omniture

Casio Umum ITZY sebagai Duta Jenama G-SHOCK

CASIO COMPUTER CO., LTD.
2023-02-21 17:27 133

Mempersembahkan perkongsian baharu bersama kumpulan berlima penyanyi wanita Korea Selatan

TOKYO, 21 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini pelantikan kumpulan berlima penyanyi wanita Korea Selatan serta sensasi terkenal global ITZY sebagai duta rasmi untuk jenama jam tangan kalis hentakan G-SHOCK.

ITZY
ITZY

ITZY ialah sebuah kumpulan penyanyi wanita dengan lima orang anggota — Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong dan Yuna — daripada JYP Entertainment Corporation, yang turut membawakan TWICE dan NiziU kepada dunia. Sejak kemunculan sulung ITZY pada Februari 2019, kumpulan ini menikmati sokongan yang luar biasa daripada kumpulan peminat global dan terutamanya daripada gadis remaja dan wanita berumur 20-an di negara-negara Asia.

Sejak pelancaran jam tangan G-SHOCK yang pertama pada tahun 1983, jenama ini mengukuhkan kedudukannya sebagai jenama yang tiada tandingan bagi rintangan hentakan dan keunikan rekaan serta membawa kualiti ini secara konsisten untuk kolaborasi dalam bidang sukan, fesyen, muzik, seni dan bidang-bidang lain. Beberapa tahun kebelakangan ini, jenama ini berusaha untuk membangunkan pasaran untuk jam tangan wanita selanjutnya, dengan versi kecil bagi model-model popular dan barisan jam tangan lebih kompak yang semakin berkembang bagi memenuhi keperluan pengguna merentas spektrum jantina.

Lagu-lagu hebat yang secara peribadinya ekspresif serta persembahan mengagumkan yang memberi daya tarikan sensasi kepada ITZY menjadikan padanan fenomena dengan visi G-SHOCK, yang ditakrifkan oleh konsep tahan lasak jenama ini, maka Casio mengambil keputusan untuk melantik kumpulan ini sebagai duta jenama. Casio akan menampilkan ITZY dalam visual iklan G-SHOCK, filem dan banyak lagi di Jepun dan pelosok lain di Asia untuk menyampaikan pandangan hidup G-SHOCK kepada lebih ramai pengguna dan wanita muda khususnya dengan berkesan.

Berhubung pelantikan ITZY sebagai duta jenama, kumpulan ini mengulas, "Semuanya dengan kami! ITZY telah menjadi duta global untuk Casio G-SHOCK! Sertai kami dan saksikan penampilan baharu G-SHOCK dan ITZY yang tak mampu disekat!"

Laman khas
https://gshock.casio.com/intl/contents/ambassador/itzy/

Filem khas
https://youtu.be/kL5olA8CVdo 

Jam tangan G-SHOCK yang dipakai oleh ITZY

GM-S2100
Berdasarkan kepada GMA-S2100 — versi GA-2100 yang lebih kecil, lebih langsing — GM-S2100 menggunakan bezel logam keluli tahan karat sekali gus mengekalkan bentuk oktagon yang ikonik. Kemasan garis halus membulat diaplikasikan pada permukaan bezel dan pemendapan wap yang diaplikasikan pada muka jam memberi kilauan yang mewah dan sofistikated kepada jam tangan ini.

GM-S2100PG-1A4 dan GM-S2100B-8A
GM-S2100PG-1A4 dan GM-S2100B-8A

GM-S5600
GM-S5600 mewarisi bentuk ikonik daripada G-SHOCK yang pertama seumpamanya, DW-5000C, mempersembahkannya dalam saiz lebih kecil yang direka bentuk agar sesuai dengan pergelangan tangan yang lebih langsing. Bezel logam memberi kesan yang lebih bergaya kepada jam tangan ini.

GM-S5600GB-1 dan GM-S5600PG-4
GM-S5600GB-1 dan GM-S5600PG-4

GM-S110
GM-S110 ialah versi saiz sederhana GA-110, G-SHOCK kombinasi digital-analog yang menampilkan muka jam berdimensi tersendiri. Garis halus berasingan dan kemasan cermin yang diaplikasikan pada bezel logam berbentuk rumit meningkatkan tekstur bahan logam yang berkilauan.

GM-S110PG-1A
GM-S110PG-1A

Profil ITZY
Kumpulan penyanyi wanita yang terdiri daripada lima anggota — Yeji, Lia, Ryujin, Chaeryeong dan Yuna — daripada JYP Entertainment. Sejam penampilan sulung ITZY pada Februari 2019, kumpulan ini telah menikmati sokongan yang hebat daripada kumpulan peminat global dan khususnya daripada gadis remaja dan wanita berumur 20-an di negara-negara Asia. Diiktiraf melalui pelbagai anugerah artis baharu terbaik yang mengagumkan dalam tahun kemunculan sulungnya dan mendahului 480 juta tontonan video rasmi untuk lagu istimewa kumpulan ini yang terkenal "WANNABE" sejak di disiarkan di YouTube pada Mac 2020, kumpulan ini telah membuat penampilan sensasi bukan sahaja di Korea Selatan, tetapi juga di serata dunia.

Pengikut di media sosial
Instagram: 18.49 juta
TikTok: 10.5 juta
YouTube: 8.06 juta
(Setakat 20 Februari 2023)
Laman rasmi: https://itzy.jype.com/ 

Instagram ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Instagram, Inc.
TikTok ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar ByteDance Ltd.
YouTube ialah tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar Google LLC.

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD.
Keywords: Computer/Electronics Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail New products/services