omniture

Tencent Cloud Kedudukan Sebagai Penyedia Perkhidmatan Awan No. 1 Dalam Pasaran Perkhidmatan Media, Menurut Frost & Sullivan

Tencent Cloud
2023-02-22 11:57 39
  • Saiz pasaran perkhidmatan media APAC diunjurkan mencecah AS$6,987 juta pada 2026, dengan CAGR 27 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang
  • Tencent Cloud memacu landskap perkhidmatan media APAC membantu perusahaan mencapai penumpuan yang mendalam, sekaligus mempercepatkan perjalanan transformasi digital ke era Web3.0 dan Metaverse

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Februari 2023 /PRNewswire/ -- Tencent Cloud – Perniagaan Awan syarikat teknologi global, Tencent, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan no. 1 dalam pasaran perkhidmatan media, menurut Laporan Pasaran Perkhidmatan Media Asia Pasifik (APAC) Frost & Sullivan 2022. Kajian itu, yang mengumpulkan pandangan data di seluruh Malaysia dan lapan pasaran lain di rantau ini , telah mendapati bahawa 33.4 peratus firma Media dan Hiburan memilih perkhidmatan Tencent Cloud. Ia akan mempercepatkan perjalanan transformasi digital untuk memenuhi keperluan perkhidmatan media pada masa depan yang terdiri daripada penciptaan, pemprosesan dan penghantaran kandungan, kepada komunikasi masa nyata, video ikut permintaan, penstriman langsung dan banyak lagi.

Tencent Cloud – Perniagaan Awan syarikat teknologi global, Tencent, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan no. 1 dalam pasaran perkhidmatan media, menurut Laporan Pasaran Perkhidmatan Media Asia Pasifik (APAC) Frost & Sullivan 2022.
Tencent Cloud – Perniagaan Awan syarikat teknologi global, Tencent, hari ini mengumumkan bahawa mereka telah diiktiraf sebagai penyedia perkhidmatan no. 1 dalam pasaran perkhidmatan media, menurut Laporan Pasaran Perkhidmatan Media Asia Pasifik (APAC) Frost & Sullivan 2022.

Kajian Frost & Sullivan memetakan landskap perkhidmatan media Awan yang kompetitif dengan menilai penyedia Awan dengan menggunakan tiga kriteria - keupayaan aplikasinya; yang mengukur liputan dan pengalaman industri pembekal. Keupayaan perkhidmatan iaitu mengukur kualiti infrastruktur penyedia serta tahap ekologi yang mengukur saluran penyumberan, integrasi, dan pengedaran penyedia. Tencent Cloud disenaraikan sebagai yang pertama dalam merentasi keupayaan aplikasi dan perkhidmatan, dan berada di peringkat pertama pada tahap ekologi.

Laporan itu juga mendedahkan integrasi Tencent Cloud yang kukuh dalam perkhidmatan media hujung ke hujung, seperti penyatuan sumber rangkaian ke dalam Rangkaian Tencent RT-ONE untuk meningkatkan kecekapan kos operasi pelanggan, dan SDK out-of-box untuk meningkatkan kebolehgunaan dan seterusnya mengurangkan halangan teknikal untuk pelanggan.

Saiz pasaran perkhidmatan media APAC diunjurkan mencecah AS$6,987 juta pada 2026, dengan CAGR 27 peratus dalam tempoh empat tahun akan datang. Selain itu, permintaan untuk penyelesaian audio dan video dijangka meningkat merentasi pelbagai industri hiliran, dengan sektor e-dagang menunjukkan CAGR terbesar dalam kalangan sektor lain termasuk permainan dalam talian, media dan hiburan, perusahaan, dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Poshu Yeung, Naib Presiden Kanan, Tencent Cloud International, menekankan bahawa perkhidmatan media telah muncul dengan cepat dan kini menjadi asas kepada cara hidup dan komunikasi hari ini. "Memanfaatkan pengalaman Tencent selama dua dekad dalam khidmat dan menghubungkan lebih satu bilion pengguna di seluruh dunia pada platform berasaskan pengguna, Tencent Cloud berada dalam kedudukan strategik yang kukuh untuk membantu perusahaan mencapai "Penumpuan Imersif", konsep yang menggabungkan teknologi dan pendekatan inovatif untuk mengintegrasikan ekonomi digital dan dunia nyata untuk sambungan tidak berkelim."

Hari ini, Tencent Cloud menyediakan lebih daripada 400 teknologi dan penyelesaian sambungan yang menyokong "Penumpuan Imersif" melalui rangkaian infrastruktur globalnya, meliputi lebih daripada 26 kawasan geografi di lima benua dan 70 zon ketersediaan, dengan lebih daripada 2800 nod pecutan.

Memacu Landskap Perkhidmatan Media APAC dengan Strategi Perniagaan Global

Yeung seterusnya berkongsi bahawa ketika Tencent Cloud mengembangkan jejak globalnya, perniagaan itu akan menggandakan sumbernya untuk memberi tumpuan kepada inovasi. Penyedia perkhidmatan Awan itu juga mahu meningkatkan keupayaan produknya dan mempercepatkan pengembangan produk terasnya di peringkat antarabangsa untuk pertumbuhan mampan. Disokong oleh ekosistem rakan kongsi di seluruh dunia yang berkembang pesat, Tencent Cloud bergabung dengan lebih 10,000 rakan kongsi global, serta bekerjasama menyediakan servis kepada dua juta pelanggan dalam perjalanan transformasi digital mereka.

