omniture

Synbio Tech Inc. dan Cosmax Group tandatangani perjanjian kerjasama eksklusif bersama-sama perluaskan pasaran probiotik Korea Selatan

SYNBIO TECH INC
2023-02-22 00:12 43

KAOHSIUNG, Taiwan, 22 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Synbio Tech Inc. dan Cosmax NBT, sebuah syarikat bioteknologi Korea Selatan yang utama menandatangani perjanjian kerjasama eksklusif secara rasmi untuk melancarkan strain probiotik Lactobacillus plantarum TWK10® di Korea Selatan dan mengumumkan bahawa TWK10® telahpun diluluskan dengan pensijilan Makanan Fungsian Kesihatan Individu oleh Kementerian Keselamatan Makanan dan Ubatan Korea Selatan. Di bawah perjanjian berkenaan, COSMAX NBT akan mengedarkan TWK10® secara eksklusif dalam kategori kesihatan otot bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat daripada pasaran pemakanan aktif dan penuaan sihat.

COSMAX NBT ialah subsidiari COSMAX Group, salah satu kumpulan perniagaan penyelidikan, pembangunan dan pengeluaran terbesar di dunia untuk produk kosmetik dan makanan fungsian kesihatan. Syarikat ini mengkhusus dalam perkhidmatan OEM produk penjagaan kesihatan, R&D serta pembuatan makanan fungsian dan ketika ini merupakan sebuah syarikat ODM makanan fungsian kesihatan utama yang terunggul di Korea Selatan. KIM SANG WOO, Naib Presiden COSMAX NBT berkata, "Menurut penyelidikan pemasaran, probiotik ialah salah satu makanan kesihatan yang paling popular dalam kalangan penduduk Korea seperti ginseng merah serta vitamin dan saiz pasaran probiotik dijangka berkembang dengan pesat pada purata kadar tahunan 16%. Dengan inovasi Synbio Tech dalam R&D serta teknologi pengeluaran yang cemerlang, perkongsian ini akan membolehkan kami meninjau selanjutnya projek-projek kolaboratif bagi membawa produk-produk yang hebat ke pasaran Korea Selatan."

Lactobacillus plantarum TWK10® ialah strain probiotik yang dipilih dengan teliti daripada kubis tapai Taiwan. Kajian-kajian yang meluas telahpun mengesahkan bahawa TWK10® mempunyai impak yang signifikan ke atas prestasi sukan, jisim otot dan mobiliti dalam kalangan individu dewasa melalui paksi usus-otot. Sehingga kini, ia memiliki 4 percubaan klinikal manusia, 7 paten global utama dan lebih daripada sepuluh penerbitan jurnal antarabangsa. Ia merupakan strain probiotik pertama Taiwan yang mendapat pensijilan Makanan Fungsian Kesihatan Individu di Korea Selatan.

Kuiming Lee, Naib Presiden Synbio Tech berkata, "Kolaborasi ini merupakan satu pencapaian yang sangat penting untuk Synbio Tech bagi menjadi pengeluar probiotik bertaraf global. Dengan sinergi antara Synbio Tech dan COSMAX NBT, kami akan terus berkolaborasi dalam penyelidikan saintifik dan pembangunan pasaran TWK10® di Korea Selatan." Menuju tahun 2023, TWK10® telah menyempurnakan pelancaran dan pengedaran globalnya secara beransur-ansur merentas benua-benua yang berbeza termasuk Eropah, Amerika Utara, Jepun, Korea Selatan, Asia Tenggara dan wilayah-wilayah lain. Kami akan terus memperdalam penyelidikan saintifik terhadap TWK10® dan membangunkan selanjutnya penyelesaian probiotik dan pascabiotik yang inovatif demi kesihatan yang lebih baik.

 

Source: SYNBIO TECH INC
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Contracts