omniture

Sinopec Lancar Projek Kimia Hidrogen-Arang Batu Hijau Terbesar Dunia di Mongolia Dalaman

SINOPEC
2023-02-22 21:20 27

BEIJING, HOHHOT dan ORDOS, China, 22 Februari 2023 /PRNewswire/ -- China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") mengadakan majlis pelancaran projek demonstrasi hidrogen pertamanya di Wilayah Autonomi Mongolia Dalaman, Projek Hidrogen Hijau Angin-Solar Erdos Mongolia Dalaman ("Projek") pada 16 Februari di Beijing, Hohhot dan Erdos.

Sinopec Launches the World’s Largest Green Hydrogen-Coal Chemical Project in Inner Mongolia.
Sinopec Launches the World’s Largest Green Hydrogen-Coal Chemical Project in Inner Mongolia.

Projek berkenaan akan menggunaan sumber-sumber solar dan tenaga angin yang kaya di wilayah Erdos bagi menghasilkan hidrogen hijau secara langsung, diunjurkan untuk mencapai kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 30,000 tan hidrogen hijau dan 240,000 tan oksigen hijau yang akan digunakan untuk inisiatif-inisiatif pengurangan karbon projek perintis pemprosesan arang batu intensif ZTHC Energy yang berdekatan di Erdos.

Satu pencapaian penting dalam hala tuju pembangunan hidrogen Sinopec susulan projek perintis hidrogen hijaunya di Kuqa Xinjiang pada tahun 2021, Projek berkenaan, yang terbesar di dunia dalam bidang arang-batu-kimia hidrogen hijau, akan terus memperluaskan kapasiti pengeluaran hidrogen hijau China dan global, menggalakkan pembangunan rantaian industri hidrogen hijau dan memajukan matlamat tenaga hijau China.

Skop Projek berkenaan meliputi penjanaan kuasa angin dan fotovolta, transmisi dan transformasi kuasa, pengeluaran hidrogen oleh elektrolisis air, penyimpanan dan pengangkutan hidrogen. Kapasiti penjanaan kuasa terpasang bagi kuasa angin dan PV masing-masing akan mencecah 450 megawatt dan 270 megawatt; pengeluaran hidrogen oleh elektrolisis air akan mencapai kapasiti 30,000 tan setahun manakala kapasiti penyimpanan hidrogen akan mencapai 288,000 meter padu standard.

Dengan pelaburan sebanyak 5.7-bilion-yuan (USD 828.04 juta), projek berkenaan dijangka akan mengurangkan emisi karbon sebanyak 1.43 juta tan setahun, menyumbang KDNK sebanyak 600 juta yuan (USD 87.17 juta) dan cukai sebanyak 30 juta yuan (USD 4.36 juta).

"Projek ini adalah amat penting untuk menjamin sekuriti tenaga China, membina sistem tenaga baharu dan memajukan pembangunan tenaga hijau serta karbon-rendah di Mongolia Dalaman, menuju ke arah hala tuju pembangunan yang baharu dan berkualiti tinggi yang mengutamakan pemuliharaan ekologi dan pembangunan hijau," kata Ma Yongsheng, Pengerusi Sinopec.

Projek berkenaan telah mencapai pelbagai kejayaan teknologi termasuk pengeluaran hidrogen di bawah keadaan kuasa turun naik yang boleh diperbaharui. Memanfaatkan teknologi pengeluaran tenaga bersih termaju (angin, kuasa dan pengeluaran hidrogen oleh elektrolisis air), Sinopec telah menurunkan kos pengeluaran hidrogen dan meningkatkan kecekapan sistem sekali gus menjamin keselamatan dan keandalan.

Menuju ke hadapan, Sinopec, sebagai sebuah perusahaan pengeluaran hidrogen terbesar China akan terus memajukan pembangunan rantaian industri tenaga hidrogen di China dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi yang inovatif, hala tuju yang memandang ke hadapan dan susun atur industri yang komprehensif.

 

 

 

 

 

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386 OTC:SNPTY
Keywords: Alternative Energies Chemical Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities New products/services