pesisir.

Penjana ini mencapai hasil yang lebih tinggi sambil mengekalkan keandalan yang luar biasa, hasil daripada teknologi rantaian pemacu separa-langsung generasi baharu yang amat bersepadu. Di samping itu, inovasi teknologi dan kejayaan cemerlang Shanghai Electric selama bertahun-tahun untuk seluruh unit dan komponen teras membolehkan syarikat ini menyediakan penyelesaian yang memberikan pengurangan signifikan kepada kos kilowatt-jam dalam seluruh kitar hayat ladang angin.

Dengan diameter rotor mencecah 230 meter, EW8.X-230 memiliki diameter rotor terbesar antara model-model turbin yang dipasang sementara luas sapuan bersamaan dengan saiz 5.8 padang bola sepak standard. Saiz yang lebih besar membolehkan peningkatan ketara output kuasa. Berdasarkan kepada purata kelajuan angin tahunan 7.5 meter sesaat, turbin ini berupaya menjana 28 juta kWj setiap tahun, memenuhi permintaan elektrik tahunan kira-kira 14,500 isi rumah dan dalam masa yang sama mengurangkan penggunaan arang batu sebanyak hampir 10,000 tan dan emisi karbon dioksida sebanyak 24,000 tan.

Setakat ini, empat puluh tujuh turbin angin EW8.5-230 pemacu separa-langsung telah disambungkan ke grid di wilayah Shandong, timur China. Berjalan selama 121 hari, projek ini mencatat rekod dunia bagi tempoh pembinaan paling singkat bagi ladang angin melebihi 399.5MW. Ia telah dilabelkan sebagai projek janakuasa angin pariti luar pesisir pertama dalam "Rancangan Lima-Tahun ke-14" Shandong dan salah satu projek penting di bawah seliaan kerajaan wilayah. Ia juga merupakan ladang angin yang mempunyai turbin komersial dengan diameter rotor terbesar di dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Shanghai Electric.

Latar Belakang Shanghai Electric

Shanghai Electric Group Company Limited (SEHK: 2727, SSE:601727), pembekal global yang terkemuka bagi penyelesaian sistem pintar mesra alam gred-perindustrian dengan kehadiran di seluruh dunia, berdedikasi terhadap tenaga pintar, pembuatan pintar dan penyepaduan kecerdasan digital. Dengan tumpuan pada pembangunan karbon-rendah dan transformasi digital dengan membuka arena baharu dan menggalakkan pemacu pertumbuhan yang baharu, Shanghai Electric akan berusaha untuk menjadi peneraju dalam usaha untuk memuncak emisi karbon dioksida sebelum tahun 2023 dan mencapai keneutralan karbon sebelum tahun 2060, pengeluaran peralatan tenaga baharu dan penyetempatan peralatan canggih, memanfaatkan peluang tanpa sempadan dalam ekosistem perindustrian yang inovatif bersama-sama rakan-rakan kongsi global.

Source: Shanghai Electric
Related Stocks:
HongKong:2727 OTC:SIELY Shanghai:601727
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Publishing/Information Service Utilities