Menurut laporan IDC, Tencent Cloud telah menduduki tempat pertama selama lima tahun berturut-turut dalam bahagian pasaran China sebagai penyedia awan utama dalam penyelesaian audio-video. Komitmen syarikat untuk memanfaatkan kedudukan utamanya dalam ruang perkhidmatan media terus diketengahkan dalam pelancaran Tencent Cloud Media Services pada Disember 2022 baru-baru ini. Jenama antarabangsa untuk audio dan video terbaru adalah bertujuan membantu perniagaan meningkatkan pengalaman imersif penonton serta mewujudkan alam maya yang diperibadikan.

"Rantau APAC akan kekal sebagai pasaran keutamaan kami untuk pertumbuhan perniagaan jangka panjang. Walaupun APAC memerhatikan permintaan yang tinggi daripada perusahaan kepada PKS bagi mencari penyelesaian transformasi digital di seluruh industri, bukti menunjukkan bahawa rantau APAC adalah pasaran yang menjanjikan untuk perkhidmatan media, dan dijangka berkembang sembilan belas kali ganda sejak 2016 hingga 2026. Ia juga merupakan rantau yang mempunyai pelanggan video ikut permintaan yang paling ramai," tambah Yeung.

Carmen Zhu, Pengarah Penyelidikan Frost & Sullivan, berkata, "Penyedia perkhidmatan Awan, seperti Tencent Cloud, berada pada kedudukan yang baik untuk mengejar peluang pertumbuhan dalam pasaran perkhidmatan media di APAC. Teknologi bersepadu, penawaran perkhidmatan sehenti, platform kod rendah, dan perusahaan peringkat global adalah potensi peluang untuk penyedia perkhidmatan media. Penyelesaian ini penting bagi rantau ini, di mana pertumbuhan dijangka oleh keadaan makro yang menggalakkan, seperti penembusan internet dan mudah alih yang tinggi, serta pertumbuhan KDNK yang pesat di seluruh APAC. Pengenalan dasar-dasar kerajaan juga telah membantu dalam membangunkan lagi ekonomi digital, mengembangkan kapasiti pasaran pelbagai segmen."

Tommy Li, Naib Presiden, Tencent Cloud, berkongsi, "Dengan pengalaman praktikal dan teknologi teras terkemuka, kami ingin membina kekuatan untuk memperkayakan lagi penawaran produk dalam "Penumpuan Imersif", dan menyokong pelanggan dalam industri konvensional, media & hiburan, permainan, Web3.0, dan pengguna metaverse. Daripada meningkatkan produk berteraskan Awan, mengukuhkan sokongan untuk rantaian Awan dan hibrid Awan, kepada penyelesaian sehenti yang matang dan mudah digunakan di luar negara. Pasukan kami akan terus membangunkan produk yang lebih inovatif untuk melengkapkan penawaran Awan sedia ada, serta memenuhi permintaan global terkini.

Dalam perkhidmatan media, Tencent Cloud telah mencapai kemajuan penting dalam menyokong pelbagai perusahaan serantau dan global untuk berkembang di peringkat global, termasuk GE Healthcare, Teknologi BeLive, Mildom, MIXCHANNEL, Pokekara dan banyak lagi.

Untuk membaca laporan penuh Pasaran Perkhidmatan Media APAC 2022, sila layari: https://www.tencentcloud.com/resources/whitepaper

++ TAMAT ++

Mengenai Tencent Cloud

Tencent Cloud, salah satu syarikat Awan terkemuka di dunia, komited untuk mencipta penyelesaian inovatif bagi menyelesaikan isu-isu dunia nyata dan membolehkan transformasi digital untuk industri pintar. Melalui infrastruktur global yang luas, Tencent Cloud menyediakan perniagaan di seluruh dunia dengan produk dan perkhidmatan Awan terkemuka untuk industri yang stabil dan selamat, memanfaatkan kemajuan teknologi seperti pengkomputeran Awan, analisis Data Besar, AI, IoT dan keselamatan rangkaian. Ia adalah misi berterusan Tencent Cloud untuk memenuhi keperluan industri secara menyeluruh, termasuk bidang permainan, media dan hiburan, kewangan, penjagaan kesihatan, hartanah, runcit, perjalanan dan pengangkutan.

Mengenai Tencent Cloud Media Services

Tencent Cloud Media Services mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam teknologi audio & video, menyediakan penyelesaian sehenti media hujung ke hujung yang komprehensif daripada PaaS ke SaaS, termasuk komunikasi masa nyata, video ikut permintaan, penstriman langsung, pecutan dan keselamatan global. Ia menyediakan sokongan untuk pelanggan daripada penciptaan kandungan, pemprosesan, sehingga pengedaran, membolehkan komunikasi masa nyata dan menghubungkan audiens seluruh dunia.

Mengenai Tencent

Tencent menggunakan teknologi untuk memperkayakan kehidupan pengguna Internet. Perkhidmatan komunikasi dan sosial, Weixin dan QQ, menghubungkan pengguna antara satu sama lain serta kandungan dan perkhidmatan digital, dalam talian dan luar talian, menjadikan kehidupan pengguna lebih mudah. Perkhidmatan pengiklanan yang disasarkan membantu pengiklan menjangkau ratusan juta pengguna di China. Perkhidmatan FinTech dan perniagaan telah menyokong pertumbuhan perniagaan rakan kongsi dan membantu peningkatan digital mereka. Tencent melabur banyak dalam bakat dan inovasi teknologi, secara aktif mempromosikan pembangunan industri Internet. Tencent ditubuhkan di Shenzhen, China, pada tahun 1998. Saham Tencent (00700.HK) disenaraikan di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong.

[1]Pasaran yang ditinjau termasuk Greater China, India, Indonesia, Jepun, Malaysia, Singapura, Korea Selatan, Thailand dan Filipina.

 

Source: Tencent Cloud
Keywords: Banking/Financial Service Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Survey, Polls & Research Financial Technology